Tag Archives: giveaway jebengotai

Nampak tak naga tu? Garang tak? Nampak tak logo Espirit tu? Stapler tu bukan hadiah, tu ofis punya, sila abaikan. Hehehehe…

Terima kasih saya ucapkan sekali lagi buat Tuan JebengOtai dan semua penaja. Hadia baju M7 dan juga Espirit laptop sleeve telah selamat sampai tadi.

PS: Kes over excited nak bergaya dengan baju M7 tu yang terus kasi upload. Heheheh…

Posted with WordPress for BlackBerry.

Rezeki di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ispirasi buat Semua…

Syukur. Syukur Alhamdulillah. Dengan nikmat dan kurnianya masih lagi mampu menggerakkan tulang empat kerat dan masih mampu menghirup udara segar di pagi ini. Suatu nikmat yang tidak tenghingga kerana usia kita masih ada hari ini.

Bulan Ramadhan kali ini juga amat bermakna bagi saya. Syukur yang amat sangat.

Menang Giveaway JebengOtai

Keputusan telah 5hari diumumkan iaitu 1Ogos lepas. Dan ini keputusan penuhnya :

Senarai Penuh Pemenang Giveaway JebengOtai

Alhamdulillah buat pertama kalinya menang tempat pertama tu. Rasa seperti menang pingat emas olympic pun ada. Heheheh…

Jawabnya Raya tahun ni boleh lah bergaya sakan dengan baju M7. Biar jeles budak sekampung. Walaupun, saya bukanlah drifter ataupun racer saya juga peminat sukan permotoran, jadi kira boleh la tu kan untuk bergaya dengan T-Shirt M7 yang dimenangi nanti.

Selain itu, dapat juga satu pakej Deluxe Hosting Serverfreak, yang ni memang buat saya blur sangat. Blog daddydee.net ni pun baru saja nak bernafas. Sekrang ni dah dapat lagi satu hosting baru. Wah….sakan ni. Tambah lagi satu bini la lepas ni, jadi bini no 3, harap bini paling tua tidak merajuk. Kepada mam besar juga jangan lah merajuk kalau laki mu lepas ini busy berblogging. Heheheeh…

Sudah rezeki. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Sekarang ini tengah memikirkan apakah domain yang mahu digunakan dan apakah niche yang nak ditekankan dalam blog baru itu nanti. Mungkin juga akan gunakan domain asal yang dirancang untuk daddydee.net iaitu haiqal.net. Mungkin….Dan Insyallah blog baru akan saya hadiahkan buat Isteri yang tersayang. Kasi Isteri tersayang surprise melalui blog. Ok tak??

Apapun terima kasih saya ucapkan buat JebengOtai dan semua penaja iaitu Earncent.comSjiehanPuan BeeNurmisnan,KartikelAkhiyyBudak FeldaCik TomHati PuteraShaharil,PapaMifzBumilangkawi.com dan Langkawihomestay.net

 

 Giveaway Pertama dari Daddydee.net

Saya juga telah membuat satu giveaway. Walaupun hadiahnya tidaklah segempak Giveaway dari JebengOtai dan Contest Seo Eyriqazz vs Denaihati, saya harapkan akan ada yang sudi untuk menyertainya.

Syarat utamanya adalah membuat satu entri review ringkas tentang blog daddydee.net. Review yang ringkas dan membina kalau boleh. Bukan pujian saja, saudara juga boleh mengkritik. Review tidak bermakna pujian akan mendapat markah tambah dan krtitikan akan ditolak markah. Tidak sama sekali. Keduanya akan saya nilai sebaiknya.

Tujuan utama saya membuat Giveaway ini tidak lain tidak bukan iaitu untuk meningkatkan lagi kualiti blog saya dan menambahkan lagi ilmu berblogging. Selain dari menambah kenalan alam maya juga.

 

Sekian terima kasih.

 

PS: Menunggu mam besar untuk ke Chow Kit.

 

Eyriqazz vs Denaihati : Sambar T-Shirt Free

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua Saudaraku sekalian.

 

Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati makin hari makin rancak. Pelbagai entri diupdate oleh blogger saban hari menggunakan tajuk SEO Eyriqazz vs Denaihati. Pelbagai entri kreatif yang boleh dibaca hanya dengan sekali click menggunakan browser google.com menggunakan keyword Eyriqazz vs Denaihati.

 

Samsung S3 hanya pada harga RM999

Potong-memotong antara blogger-blogger hebat dalam pencarian berdasarkan SEO Eyriqazz vs Denaihati silih berganti hari demi hari. Semua hebat-hebat belaka. Aksi potong memotong ini kekadang dilihat bagaikan satu perlumbaan Drift. Satu perlumbaan yang sihat.

Saat ini entri ini di update, top blog yang dijumpai apabila carian keyword Eyriqazz vs Denaihati dilakukan melalui google.com adalah:

  1. azrijohan.blogspot.com
  2. profhariz.com/
  3. ciktom.com
  4. akmaomar.wordpress.com
  5. sharifdez.blogspot.com
Senarai di atas adalah 5 top blogger yang ditemui menggunakan keyword Eyriqazz vs Denaihati. Nama blog daddydee.net memang tak naik pun jangan risau. Saya memang tak tahu langsung ilmu SEO ini.
Sertai Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati pun sekadar suka-suka saja, sekadar mencuba nasib dan menambahkan ilmu. Dan yang paling penting menambahkan kenalan dan sahabat. Indah sungguh dunia blogging kalau kena caranya. Kalau tak kena caranya, pun hebat juga, panas bontot dikejar sana sini dek kerana kesalahan.
Hidup ini biarlah orang kenang kita kerana jasa dan pahala, bukan kerana kehebatan dosa kita.
giveaway jebengotai.com

T-Shirt Free dari JebengOtai.com

 

Dalam kerancakan kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati, Tuan JebengOtai telah bermurah hati dengan menganjurkan satu giveaway yang sangat cun melecun. Habuannya adalah T-Shirt M7 seperti dalam gambar di atas. Sungguh menarik bukan. Cepat turut sama kita sertai Giveaway JebengOtai.com yang menarik ini.

Kalau yang perempuan tu rasa T-shirt ini, tak berkenan sangat, bolehlah hadiahkan kepada Suami atau Boyfriend ataupuun Secret Admirer. Kalau tak pun, hadiahkan saja pada saya, saya sangat-sangat-sangat sudi menerimanya.

 

 

Giveaway JebengOtai ditaja oleh Earncent.comNurmisnanBudak FeldaCik TomHati PuteraShaharilBumilangkawi.com danLangkawihomestay.net.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...