Ibra Jaringkan Gol Kemenangan Manchester United

Penyerang berprofil tinggi Zlatan Ibramovic berjaya mencuri tumpuan apabila jaringkan gol kemenangan Manchester United. Manchester United memenangi Community Shield selepas mengalahkan Leicester City 2-1.

Perlawanan yang agak menarik iaitu pertemuan dua jaguh taktikal iaitu Jose Mourinho dan Claudio Ranieri.

Continue reading “Ibra Jaringkan Gol Kemenangan Manchester United”

Arsenal Menang Lagi

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Yes, Arsenal memang lagi, Arsenal masih lagi kekal di taktha liga. Semalam Arsenal telah menang 2-0 keatas Southampton dengan 2 gol yang dihasilkan oleh penjaring profilik Arsenal, Oliver Giroud. Dengan kemenangan ini Arsenal kekal di taktha liga dengan 4 mata dihadapan pencabar terdekat iaitu Liverpool.

Gol pertama terhasil dek kesilapan pemain Southampton melakukan back pass kepada Boruc dan pantas bola dirampas oleh Oliver Giroud dari kaki Boruc. Manakala gol kedua adalah hasil dari sepakan penalti.

Pejaring Arsenal Oliver Giroud
Pejaring Arsenal Oliver Giroud mengelecek Boruc
Mesut Ozil
Mesut Ozil
Arsenal menang lagi : wajah lagenda Arsenal
Arsenal menang lagi : wajah lagenda Arsenal

Ramai yang kata alah lawan Southampton boleh lah? Tapi pasti ramai yang tidak lupa kerana Southampton adalah kelab kecil yang telah mengejutkan kelab gergasi pada musim ini iaitu Manchester United dan Liverpool dalam perlawanan liga.

Apapun, terima kasih juga kepada Liverpool kerana sekadar seri 3 sama dengan Everton yang memberikan Arsenal lebih ruang di taktha liga. Game Liverpool dan Everton semalam amat best, perlawanan musuh tradisi setempat yang pasti tidak akan dilepaskan oleh kedua-dua peminat pasukan ini.

English Premier League : Manchester United Lawan Arsenal

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Awal pagi nanti akan berlangsung satu perlawanan epik English Premier League antara Manchester United lawan Arsenal di Stadium Old Trafford, kubu agung Manchester United. Pasti perlawanan ini akan menjadi tumpuan ramai dek kerana kedudukan Arsenal di taktha liga dan juga persembahan yang tidak kosisten Manchester United pada musim ini di bawah pimpinan David Moyes.

Manchester united lawan Arsenal
Manchester united lawan Arsenal

Perang saraf antara David Moyes dan juga Arsene Wenger sedang hangat sekarang ini, itu baru perang saraf pengurus belum lagi perang saraf antara penyokong yang pasti lagi sengit dan hebat. Kata mengata tak mengapa jangan sampai pakai meriam buluh, C4, bom tangan, TNT dan lain-lain sudah.

Manchester United vs Arsenal : Wenger vs Moyes
Manchester United vs Arsenal : Wenger vs Moyes

Dengar kata malam ini, Robin Van Persie akan diturunkan sebagai pemain gantian saja, mungkin Wayne Rooney akan mengemudi jentera serangan Manchester United. Manakala, serangan akan diterajui oleh Oliver Giroud dan akan dibantu oleh perangcang utama Arsenal, Mesut Ozil dan Santi Cazorla serta beberapa pemain lain seperti Aaron Ramsey, Wilshere.

Harapnya Arsenal akan mengungguli takhta liga dengan memenangi perlawanan ini. Mana port malam ini unutk layan Manchester United lawan Arsenal? Mana port kawan-kawan?

Dulu kalau zaman bujang selalu port di luar semasa game epik sebegini tapi kini sudah kahwin lepak di rumah saja la jawabnya. Hehehe…Selamat menonton.

Video Kemenangan Arsenal Ke Atas West Ham

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad lepas, Arsenal telah bangkit membenam West Ham 5-1. Kemenangan Arsenal ke atas West Ham adalah hasil dari jaringan oleh Theo Walcott, Santi Cazorla, Lukasz Podolski dan dua gol Olivier Giroud.

Kemenangan Arsenal Ke Atas West Ham
Kemenangan Arsenal Ke Atas West Ham

Walaupun, West Ham terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-18, hasil jaringan Jack Collison, penyamaan telah dilakukan oleh Lukasz Podolski pada minit ke-22 hasil dari umpanan oleh Jack Wilshere.

Arsenal menambah lagi jaringan pada minit ke-47 hasil jaringan Olivier Giroud hasil umpanan oleh Theo Walcott. Tiga jaringan selepas itu oleh Santi Cazorla (53′), Theo Walcott (54′) dan Olivier Giroud (57′) semuanya adalah hasil dari umpanan Lukasz Podolski.

Video Kemenangan Arsenal ke atas West Ham

Diharap kemenangan Arsenal ke atas West Ham akan menjadi pemangkin untuk mereka menang lagi dalam pertemuan seterusnya iaitu menentang Liverpool.

EPL #22 – Arsenal vs Manchester City

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Perlawanan bola sepak English Premier League pada minggu ke-22 ini agak menarik dengan dua perlawanan besar yang menjadi tumpuan utama iaitu Manchester United vs Liverpool di Old Trafford Stadium dan Arsenal vs Manchester City di Emirates Stadium.

Liverpool vs Man Utd
Liverpool vs Man Utd

Perlawanan Manchester Uniterd vs Liverpool, pasti menjadi perhatian peminat dua gergasi ini iaitu peminat The Reds dan The Red Devils. Sudah pasti, ketajaman serangan yang dikemudi oleh bekas penyerang Arsenal, Robin Van Persie pasti menjadi tumpuan utama. TIdak kurang menjadi perhatian adalah penyerang kontroversi Luis Suarez yang menjaringkan gol dengan tangan. Kedua-duanya merupakan penjaring terbanyak EPL setakat ini iaitu Robin van Persie (16 gol) dan Luis Suarez (15 gol)

Persie vs Suarez
Persie vs Suarez
Arsenal vs Man City
Arsenal vs Manchester City

Satu lagi perlawanan tumpuan adalah Arsenal vs Manchester City. Sebagai penyokong Arsenal pastinya saya mengharapkan Arsenal akan menang dalam perlawanan malam ini. Walaupun, jika dilihat dari segi barisan pemain dan kekuatan individu pastinya ianya akan memihak kepada Man City yang mempunyai barisan bintang. Tapi dalam bola sepak barisan bintang bukan jaminan kemenangan.

walcott and cazorla
walcott and cazorla

Jika Manchester City memenangi perlawanan pada malam ini, ianya akan menjadi kemenangan pertama bagi tempoh 37 tahun. Dan jika mereka gagal, rekod ini akan kekal. Tumpuan saya sudah pasti pada Theo Walcott dan Santi Cazorla.

Keputusan Penuh EPL #22

QPR 0- 0 Tottenham

Aston Villa 0 -1 Southampton

Everton 0-0 Swansea

Fulham 1-1 Wigan

Norwich 0-0 Newcastle

Reading 3-2 West Brom

Stoke City 0-4 Chelsea

Sunderland 3-0 West Ham

Man Utd 2-1 Liverpool

Arsenal 0-2 Man City

Chelsea 2-2 Southampton