Siapa Nak Bantu Aku?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pagi tadi sementara menunggu isteri saya membeli sarapan pagi, saya terlihat satu makcik ini dengan wajah yang sangat sedih. Seperti kecewa. Sedang saya memerhatikan keadaan sekeliling, saya terdengar makcik tu berkata pada kawannya ‘Siapa Nak Bantu Aku Sekarang Ini?’. Kenapa dengan makcik ni ada masalah yang kritikal ke? Saya yang masih belum memahami masalah beliau, fikir sejenak. Dari perbualan mereka baru saya faham, rupanya makcik itu sedih kerana calon wakil rakyat yang beliau sokong telah kalah. Ya, saya tahu calon itu memang calon feveret di kawasan ini, tapi beliau tetap kalah.

Siapa nak bantu aku? hanya diri aku

Siapa nak bantu aku? hanya diri aku

Ok, saya tidak ingin mengupas pasal politik dan berbalik kepada topik asal iaitu ‘Siapa Nak Bantu Aku?’ seperti soalan makcik tadi. Jika soalan itu ditanya pada diri saya jawapan saya adalah ‘diri saya sendiri’. Bagi saya tiada siapa yang dapat membantu kita mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri. Diri kita saja yang mampu mengubahnya.

Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud,“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”.

Seperti yang dinyatakan dalam ayat diatas tiada siapa yang mampu mengubah nasib diri kita kecuali diri kita sendiri. Untuk kita membantu diri kita ke arah yang lebih senang dan selesa, ada beberapa perkara yang kita perlukan iaitu:

  • Ilmu – dengan ilmu yang kita ada kita dapat kongsikan dengan orang lain. Semakin banyak ilmu yang dikongsikan semakin banyak ilmu kita. Dengan ada ilmu mungkin kita boleh menulis e-Book.
  • Kemahiran – tidak semua orang berkemahiran sekarang ini, dengan kemahiran contohnya menjahit baju kita mampu mengambil upah menjahit baju.
  • Keberanian – keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru. Contohnya untuk melabur dalam stock market kita perlu memahami permainan stock market dan mempunyai keberanian.
  • Pengalaman – pengalaman adalah guru yang paling mahal. Dengan pengalaman kita mampu untuk menjadi lebih baik.
  • Persahabatan – persahabatan yang tulus ikhlas akan dapat membantu diri kita.

Bagi saya, ini adalah 5 perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap orang yang ingin mengubah diri mereka. Ada lagi ke saudaraku? Silalah tambah.

Bagi saya ILMU adalah elemen paling utama yang kita perlukan untuk mengubah nasib diri kita. Dengan ILMU saja kita mampu untuk pergi lebih jauh. Walaupun pada masa kini ramai yang percaya kita perlukan “WHO YOU KNOW?” saya masih lagi pegang pada falsafah lama iaitu “WHAT YOU KNOW?”. Bagi saya WHO tidak banyak membantu kerana orang yang kita kenal tidak akan selamanya membawa kita keatas tapi dengan WHAT iaitu ilmu yang kita tahu membuatkan kita mampu untuk bertahan terus di atas. Betul tak?

Dan yang paling penting jangan lupa pada Allah swt. Berdoalah pada Allah swt insyallah akan termakbul. Tapi jangan lupa USAHA.

Kisah ini tidak ada kena mengena dengan makcik tadi, ianya hanya perkongsian pendapat saya. Bagi saya untuk mengubah nasib kita perlu berusaha bukan hanya mengeluh dan mengeluh kerana ia tidak akan mengubah apa-apa.

Bagi yang belum mencuba JOB DI RUMAH. Boleh lah mencubanya, mana tahu ia mampu mengubah hidup anda semua nanti.

Belangkas Dua Sejoli

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku? Sudah tibakah semua ke destinasi yang hendak dituju. Esok 5 Mei 2013, semua warganegara Malaysia akan memelih untuk menentukan bakal pemimpin negara. Selamat mengundi semua.

Hari ini tidak banyak aktiviti saya, sekadar duduk di rumah sahaja. Melayan sepoi angin pantai yang menenangkan jiwa. Sepoi angin pantai menyapa muka dan membawa saya melupakan beban kerja seketika. Memang syahdu sesekali pulang ke desa. Tapi keseronokan agak kurang kerana terpaksa berjauh dengan anak isteri tersayang seketika.

image

Tadi sambil melayan perasaan. Sempat menangkap belangkas dua sejoli. Kalau dulu pakai merpati dua sejoli kali ni saya mahu tukar jadi belangkas dua sejoli, sebab tak jumpa merpati.

Belangkas sering dikaitkan dengan pasangan bercinta. Ayat yang biasa kita dengar iaitu mereka berdua itu bagaikan belangkas ke mana saja pasti bersama. Ini adalah kerana sifat semulajadi belangkas yang akan ke mana saja berpasangan.

Bagi yang tidak mengenali belangkas. Silalah search gunakan dato’ google. Insyallah akan membantu. Darah belangkas dikatakan ada potensi untuk digunakan untuk merawat penyakit dalam kajian sebuah universiti tempatan. Saya tidak pasti penyakit apa, insyallah akan saya updatekan kemudian.

image

Kalau tuan sangat bijaksana belangkas manakah yang jantan yang mana yang betina nya?

Selamat berkenalan dengan belangkas dua sejoli.

Mengapa Saya Tolak Menjadi Guru Tuisyen

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sekadar berkongsi pengalaman saya suatu ketika dulu yang ingin menjadi guru tuiyen tapi saya terpaksa tolak pada peringkat akhir.

Saya pernah dapat offer untuk menjadi guru tuisyen part time dulu, tapi saya menolaknya di saat akhir. Masa itu saya baru berpindah dari tapak projek di Kuala Terengganu ke pejabat baru di Kuala Lumpur, perpindahan yang paling nekad pernah saya buat dengan menerima tawaran dengan potongan gaji hampir 15%. Bukan tambahan gaji tapi potongan gaji. Saya tetap terima kerana saya nak ubah laluan kerjaya saya.

Guru Tuisyen

Guru Tuisyen – Ajar yang terbaik

Tapi kehilangan 15% dari jumlah gaji lama, dengan perpindahan dari kota ke kota metropolitan yang kos sara hidup berlipat kali ganda. Maka saya nekad untuk mencari kerja part time, masa itu masih bujang jadi komitmen masa lebih banyak lapang. Saya memilih untuk menjadi guru tuisyen part time.

Saya memohon kerja tersebut dan berjaya. Tawaran telah saya terima tapi keputusan belum saya buat. Saya tenung dalam diri saya, saya ni tak lah pandai sangat. Bengong, gila, bengis dan sombong memang sudah sinonim dnegan saya. Mampukah saya mendidik mereka.

Sedangkan saya cuba adik saya dan anak buah saya, saya lihat seorang saja yang berjaya faham apa yang saya sampaikan dari 5 orang. Maknanya peratusan kejayaan saya adalah 20% sahaja. Ini kerana, pendekatan saya adalah dengan mengajak mereka berfikir dengan saya bukan menyuap mereka.

Matlamat asal saya hanya wang, tapi matlamat ibu bapa dan pelajar sudah pastinya A dan ilmu. Setelah saya fikirkan, saya rasa keikhlasan saya untuk mengajar pada masa itu adalah kurang kerana matlamat saya adalah wang. Ilmu memang elok dikongsi tapi kalau tidak ikhlas bagaimana?

Guru Tuisyen

Guru Tuisyen

Tenung punya tenung akhirnya saya menolak untuk jawatan guru tuisyen itu. Bukan kerana saya tidak mampu mengajar, bagi saya baik Math, Add Math, Sejarah atau Fizik bukan masalah bagi saya. Tapi kesediaan dan keikhlasan saya untuk mengajar itu yang tiada. Matlamat wang saya mungkin akan tercapai tapi bagaimana dengan matlamat ibu bapa dan pelajar?

Bagi saya dalam mengajar tidak kita umur audien kita sama ada kanak-kanak, remaja atau adult, keikhlasan dalam mengajar itu perlu ada. Keikhlasan dalam mengajar pasti akan membuatkan suasana pembelajaran itu lebih menyeronokkan dan capai matlamat bersama.

Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) makin dekat, 5 Mei 2013 akan menjadi satu titik penentu bagi menentukan siapakah yang bakal menjadi pemimpin yang hebat yang akan mengemudi negara kita kearah negara Malaysia yang maju dan gah di mata dunia. Siapakah yang akan menjadi pemimpin baru kita? Bersama kita turun mengundi bagi menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin yang hebat kita pada masa depan.

Pemimpin yang hebat menawan dunia dengan ilmu

Pemimpin yang hebat menawan dunia dengan ilmu

Bagi para semua calon pemimpin yang hebat, bersedialah anda untuk berkhidmat untuk rakyat. Memperjuang hak rakyat serta mengutamakan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Dan kita pula jangan sesekali lupa untuk menjadi pemimpin yang hebat dalam keluarga dalam organisasi, tidak kiralah siapa pun kita. Kita semua adalah pemimpin. Kita yang memimpin kearah mana kita nak bawa diri kita dan keluarga kita kerana hanya kita akan menentukan nasib kita, kita yang menentukan arah tuju kita. Pastikan kita hidup bermatlamat. Jangan biarkan ianya menjadi sia-sia.

Ingat hanya kita yang dapat mengubah nasib kita. Jangan sesekali hanya berserah pada takdir semata-mata tapi berusaha untuk mengubah keadaan kita. Ingat dalam Al-Quran, surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”.

Ayuh kita terus berjuang, berjuang menjadi pemimpin yang hebat. Bersama kita bangkit mengubah nasib diri kita,keluarga kita, agama kita, bangsa kita dan negara Malaysia kita. Ayuh saudaraku.

