Gelandangan: Dek Kerana Sejarah Lalu

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Makin hangat pula isu gelandangan sehari dua ini dek kerana wakil rakyat yang kita pilih untuk menerajui negara. Jika masih ada yang ingat, lebih kurang sebulan lalu ada seorang wakil rakyat yang tampil menyatakan hasrat untuk membantu golongan gelandangan dan dalam masa sama semasa lawatan beliau turut membantu, alhamdulillah. Tapi berbeza pula dengan wakil rakyat pada kali ini yang tampil untuk menghapuskan gelandangan supaya keluar dari ibu kota, NGO yang membantu turut diarahkan keluar, peminta sedekah dan pemberi akan didenda, saya hanya mampu terdiam.

Siapakah gelandangan? Pernahkan kita mendekati mereka? Bertanyakan mereka kenapa mereka memilih jalan ini? Cubalah bertanya kepada mereka. Tiada siapa di dalam dunia ini mahukan kehidupan yang susah, tiada berumah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ada saudara yang mahu? Pasti tiada bukan. Begitu juga mereka.

Dek kerana sejarah lalu
Dek kerana sejarah lalu

Gelandangan, mereka telah terhukum dek sejarah lalu. Seandainya masa boleh diputarkan semula pasti mereka akan memilih jalan berbeza. Teringat akan seorang sahabat, dia bercerita kisahnya, beliau adalah graduan akaun dan pernah ada sebuah syarikat sendiri, berada dipuncak membuatkan beliau lupa dan dadah menjadi peneman, akhirnya beliau tersungkur. Disingkirkan keluarga dan teman, membuatkan beliau lagi berputus asa.

Tidak kurang juga kisah seorang sahabat yang juga terhukum dek sejarah lalu, dek kerana silap mendekati dadah. Alhamdulillah kini beliau sudah bebas dan kini cuba bangkit kembali, berusaha untuk bangkit. Namun pandangan sinis masyarakat tetap tidak dapat diubah, memandang beliau masih mendekati dadah. Namun beliau tetap tabah.

Kebanyakkan gelandangan hari ini adalah mangsa sejarah lalu mereka, jalan yang dulu mereka pilih bukan kerana mereka mahukannya ada yang terpaksa. Cukuplah menghukum mereka, mereka juga manusia seperti kita, cuma mereka telah melakukan satu kesilapan besar pada masa lalu dan kita belum lagi. Tidak mustahil kita atau keluarga kita juga akan menjadi seperti mereka jika tersalah memilih jalan. Cukup-cukuplah menghukum dan ayuh-ayuhlah kita menghulur tangan membantu mereka untuk bangkit.

Cuba sesekali letakkan diri kita ditempat mereka, tinggal dibawah jambatan dan kaki lima bangunan, tidur beralaskan kotak di atas konkrit, pakaian tidak bertukar ganti, mandi di sungai dan parit, makan apa saja yang ada, cuba bayangkan. Bayangkan kita dan anak kecil kita berada ditempat mereka, pasti kita tidak sanggup. Kita manusia, mereka juga manusia.

Jadikan kisah mereka sebagai pedoman hidup kita.

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian. Dalam entri sebelum ini, Kejamnya Manusia, saya
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat saudaraku... Pagi ini, belek-belek HMetro jumpa tajuk ini..DERA HINGGA
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah