Tag Archives: habit

Duit Raya : Apakah Patut Kita Buat?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku…

Apa khabar tuan puan semua? Sihat ke? Saya doakan semua sihat sejahtera semuanya. Saya pun alhamdulillah sihat, cuma mood bekerja belum memuncak, mood lebih pada rindukan kampung halaman lagi.

Duit raya bagaimana? Banyak tak dapat? Saya tak dapat duit raya. Tuan Kecik saya banyak la dapat duit raya. Almaklumlah orang pertama kali beraya.

Tuan Kecik, duit raya,

Tuan Kecik nak beraya.

Saya dulu pun zaman sekolah dulu selalu juga dapat duit raya, banyaklah juga iaitu RM30. Tak banyak? Saya dapat RM30 dah cukup banyak. Kalau dapat RM50 dah terasa kaya. Kenapa? Saya nak dapat RM2 pun susah dulu. Tapi sekarang RM2 terlalu kecil.

Saya dulu duit raya saya akan simpan dalam tabung. Dan akan saya korek bila dah terdesak nak pakai duit. Simpan dalam bank, sekali setahun belum tentu saya simpan. Kekadang cemburu juga tengok kawan-kawan beli baju baru, kasut baru guna duit tabung. Tapi apakan daya saya perlu berjimat untuk kepentingan diri saya kelak.

Dulu saya agak cemburu bila kawan-kawan sibuk bercerita yang ayah mereka bukakan mereka akaun ASB, akaun Tabung Haji dan macam-macam akaun lagi. Saya pula, hanya ada tabung anak gajah dan akaun Giro. Sebab itu saja yang senang didapati dibandar tempat saya dahulu.

Sekarang, bila sudah menjadi seorang ayah, pemikiran saya tetap sama. Sama seperti zaman saya sekolah dulu. Duit raya adalah untuk disimpan untuk kegunaan pada masa depan. Jadi, duit raya Tuan Kecik saya simpan dalam akaun bank beliau. Untuk kegunaan beliau juga.

Kenapa saya berbuat demikian? Kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada zaman Tuan Kecik kelak. Saya tak tahu berapakan kadar Inflasi pada tahun 2040. Saya tak tahu berapa yuran Universiti tahun 2040. Saya tak tahu berapa harga sebungkus nasi pada tahun 2040.

Tuan Puan bagaimana? Duit raya buat apa? Menabung atau berbelanja?

Sekian, terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Beringat Sebelum Kena

28 May – Kelam kabut penduduk flat daddydee dek kerana satu kebakaran yang terjadi pada malam itu.

Pukul 9malam, dalam semua orang tengah bersantai, kami dikejutkan dengan ketibaan sebuah kereta Bomba. Rupanya terdapat kebakaran di tingkat 3.

Kebakaran bermula di awning tambahan sebuah rumah. Tuan rumah pula bercuti di kampung.

Untuk memadamkan api pihak bomba terpaksa memecah masuk ke dalam rumah tersebut. Alhamdulillah, kecekapan pihak bomba telah berjaya mengawal keadaan dan api berjaya dipadamkan. Tiada kemalangan nyawa dan kehilangan harta.

 

 

PUNCA
Kebakaran dikatakan bermula disebabkan oleh putung rokok yang dibuang dari tingkat atas. Kebetulan pula diatas awning tu terdapat banyak sampah kering yang menyebabkan mudah terbakar.

 

 

PENGAJARAN

  • Jangan membuang sampah merata-rata. Jangan buang sampah dari tingkap rumah. Buang lah sampah di tong sampah yang disediakan.
  • Para perokok – Putung rokok jangan dibuang merata. Pastikan api rokok benar-benar mati sebelum dibuang. Sebaiknya, gunakan astray.

 

 

Terima Kasih pada anggota BOMBA kita yang cekap.

Posted with WordPress for BlackBerry.