Tag Archives: Keluarga

Lelaki Patut Menangis Putus Cinta Jika……

Assalamualaikum

Kalau refer balik pada entri sebelum ni (Belia Paling Ramai Bunuh Diri) dan kita dapat perhatikan kaum lelaki adalah yang paling ramai bunuh diri berbanding dengan perempuan.

Pasti ada yang setuju kalau dikatakan lelaki bunuh diri sebab kecewa dengan perempuan dalam percintaan.

Disini daddydee nak berkongsi sikit pandangan daddydee dalam kes ini.

 

 

Lelaki Patut Menangis Jika Ditinggalkan Wanita Yang Di Cintai Jika :

 

Wang Simpanan Bersama RM1juta Dikebas

Wang simpanan bersama yang kalian telah buat atas nama wanita untuk kahwin tersebut berjumlah RM1juta telah dilarikan. Dan wanita itu telah lari pergi berjudi di Las Vegas. Kalian memang patut menangis sebab bukan senang nak kumpul RM1juta.

 

Hadiahkan Kereta Lamborgini

Kereta Lamborgini yang kalian belikan untuk wanita tersebut telah dilarikan dan telah dijual kepada Ah Seng. Hutang kereta belum lagi selesai dan kalian kena kejar dek Bank dan Along-Along.

 

Berkahwin Dengan Datuk

Kalau wanita itu kahwin dengan Datuk muda dan kaya, kalian patut bangga sebab kalian setanding dengan Datuk tersebut cuma nasib tidak menyebelahi anda. Tapi kalian patut menangis kalau wanita itu berkahwin dengan datuk berumur 75 tahun dan mempunyai 12 anak, 22 cucu dan 32 cicit.

Ini memang kalian patut menangis sebab kalian terlalu lemah kalau nak dibandingkan dengan datuk itu.

 

 

Jika bukan yang di atas, usahlah menangisi orang yang tidak sudi. Sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Teruskan berjalan ke hadapan jangan di toleh ke belakang, mengimbau masa lalu yang duka. Kalian pasti akan bertemu yang lebih baik selepas ini. Keep on moving lads. Smile….