Tiada Kejayaan Yang Mudah : Ianya Terletak Pada Diri Kita

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Jangan pernah takut gagal.

Jangan pernah takut gagal.

Kejayaan adalah suatu yang amat indah kalau dapat dicapai tapi banyak juga kesakitan dan kesukaran yang perlu dihadapi sebelum ianya dicapai. Tiada kejayaan yang mudah. Ya, tiada kejayaan yang mudah.

Percaya atau tidak itulah hakikatnya. Bukan senang untuk berjaya. Tanyalah sesiapa saja yang sudah berjaya pasti mereka menyatakan banyak yang mereka korbankan dalam hidup mereka untuk berada ditempat mereka sekarang. Kecuali mereka adalah keturunan orang berada atau politik.

Kejayaan yang mudah menggunakan kroni? Tidak salah pada pandangan saya menggunakan kroni sebagai loncatan untuk berjaya. Ya, sebagai loncatan sahaja bukan bergantung penuh. Tapi ramai orang sekarang adalah bergantung penuh pada kroni, apabila mandat kroni itu habis maka mereka akan turut sama jatuh bergolek.

Kejayaan Bergantung Pada Usaha Kita

Kejayaan Bergantung Pada Usaha Kita

Sebaiknya, jangan bergantung terus kepada kroni. Kerana itu akan memberikan kelebihan pada kita. Ia juga memberi lebih kepuasan apabila kita berjaya. Merasai nikmat sebenar mengenggam kejayaan setelah banyak perih yang dilalui.

Saya sebenarnya cukup sedih apabila melihat ramai bangsa kita yang sibuk menjaja sana sini kononnya mereka adalah kroni itu ini. Mereka boleh mendapatkan segala yang mereka mahu. Kejayaan dan wang adalah amat mudah bagi mereka kononnya. Tapi kadang-kala habuk pun tidak kelihatan. Senang cerita ali baba, sembang saja.

Capailah kejayaan dengan hasil kudrat dan keringat kita sendiri. Hasil usaha diri kita sendiri. Insyallah ianya pasti suatu yang amat bermakna sekali. Ayuh kawan, berusaha mengubah nasib diri kita.

Gagal hari ini bukan gagal selamanya. Berjaya hari ini bukanlah kejayaan yang abadi jika ia tidak dikekalkan momentumnya.

-Mat Jedi (daddydee.net), 26 Mac 2013-

PS: Sedang mendalami ilmu pelan tindakan kecemasan dan SEO. Dua yang tidak berkaitan tapi penting.

<br />

Lihat Dalam Cermin

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Kita lihat dalam cermin, hanya diri sendiri yang kelihatan. Bagaimanakah kita? Bergayakah kita? Handsome kah kita? Sudah botakkah kita? Sudah boroikah kita? Sudah berubankah kita? Masih mampu berdirikah kita? Masih mampu bersujudkah kita? Jika jawapannya ya, ambillah wudhuk sujudlah pada-Nya. Jika jawapannya tidak sekalipun, ambillah wudhuk sujudlah pada-Nya. Bersyukurlah kita masih lagi mampu lihat dalam cermin diri kita sendiri, ertinya kita masih bernyawa.

Lihat Dalam Cermin

Lihat Dalam Cermin

Kita lihat dalam cermin, kita nampak diri kita sendiri. Sekarang ini, marahlah orang dalam cermin itu? Makilah orang dalam cermin itu? Hinalah orang dalam cermin itu? Tempelaklah orang dalam cermin itu? Sudah puas hati kita? Bagaimana muka kita? Buruk, sudah tentu buruk kerana amarah adalah sifat yang disukai syaitan. Apa perasaan kena marah? Itulah perasaan orang lain setiap kali dimarah, dimaki, dicaci, dihina oleh kita. Ingat kawal amarah, itu sebaiknya dan disukai Allah swt. Amarah itu sifat terkeji.

Kita lihat dalam cermin, hanya nampak diri kita sendiri. Cuba senyum pada orang dalam cermin itu? Cuba tuturkan kata manis pada orang dalam cermin itu? Apakah perasaan kita? Tenang? Bahagia? Sudah tentu kerana senyuman dan tutur kata yang baik amat disukai oleh semua orang di dunia ini.

Kita lihat dalam cermin, hanya nampak diri kita sendiri. Cubalah berbuat baik pada orang dalam cermin itu, pasti dia akan melakukan perkara yang sama. Sekarang ini, cubalah tumbuk cermin itu nescaya ia akan melakukan perkara yang sama. Itulah gambaran hidup di dunia ini, kita berbuat baik, baiklah kita dapat. Dan begitulah sebaliknya.

Kita lihat dalam cermin. Ya saya lihat dalam cermin. Saya sedang mencerminkan diri ini. Mencerminkan diri saya dari sudut yang paling dalam. Masih lagi cuba untuk mengenali diri sendiri sebelum orang lain mengenali saya.

Sekadar peringatan kepada diri sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...