Lempeng Pisang Cinta Hasil Air Tangan Isteri Tersayang

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami Bukan Susah Pikatlah Perutnya. Sebab dek terpikat dengan masakan isterilah badan saya makin memontel selepas kahwin, kalau tengok gambar sebelum dan selepas memang jauh sangat bezanya dari 60kg memecut ke 95kg dalam masa 3 tahun. Hahahha

Tapi alhamdulillah sekarang ini sejak menjadi weekend husband, dan sejak mengamalkan Diet Atkins. Diet-diet jugak, makan tetap makan. Belasah tetap belasah tapi dengan cara yang betul yang ada dalam Diet Atkins tak risau lagi badan mengembang sebab alhamdulillah sekarang berat dari 95kg dah jadi 83kg. Akan cuba kekalkan diet Atkins ni sehingga capai berat 80kg. Target.

Masakan isteri bagi saya memang heaven walaupun tidak se-heaven masakan ma saya tapi air tangan isteri tetap ada bisanya. 

Hari itu saja merengek manja dengan isteri saya, minta dia buatkan lempeng. Bukan tak boleh nak makan lempeng kat kedai tapi air tangan isteri lagi sedap kan?

Isteri yang baik, saya hanya minta lempeng tapi dimasaknya Lempeng Pisang. Memula ingatkan dia ingin masakkan ‘cekodok pisang’, saja saya bertanya pada isteri

‘Masak cekodok pisang ke?’

‘Masak lempeng la ni’

‘Guna pisang?’

‘Ini Lempeng Pisang Cinta Kasih, abang’

Perghhh… Memang melting I bila isteri saya buat manja gitu.

Inilah rupa Lempeng Pisang Cinta hasil tangan isteri saya yang sangat yummy.

20150506_212707
Lempeng Pisang Cinta Hasil Air Tangan Isteri
Lempeng Pisang Cinta Berintikan Kelapa
Lempeng Pisang Cinta Berintikan Kelapa

Sepetang mengenakan Lempeng Pisang dan air kopi panas memang nikmat tak terkata. Sesekali mengenakan kuih tradisional ni memang best. Asyik dengan McDonal’s KFC Domino’s je bosan juga. Ya tak?

Ada yang nak ke resipi Lempeng Pisang Cinta ni? Kalau ada yang nak nanti saya share kan ya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isteri atau ibu atau wanita memang tinggi martabatnya

Bukan Herdik Bukan Pukul Tapi Didik Anak Sebaiknya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin membesar – Abang Haiqal sudah 3 tahun 6 bulan dan Adik Afina sudah 8 bulan lebih. Masih teringat masa Abang Haiqal masih kecil, apa yang di buat abangnya dulu itu juga yang adiknya lakukan. Licah dan lasak tapi menghiburkan hati kami sekeluarga.

Anak permata yang amat istimewa. Anak anugerah dan amanah Allah swt kepada kita sebagai ibu bapa – amanah yang bukan untuk diherdik dan dipukul tapi untuk dididik.

Terbaca kisah-kisah anak kecil di dera dengan kejam tanpa belas kasihan, saya tertanya kemana perginya nilai kemanusiaan dalam diri mereka? Apa tiada langsung rasa kasih?

Anak kecil dilahirkan umpama kain putih bersih ke dunia ini, tugas kita ibu bapa untuk bentuk mereka. Tugas ibu bapa untuk didik anak sebaiknya.

Adik dan Abang - Didik anak sebaiknya
Adik dan Abang – Didik anak sebaiknya

Dulu saya juga cemburu pada adik saya yang lebih diberi perhatian oleh mak ayah saya. Saya rasa terpinggir. Tapi bila sudah jadi ibu bapa, saya mula faham – tiada istilah pilih kasih. Semua anak saya sayangi – baik abang Haiqal yang becok mulutnya atau adik Afina yang lincah. Dua-dua permata hati papa yang tiada gantinya.

Tidak dapat lagi saksikan gelagat abang yang suka mengusik adiknya, dan muka adik yang pasrah setiap kali di usik abang nya. Kadang kala saya tersenyum sendiri bila mengingatkan semua ini.

Sejak menjadi weekend husband, tiada tergambar perasaan rindu di hati terhadap anak-anak dan isteri. Hidup kosong. Setiap kali pulang ke rumah dari tempat kerja tiada mulut becok abang Haiqal terngiang di telinga, tiada aksi lincah adik Afina. Masa bersama anak anak yang telah di rampas – kurangnya masa untuk saya luangkan bersama anak saya ke taman. Untuk jalinan kasih antara kami.

