Arsenal Menang Lagi

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Yes, Arsenal memang lagi, Arsenal masih lagi kekal di taktha liga. Semalam Arsenal telah menang 2-0 keatas Southampton dengan 2 gol yang dihasilkan oleh penjaring profilik Arsenal, Oliver Giroud. Dengan kemenangan ini Arsenal kekal di taktha liga dengan 4 mata dihadapan pencabar terdekat iaitu Liverpool.

Gol pertama terhasil dek kesilapan pemain Southampton melakukan back pass kepada Boruc dan pantas bola dirampas oleh Oliver Giroud dari kaki Boruc. Manakala gol kedua adalah hasil dari sepakan penalti.

Pejaring Arsenal Oliver Giroud
Pejaring Arsenal Oliver Giroud mengelecek Boruc
Mesut Ozil
Mesut Ozil
Arsenal menang lagi : wajah lagenda Arsenal
Arsenal menang lagi : wajah lagenda Arsenal

Ramai yang kata alah lawan Southampton boleh lah? Tapi pasti ramai yang tidak lupa kerana Southampton adalah kelab kecil yang telah mengejutkan kelab gergasi pada musim ini iaitu Manchester United dan Liverpool dalam perlawanan liga.

Apapun, terima kasih juga kepada Liverpool kerana sekadar seri 3 sama dengan Everton yang memberikan Arsenal lebih ruang di taktha liga. Game Liverpool dan Everton semalam amat best, perlawanan musuh tradisi setempat yang pasti tidak akan dilepaskan oleh kedua-dua peminat pasukan ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua saudaraku... Selepas kekalahan 3-1 kepada Aston Villa pada minggu
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Perlawanan bola sepak English Premier League pada minggu
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad

English Premier League : Manchester United Lawan Arsenal

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Awal pagi nanti akan berlangsung satu perlawanan epik English Premier League antara Manchester United lawan Arsenal di Stadium Old Trafford, kubu agung Manchester United. Pasti perlawanan ini akan menjadi tumpuan ramai dek kerana kedudukan Arsenal di taktha liga dan juga persembahan yang tidak kosisten Manchester United pada musim ini di bawah pimpinan David Moyes.

Manchester united lawan Arsenal
Manchester united lawan Arsenal

Perang saraf antara David Moyes dan juga Arsene Wenger sedang hangat sekarang ini, itu baru perang saraf pengurus belum lagi perang saraf antara penyokong yang pasti lagi sengit dan hebat. Kata mengata tak mengapa jangan sampai pakai meriam buluh, C4, bom tangan, TNT dan lain-lain sudah.

Manchester United vs Arsenal : Wenger vs Moyes
Manchester United vs Arsenal : Wenger vs Moyes

Dengar kata malam ini, Robin Van Persie akan diturunkan sebagai pemain gantian saja, mungkin Wayne Rooney akan mengemudi jentera serangan Manchester United. Manakala, serangan akan diterajui oleh Oliver Giroud dan akan dibantu oleh perangcang utama Arsenal, Mesut Ozil dan Santi Cazorla serta beberapa pemain lain seperti Aaron Ramsey, Wilshere.

Harapnya Arsenal akan mengungguli takhta liga dengan memenangi perlawanan ini. Mana port malam ini unutk layan Manchester United lawan Arsenal? Mana port kawan-kawan?

Dulu kalau zaman bujang selalu port di luar semasa game epik sebegini tapi kini sudah kahwin lepak di rumah saja la jawabnya. Hehehe…Selamat menonton.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal Juara Liga 2013? Kemungkinan sentiasa ada, apa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Perlawanan bola sepak English Premier League pada minggu
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad