Ozil Perancang Utama Arsenal

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Mesut Ozil yang baru dibeli oleh Arsenal pada saat akhir pintu perpindahan nyata menjadi Perancang Utama Arsenal. Arsene Wenger telah menyenaraikan Ozil dalam kesebelasan utama menentang Sunderland di Stadium of Light.

Ozil Perancang Utama Baru Arsenal

Ozil telah membalas kepercayaan Arsene Wenger dan sokongan peminat Arsenal dengan menajadi badi utama dalam permainan Arsenal pada malam ini menetang Sunderland. Ternyata penampilan pertama Ozil memmang memberi kesan kepada persembahan Arsenal. Nampak ada kelainan dari segi pergerakan dan taktikal.

Gol pertama yang dijaringkan oleh Giroud adalah hasil umpanan Ozil. Dua gol dijaringkan oleh Ramsey dan satu gol saguhati Sunderland di jaringkan Gardner. Agak meneglirukan apabila satu gol Sunderland tidak dikira oleh pengadil

Keputusan Penuh EPL Minggu Ke-4

Manchester United 2-0 Crystal Palace      Old Trafford (75,170)
Aston Villa 1-2 Newcastle United               Villa Park (37,554)
Fulham 1-1 West Bromwich Albion            Craven Cottage (25,560)
Hull City 1-1 Cardiff City                            The KC Stadium (21,949)
Stoke City 0-0 Manchester City                Britannia Stadium (25,052)
Sunderland 1-3 Arsenal                           Stadium of Light (39,055)
Tottenham Hotspur 2-0 Norwich City         White Hart Lane (35,952)
Everton 1-0 Chelsea                                 Goodison Park (36,034)
Southampton 0-0 West Ham United          The Friends Provident St Mary’s Stadium (28,794)

 

Selepas 4 minggu, Arsenal menduduki tempat pertama. Harapnya ini kekal sehingga akhir musim dengan adanya Ozil Perancang Utama dibantu oleh yang lain seperti Cazorla, Walcott, Giroud dan Ramsey.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... Perlawanan Akhir Pestabola Merdeka Malaysia lawan Myanmar Malam
Asalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Pintu perpindahan bagi pemain bola sepak liga Inggeris
Demam bola telah kembali lagi untuk Euro 2012. Sejak hari Sabtu malam hari tu sampai
Kumpulan A Poland 1 - 1 Greece Lewondawski 17' Salpingidis 51' Russia 4 - 1

Arsenal benam Fulham : Keputusan penuh minggu ke dua EPL

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua saudaraku…

Selepas kekalahan 3-1 kepada Aston Villa pada minggu lalu, minggu ini Arsenal bangkit kembali, Arsenal benam Fulham 3-1 di Craven Cottage.

Pada permulaan menunjukkan kedua-dua pasukan adalah seimbang saling serang menyerang. Serangan Fulham di ketuai oleh Berbatov, Taraabat, Duff dan di sokong oleh Riise. Manakala, Arsenal membariskan pemain terhebat mereka iaitu Giroud, Podolski, Walcott dan Cazorla. Nyata keputusan Arsene Wenger meletakkan Podolski dan Cazorla memang tepat, kreativiti dua pemain ini amat membantu Arsenal.

Arsenal benam Fulham dengan gol pertama adalah hasil jaringan Giroud dan dua gol dari Podolski. Gol saguhati Fulham dijaringkan oleh Bent.

Tahniah buat Arsenal yang memenangi perlawanan semalam. Walaupin, Arsenal benam Fulham, saya tetap mengharapkan akan ada pemain baru yang akann dibawa masuk oleh Arsene Wenger yang dapat memperkuatkan squad Arsenal. Pemain yang mampu memberi impaks besar. Harapnya Arsene Wenger akan membawa pemai  yang bertaraf bintang seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dan  tahniah juga buat pasukan The Red Warriors yang telah menang ke atas Terengganu semalam 2-0. Pertembungan dua negeri Pantai Timur ini juga agak hebat semalam. Kedua-dua sama hebat sama kuat. Inilah Pantai Timur. This is Pantai Timur.

Dengar kata semalam penyokong Ngap Sayot bawa sepanduk tak puas hati pada Johan Raja Lawak? Apa kes? Ada yang tahu?

Chelsea bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan dengan Real Madrid telah bersetuju untuk lepaskan Alvaro Morata.
Penyerang berprofil tinggi Zlatan Ibramovic berjaya mencuri tumpuan apabila jaringkan gol kemenangan Manchester United. Manchester
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Malam ini pasukan Harimau Malaya akan turun menentang