Petanda Anak Sudah Besar

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat semua saudaraku…

Agak sunyi blog daddydee.net kebelakangan ini, minta ampun minta maaf tuan tanah kedaung ini memang sibuk dengan tugas offline dan paling banyak buat-buat sibuk sebenarnya. Banyak yang melanda dalam hidup saya kebelakangan ini tapi Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi semua terubat apabila pulang kerumah bersama keluarga terutama anak-anak. Sedar tidak sedar anak sulung saya pun sudah besar.

#1 Petanda Anak Sudah Besar

Suatu malam sedang kami suami isteri sedang rancak berbual, Haiqal anak sulung kami masuk menyapa.

‘Hi, papa hi, mama’ sapa Haiqal.

‘Sayang mama sayang papa’ sambung Haiqal lagi. Kami berpandangan sesama sendiri. Pelik kelakuan Haiqal pada malam ini.

‘Haiqal nak apa? Mari sini’ tanya saya pada Haiqal. Haiqal datang.

Suatu haruman menusuk melalui rongg hidung terus ke jantung hati – ada bau asyemmm. Rupanya Haiqal dah melepas.

#2 Petanda Anak Sudah Besar

Seperti biasa, Haiqal malam itu sibuk bermain dengan kereta Hotwheel dia. Main kejar-kejar, ntah apalah imiginasi di dalam kepalanya. Saya berjalan sedikit terhencut-hencut kesakitan kerana baru lepas tersepak kerusi.

‘Papa kenapa?’ Tanya Haiqal.

‘Sakit kaki. Papa tersepak kerusi’ Jawab saya pada Haiqal.

‘Tu la, jalan tengok elok-elok. Kan dah sakit.’ tegur Haiqal – ada gaya opah dan mama nya di situ.

‘Hehehehehe’ saya hanya tergelak mendengar muut becoknya.

‘Orang cakap betul-betul. Gelak pula’ bidas Haiqal. Dah gaya orang dewasa. Hanya mampu tersenyum dengan bebelan anak saya yang sudah besar itu.

Petanda anak sudah besar
Hero Tepong Komak

Sungguh cepat masa berlalu, dulu masa mula-mula blog ini dibuat Haiqal masih kecil. Kini Haiqal sudah menjadi abang dan makin betah berbicara. Semoga abang dan adik akan membesar menjadi anak-anak yang taat pada agama Islam dan hormat kepada orang tua. Amin.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Bila anak sudah besar makin banyak ragam nya.
Stress? Semua orang ada stress. Masalah? Semua orang ada masalah. Marah? Semua orang ada perasaan
Kenyataan yang memang sukar lagi diubah terutamanya dalam mentaliti orang kita, iaitu: Menang Disanjung Kalah
Saya tidak follow sangat Olympic Rio 2016, hanya beberapa acara yang menjadi perhatian saya macam

Tuan Kecil Yang Menunggang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Bila anak sudah besar makin banyak ragam nya. Makin ragam yang menghiburkan kami ibu bapa mereka. Ragam terbaru tuan kecil adalah menunggang.

Beberapa minggu lalu, kami membelikan tuan kecil permainan baru, sebuah lori mainan. Kami beli lori sebab tuan kecil selalu tunjuk lori dan sebut ‘iori’ setiap kali kami membawanya berjalan. Ingatkan tuan kecil akan main sorong je lori tu, tapi tua¬† kecil yang menunggang lori tu. Aduhai anak.

Tuan Kecil Yang Menunggang - Haiqal tunggang lori
Tuan Kecil Yang Menunggang – Haiqal tunggang lori

Kesian melihat tuan kecil yang menunggang lori mainan itu. Kami buat keputusan untuk belikan mainan baru yang membolehkan tuan kecil menunggang. Yang besar sikit dan yang reti untuk tuan kecil kami bermain.

Kami membawa Haiqal ke kedai. Kami memberi peluang beliau membuat pilihan nak yang style cam baby comel ke apa. Semua ada. Tapi model tunggangan yang berbentuk ala ATV juga yang menjadi pilihan nya.

Tuan Kecil Yang Menunggang - Haiqal Menunggang ATV
Tuan Kecil Yang Menunggang – Haiqal Menunggang ATV

Sampai di rumah bukan main lagi seronok Haiqal bermain dengan ATV mainannya. Sekarang semua yang Haiqal buat semua menggunakan ATV mainan, baik makan minum semua atas ATV. Aduhai anak. Seronok melihat anak yang semakin membesar.

Assalamualaikum buat semua saudaraku... Apa khabar semua saudara ku? Sihat sejahtera bahagia senantiasa hendaknya buat
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di