Tag Archives: final badminton olympic london 2012

Tahniah Datuk Lee Chong Wei

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Sebentar tadi pada jam 8.00malam, telah berlangsungnya satu perlawanan yang dinantikan oleh semua peminat sukan badminton seluruh dunia, iaitu perlawanan akhir Badminton Perseorangan Lelaki (Men’s Single) Olympic London 2012 antara Datuk Lee Chong Wei melawan Lin Dan.

lee chong wei

Datuk Lee Chong Wei tetap kebanggan kami rakyat Malaysia.

Seperti yang diketahui umum bahawa Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei sememangnya musuh tradisi dalam gelanggan Badminton. Kali ini, Lin Dan sekali lagi menang keatas Datuk Lee Chong Wei selepas Olympic Beijing yang lalu.

Datuk Lee Chong Wei telah menang pada set pertama dengan 21-15, namun terpaksa akur dengan kekalahan pada set kedua iaitu 10-21 dan 19-21.

Dalam perlawanan tadi, boleh lihat kehebatan kedua-dua pemain hebat ini mempertontonkan skill masing-masing. Set pertama menyebelahi Datuk Lee Chong Wei. Namun di set kedua, sedikit mengecewakan apabila terdapat beberapa kesilapan sama yang berulang. Namun Datuk Lee Chong Wei cuba bangkit pada set ketiga, tetapi gagal, terpaksa akur pada Lin Dan dengan perbezaan 2 mata. Tetapi secara keseluruhannya, satu persembahan yang cukup mantap telah dipertontonkan oleh Datuk Lee Chong Wei.

Keputusan Final Badminton Men’s Single Olympic 2012

Lee Chong Wei vs Lin Dan (21-15, 10-21, 19-21)

Apapun bagi saya, satu persembahan yang cukup hebat telah dipertontonkan oleh Datuk Lee Chong Wei. Saya rasa semua atlet Malaysia patut mencontohi semangat kesukanan dan semangat melawan yang ada pada Datuk Lee Chong Wei. 

Sekali lagi, tahniah buat Datuk Lee Chong Wei yang telah menghadiahkan Malaysia pingat perak.