Hak kita tapi bukan milik kita

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Hak kita tapi bukan milik kita? Apakah itu? Apa maksudnya?

Hak kita tapi bukan milik kita - Jangan Putus Asa
Hak kita tapi bukan milik kita – Jangan Putus Asa

Sering kali saya alami keadaan seperti ini iaitu hak kita tapi bukan milik kita. Banyak kali saya alami keadaan ini, semua kerana bukan rezeki saya. Semuanya hak orang lain, mungkin saya hanya sekadar pengantara sahaja.

Saya pernah memenangi wang tunai RM 500 dalam satu petandingan CIMB Bank suatu masa dulu. Saya sungguh gembira. Dengan wang kemenangan ini saya ingin membeli sebuah beg Deuter dan berikan pada orang tua saya. Tapi kalau dah tertulis itu bukan rezeki saya, wang yang bahagian saya terpaksa saya bayar saman.

Pernah juga satu kali saya menerima sebentuk cincin perak berbatu zamrud. Memang cantik, saya memang sukakan batu sejak dari zaman sekolah lagi terutama zamrud. Tapi kalau dah bukan rezeki saya, cincin yang saya sayang hilang selepas sebulan saya miliki, serata rumah saya mencari tapi tidak ketemui.

Pernahkah alami keadaan ini? Hak kita tapi bukan milik kita. Senang cerita bukan rezeki kita.

Apa pun yang jadi bersyukurlah, semua yang terjadi pasti ada sebabnya. Pasti ada hikmahnya, mungkin lebih banyak rezeki kita selepas ini yang menanti. Inn sha allah…

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Syukur alhamdulillah. Ada yang sudi memandang pada blog
Nampak tak naga tu? Garang tak? Nampak tak logo Espirit tu? Stapler tu bukan hadiah,
Assalamualaikum dan Salam Ispirasi buat Semua... Syukur. Syukur Alhamdulillah. Dengan nikmat dan kurnianya masih lagi