Hidup jadi sunyi tiba-tiba. Kadang kala merasakan diri tidak mampu lalui semua ini. Tidak mampu untuk tidak tatapi mata anak saya untuk sehari – apatah lagi seminggu. Rindu tidak tergambar.

Hargai Anak, Didik Anak Sebaiknya

Walaupun berjauhan, tugas tetap perlu laksanakan. Tugas seorang ayah dan suami perlu di laksana. Bimbing keluarga di jalan yang diredhai. Didik anak ke arah jalan yang diredhai.

Saya bukan sempurna dan bukan insan yang baik. Tapi saya tetap cuba menjadi ayah yang baik buat anak-anak saya. Saya cuba ajari mereka didik mereka dan terpaling penting adalah belai mereka kasih mereka.

Hati lelaki mana mampu menahan apabila setiap kali pulang ke rumah, anak kecil yang lena tidur boleh terjaga setiap kali saya sampai di rumah, bangun mencari saya. Bagaikan dia tahu yang papanya pulang, tidak mampu berkata lagi kerana masih kecil tapi renahnya membuat hati saya sayu. Maafkan papa kerana terpaksa menjauh demi tugas dan kerja.

Seandainya saya ada pilihan sememang saya tidak mahu jauh dari mereka semua biar semua membesar di depan mata saya. Biar mulut becok abang jadi irama merdu di telinga saya, biar lincah adik menjadi drama hidup di mata saya. 

Insyallah pasti ada hikmah semua ini dan ada jalan. Bersabarlah isteri dan anak anak ku. Papa akan pulang.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudarku... Dalam hubungan cinta suami isteri, anak anugerah yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tips Hidup Berjauahan dengan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki

Eratkan Hubungan : Bawa Si Kecil Ke Taman

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Memang sudah jadi rutin kami, suami isteri setiap hujung minggu biasanya akan membawa si kecil ke taman. Selain untuk mengajar si kecil kami tentang perihal dunia, boleh juga kami mengeratkan lagi hubungan cinta kami suami isteri. Kan sweet gitu?

Eratkan Hubungan Suami Isteri

Betul sebenarnya dengan meluangkan masa ke luar bersama keluarga adalah perlu untuk mengeratkan lagi hubungan cinta, kasih sayang dan kekeluargaan dalam keluarga kita. Itu sebab kalau sebuah famili yang dengna melakukan aktiviti reunion atau gathering.

Keluar bersama keluarga ke taman, air terjun atau pantai adalah salah satu cara untuk eratkan hubungan suami isteri dan keluarga. Lagi pun ini, cara ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Tidak perlu ke luar negara dan passport, dalam Malaysia pun banyak tempat menarik.

Ketahui Punca Penceraian

Si kecil saya memang lasak, kalau bawa ke Taman Tasik Titiwangsa memang berpeluh saya dah macam orang jogging dibuatnya sebab semua permainan hendak dicuba. Disebabkan bulan puasa lagi pun untuk mengelakkan jam kami buat keputusan untuk bawa si kecil ke Taman Jaya, Petaling Jaya saja. Sambil itu saya juga nak test lens Canon 50mm 1.4 saya.

Siap Untuk Ke Taman photo besiap_zps63608def.jpg
Si Kecil yang excited nak ke taman

Si kecil saya memang excited kalau nak ke taman. Tahu saja nak ke taman memang dia lah yang akan bising dan heboh satu rumah. Kalau ke shopping mall, dia akan buat muka bosan. hahaha

Ini adalah kerenah si kecil saya di taman:

Buai Laju laju photo afifmainbuaian_zps50d65e80.jpg
Buai laju laju
Tunggang Kuda photo tunggangkuda_zps94ae6397.jpg
Tunggang kuda pula
jonkit photo haiqaljongkit_zps5ee719ca.jpg
Haigal main jongkang jongkit
Ready untuk gelongsor photo ready_zps42e910e3.jpg
Ready untuk gelongsor
Rahsia Emas
Bergayut photo gayut_zps53720f08.jpg
Muka gayat masa bergayut
Happy time photo gelungsurlaju_zpsbbdd1883.jpg
Budak yang suka ke taman

Semua gambar ini di ambil menggunakan lens 50mm 1.4 dan semuanya tanpa edit. Sebab saya tidak pandai guna adobe photoshop.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saat Berkasih Sungguh Indah - Ke mana saja
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isteri atau ibu atau wanita memang tinggi martabatnya