Kenapa Perlu Melabur? Matlamat Kewangan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Kenapa perlu melabur? Tanyalah diri anda masing-masing.

’emmmm’, ‘ahhhhh’…. Masih buntu nak menjawabnya?

Dari kecil kita di ajar untuk menabung? Betul kan? Kenapa kita di ajar untuk menabung? Perlukah kita menabung?

Kenapa Perlu Melabur
Kenapa Perlu Melabur

Saya tak tahu orang lain. Tapi dari kecil saya sendiri di ajar oleh ma abah saya untuk usaha sendiri untuk membeli barang yang saya mahu. Sebagai contoh; untuk beli komik Juara Wira dan Pendekar Laut kegemaran saya, saya perlu kumpul duit belanja sekolah. Ikat perut tak makan untuk beli komik.

Kenapa Perlu Melabur?

Jawapannya sama dengan contoh saya diatas untuk beli komik.

Pelaburan dilakukan dengan sesuatu sasaran, sesuatu matlamat. Berikut contoh-contoh matlamat pelaburan

  • Rumah impian – jadi kita memilih untuk gandakan duit kita untuk membeli rumah melalui pelaburan
  • Pendidikan – kita tidak tahu berapakah kos pendidikan di masa depan. Untuk anak anak kita terutamanya. Kos yang hari ini RM10,000 boleh jadi berjumlah RM30,000 suatu masa nanti? Mustahilkah? Tidak bukan
  • Wang Persaraan – Ini juga sesuatu yang penting kita tidak tahu bila kita akan bersara jadi sebaiknya rancang wang persaraan mulai hari ini.

Jadi, saya tanya semula. ‘Kenapa perlu Melabur?’

Jawapan ada pada diri anda. Apa yang anda mahukan di masa depan itulah matlamat pelaburan anda.

Jangan pernah rasa rugi untuk melabur. Jangan pernah rasa lewat untuk melabur. Kerana lebih rugi jika kita langsung tidak bertindak.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Berapakah simpanan kita untuk hari persaraan kelak? Seribu
Stress? Semua orang ada stress. Masalah? Semua orang ada masalah. Marah? Semua orang ada perasaan
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah

Jangan Mengalah Dengan Spekulasi

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Ramai kawan-kawan sekeliling saya mengeluh kini. Mengeluh dan mengalah dengan spekulasi yang tersebar.

Tenat memang tenat. Saya juga terasa tenat dan penat dengan keadaan ekonomi semasa.

Jangan Mengalah Dengan Spekulasi
Jangan Mengalah Dengan Spekulasi

Dari tahun 2015 permulaan perlaksanaan GST memang orang ramai mula terasa bahangnya. Harga barang naik mendadak.

Jangan Mengalah Dengan Spekulasi

Saya sebagai sumber ekonomi utama keluarga lagi terasa bebanannya. Jika saya tewas jika saya tumbang seluruh keluarga saya akan tewas.

Jadi saya perlu terus berjuang.

Prisip saya satu saja sejak dari dulu ‘Biar Kalah Tapi Jangan Mengalah’.

Juara mungkin bukan untuk kita tapi kita berhak untuk terus berjuang. Terutama dalam keadaan ekonomi yang tak stabil ini kita perlu lipat gandakan perjuangan kita.

Hayat kita tidak tahu sampai bila. Jadi berjuanglah sehabisnya bagai ini hari terakhir kita.

Dan jangan lupa serahkan segalanya pada Allah swt. Jangan lupa akan Dia.

Mohon doa untuk orang tua kita dan mohon ibu bapa doakan kita. Doa mereka amat makbul.

Juang terus berjuang. Jangan mengalah dengan spekulasi.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya memang tidak berminat untuk bicara perihal politik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Saya amat tertarik dengan tajuk eksklusif dalam Berita
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Siang malam bekerja memerah keringat demi sekeping kertas.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan