Euro 2012 : Final Spain vs Italy

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat SaudaraKu Semua.

Euro 2012 telah sampai ke kemuncaknya. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan penentuan Juara Euro 2012.

Awal pagi esok, 2 Julai 2012, jam 2.45 pagi akan berlangsungnya perlawanan Akhir Euro 2012, antara Spain vs Italy.

Pastinya satu perlawanan menarik akan dihidangkan buat semua peminat. Ya, dua corak permainan yang amat ketara sangat dan itulah suatu yang amat mengasyikkan untuk ditonton.

Spain pastinya ramai yang memilih Juara Bertahan ini, sebagai pasukan pilihan untuk menjadi Euro 2012. Spain pasukan yang dibarisi bintang dari Goalkeeper hingga ke Striker pastinya akan menyajikan satu persembahan hebat. Antara pemain yang akan diturunkan iaitu Cassilas, Pique, Arbeloa, Jordi Alba, Sergio Ramos, Xavi, Basquets, Ineasta dan juga Fabregas. Pastinya akan mempamerkan satu permainan terhebat. Dengan Fabregas yang berada di prestasi terbaik.

Italy pastinya akan mempamerkan permainan terbaiknya. Walaupun dari segi umur pemain Spain jauh lebih muda berbanding dengan Italy. Majoriti pemain Italy telah berumur dan mempunyai pengalaman yang cukup luas. Dan pastinya tonggak utama Italy iaitu Pirlo yang terkenal dengan freekick dan passing nya yang cermerlang. Pirlo juga bijak menyusun dan mengatur permainan. Italy akan dibarisi oleh Buffon, Bazagli, Chellini, Pirlo, De Rossi, Cassano dan Balotelli.

Pastinya yang paling menarik perhatian adalah persembah dua penjaga gol terbaik Eropah iaitu Buffon dan Cassilas. Dua penjaga Gol terbaik dari La Liga dan Sirie A.

Dan tak lupa juga persembahan Budak Nakal Balotelli pastinya akan mencuri perhatian semua.

Saya meramalkan Italy akan jadi Juara Euro 2012. Italy akan menang 2-1 ke atas Spain.

PS : Saya sokong Italy, wife pula pilih Spain. Nasib baik Tuan Kecil di rumah tak tahu memilih lagi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamulaikum dan Salam Juara Buat Saudaraku Sekalian Semalam menyaksikan pasukan yang saya pilih untuk Kontest
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Euro 2012 semakin rancak, banyak kejutan pada Euro 2012 kali ini,
Euro 2012 telah berlangsung 8 hari. Malam ini pusingan terakhir bagi Kumpulan A akan berlangsung
Demam bola telah kembali lagi untuk Euro 2012. Sejak hari Sabtu malam hari tu sampai

Euro 2012 : Kemaraan Spain

Assalamulaikum dan Salam Juara Buat Saudaraku Sekalian

Semalam menyaksikan pasukan yang saya pilih untuk Kontest Juara Euro 2012 anjuran Tuan Denaihati telah tersingkir iaitu Perancis. Ini bermakna saya juga telah terkeluar dari kontest ini. Tapi tidak mengapa, masih satu lagi kontest SEO iaitu ‘Eyriqazz vs Denaihati’. Teman-teman dah join ke?

Tahniah buat pasukan Spain yang telah layak. Tahniah juga buat Portugal dan Germany. Malam ini penentuan antara Italy dengan England pula.

Semi final Euro 2012, Portugal akan bertemu dengan Spain. Manakala Germany akan bertemu samaada Italy ataupun England.

Perlawanan antara Spain dan Perancis bagi saya, Spain memang layak menang. Spain mempamerkan satu corak permainan yang cantik dan menarik. Dan yang paling penting Spain bermain sebagai satu pasukan seperti Germany.

Kalau di lihat pergerakan Spain lebih teratur dan terancang. Dan pergerakan adalah satu pasukan bukannya bergantung pada individu semata-mata seperti Perancis yang lebih mengharapkan Frank Ribery.

Kehebatan sebenar Karim Benzema memang tiada. Kalau dibandingkan Karim Benzema dengan Theiry Henry memang terlalu jauh sangat. Kemasukan Samir Nasri pun masih gagal mengubah corak permainan Perancis, dan rasanya semalam bukan prestasi sebenar Samir Nasri. Kemasukan dua lagi penyerang iaitu Oliver Giroud dan Jeremy Menez pun masih gagal untuk Perancis menembusi benteng kebal Spain.

Gol awal dari Xabi Alonso pasa minit ke-16 memang menjadi bekalan pada Spain untuk bermain lebih defensive. Dan ditambah satu lagi gol pada minit 86 oleh Xabi Alonso melalui sepakan penalti memang cukup menamatkan saingan Perancis.

Spain dilihat cukup cemerlang dengan gerakan cantik yang dimainkan oleh semua pemain dari defend, midfield sampailah ke attacking. Kalau dilihat keserasian bahagian tengah gandingan antara Xavi, Inesta dan Fabregas dari Barcelona FC ditambah lagi dengan kelincahan David Silva. Memang menjadi dan mantap sangat.

Kalau dari segi taktikal memang nampak Spain dan Germany mempunyai kelebihan, sebab mereka lebih bermain dalam satu pasukan bukannya individu.

Untuk perlawanan malam ni, saya pilih Italy untuk menang. Bukan England tak kuat tapi lebih suka tengok cara permainan Italy. Tua-tua Italy yang cukup berisi, taktikal Italy boleh dikatakan sama seperti zaman Roberto Baggio dulu. Still defensive and counter attack. Yang pastinya Pirlo, De Rossi, Di Natele dan Buffon akan menjadi nadi utama Italy.

Sekian, terima kasih banyak-banyak.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua Saudaraku sekalian.   Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati makin
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Antara Ilmu atau Harta ?? Mana akan saudaraku
Asslamualaikum dan salam satu inspirasi buat saudaraku... Sambungan kepada Perebutan Kuasa : Dongeng Eyriqazz vs Denaihati
Demi maruah empayar yang gah, demi menentukan siapa lagi kuat dan siapa lagi kuat. Pertarungan

Euro 2012 : Hadiah Terbaik Untuk Suami Kaki Bola

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Euro 2012 semakin rancak, banyak kejutan pada Euro 2012 kali ini, kelayakan Greece ke peringkat seterusnya dan kepulangan awal Russia dan pasukan bintang Belanda. Kejutan demi kejutan berlaku.

Saya agak ramai juga Isteri mengeluh dek kerana suami yang kaki bola yang sanggup bersengkam mata untuk tengok bola. Pagi-pagi pula susah nak bangun pagi nak pergi kerja dan nak uruskan anak-anak.

Disini Daddydee.net nak mencadangkan beberapa hadiah yang sesuai untuk suami tercinta pada musim bola ini:

Jersi Euro 2012
Hadiahkan suami anda jersi pasukan Euro 2012 yang disokong suami. Tapi jangan hadiahkan awal-awal, hadiahkan apabila pasukan Euro 2012 suami anda terkeluar dari saingan. Barulah sentimental dan sentap. Heheheeheh…

Kalau pasukannya menang, hadiahkan juga. Pasti kasih akan berbunga. Kelas kau Kiah.

Belikan Bola
Hadiahkan suami anda bola Euro 2012 yang limited edition punya. Pasti suami anda akan terkedu, terduduk dan terharu. Untuk lebih keharuannya itu, hadiahkan 11 biji bola. Kenapa 11 biji supaya setiap pemain dapat seorang sebiji bola. Konfirm suami anda bahagia.

But Bola
Sekiranya suami anda meminati bola dan suka bermain bola, sudi-sudikan lah belikan but bola baru buat mereka. Ye la, gantikanlah but bola yang telah bertahun tidak bertukar. Dan lagi baik jika dihadiahkan but bola model terbaru yang dipakai oleh bintang bola sepak yang suami anda minati. Pasti suami anda akan bertambah sayang dan ceria walaupun pasukan Euro beliau telah kalah.

Toto
Hadiahkan tilam Toto supaya senang dan selesa untuk suami anda berjaga depan TV. Sebab dia dah konfirm tak berminat nak tido dalam bilik bersama anda sepanjang Euro 2012 berlangsung. Jadi belikan tilam supaya dia boleh berjaga. Dan boleh juga dibawa ke pejabat untuk tidur dalam stor.

Bantal Kecil Berbentuk Bola
Hadiahkan bantal kecil supaya senang untuk dibawa kemana-mana. Supaya suami anda senang nak tidur di mana saja. Dalam kereta boleh, dalam pejabat boleh. Heheeheh…. Jangan kantoi ponteng kerja sudah.

Keputusan Kumpulan C (Pusingan ke-3)
Italy 2
– 0 Ireland
Sepanyol 1 – 0 Croatia

Sepanyol dan Italy telah layak ke peringkat perlawanan kalah mati. Seperti yang diramalkan oleh ramai peminat dan pengkritik.

Sekian untuk kali lain. Lain kali kita cerita lagi. Tata-tata-titi-titu.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku...
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... [caption id="" align="aligncenter" width="180"] Bila isteri membebel Hari ini,
Satu hari daddydee ke Pejabat POS PJ SS14, untuk urusan ASB anak. Saja tambah sikit

Euro 2012 : Tenggelam Dan Timbul

Euro 2012 telah berlangsung 8 hari. Malam ini pusingan terakhir bagi Kumpulan A akan berlangsung menentukan siapa yang layak ke peringkat seterusnya.

Saya mejangkakan Russia dan Czech akan menempah tiket awal malam ni.

Seperti biasa setiap tournament akan melihatkan bintang lama yang malap dan bintang baru yang bersinar.

Dalam dua pusingan yang telah berlalu kita dapat lihat pasukan bintang Belanda yang longlai dengan dua kali kalah pada Denmark dan Jerman. Biasalah bola itu bulat apa saja boleh terjadi.

Dapat dilihat juga bagai tiada sentuhan berbisa dan ajaib daripada bintang seperti Van Persie, Robben dan Cristiano Ronaldo.

Tapi cukup seronok melihat kelibat Fernando Torres yang kembali dengan sentuhan berbisa sepertimana semasa Torres bersama Atletico Madrid suatu masa dulu. Kalau dilihat dari koleksik gol terbaik Torres adalah zaman dia bersama Atletico Madrid.

Dan dua jaringan Shevchenko untuk Ukraine cukup membuktikan beliau tetap hebat, kuda tua yang masih berbisa. Bintang malap yang kembali bersinar mengingatkan saya pada Hendrik Larsson yang pernah menjadi penyelamat Sweeden suatu masa dulu.

Selepas Euro 2012, pasti banyak kelab akan berebut untuk mendapatkan pemain seperti Alan Dzagoev (Russia), Varela (Portugal), Ivan Rakitic (Croatia), Joao Pereira (Portugal), Vaclav Pilar (Czech), Jetro Willems (Belanda) dan Mathieu Debuchy (France).

Apapun, keputusan dan rentak yang dipamerkan oleh setiap pasukan pasti sukar menetukan siapa bakal juara. Sudah pasti Jerman, Spain, England,France dan Itali. Tetapi jangan dilupakan dan dipandang enteng pasukan Russia yang pasti memberi tentangan sengit.

Keputusan Kumpulan C (Pusingan Kedua)
Italy 1 – 1 Craotia
Spain 4 – 0 Ireland

Keputusan Kumpulan D (Pusingan Kedua)
Ukraine 0 – 2 France
Sweeden 2 – 3 England

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat SaudaraKu Semua. Euro 2012 telah sampai ke kemuncaknya. Pasti ramai
Assalamulaikum dan Salam Juara Buat Saudaraku Sekalian Semalam menyaksikan pasukan yang saya pilih untuk Kontest
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Euro 2012 semakin rancak, banyak kejutan pada Euro 2012 kali ini,
Demam bola telah kembali lagi untuk Euro 2012. Sejak hari Sabtu malam hari tu sampai

Juara Euro 2012

Demam bola telah kembali lagi untuk Euro 2012. Sejak hari Sabtu malam hari tu sampai sekarang memang daku dok follow perlawanan Euro 2012 ni. Tapi hari minggu boleh lah teran biji mata untuk tengok sampai pukul 3-4 pagi. Tapi hari kerja perlawanan pukul 12 malam je la daku tengok pun.

Awal perlawanan dapat dilihat keputusan yang agak mengecewakan bagi gergasi-gergasi bolasepak Euro ni seperti Belanda dan Portugal. Ye la, bola itu bulat, apapun boleh terjadi.

Tapi untuk Euro 2012 ini, daku menjangkakan kemungkinan letusan Underdog akan berlaku, sebagaimana tahun 2004 dimana Greece telah menang ke atas Portugal.

 

 

Untuk 2012, daku memilih Perancis untuk muncul sebagai Juara Euro 2012.

France Euro 2012

 

Gol Samir Nasri awal pagi tadi bagi daku adalah antara Gol Tercantik dalam Euro 2012 setakat ini.

Lepas ini, daku harapkan dapat melihat aksi  Oliver Giroud yang menarik minat Arsene Wenger (Bos Arsenal).

 

Keputusan perlawanan untuk kumpulan C dan D bagi Euro 2012 adalah:

Kumpulan C

Spain 1     –   1 Italy

Ireland 1  –   3 Croatia

 

Kumpulan D

England 1   –   1 France

Sweeden 1   –  2 Ukraine

 

 

Jom kita merancakkan lagi demam Euro 2012 dengan join kontes yang telah dianjurkan oleh Denaihati.com.

 

 

 

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Mesut Ozil yang baru dibeli oleh Arsenal pada
Asaalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Eden Hazard telah berjaya menyenaraikan dirinya sebagai salah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini, English Premier League masuk mingu ke-23,
Kumpulan A Poland 1 - 1 Greece Lewondawski 17' Salpingidis 51' Russia 4 - 1