Isu Bauksit Di Kuantan Salah Siapa?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Isu Bauksit Di Kuantan kini telah menjadi isu hangat dan baru mula di siarkan di media perdana, boleh kata hari-hari Buletin Utama di TV3, Berita Harian, Harian Metro dan lain-lain sibuk melaporkan isu Bauksit ini.

Adakah hal ini perkara baru? Jawapannya tidak.

Sebenarnya sudah lama rakyat Pahang terutamanya yang bekerja atau tinggal di sekitar Kuantan. Lagi speksifik Bukit Goh, Kuantan.

Boleh dikatakan Bukit Goh merupakan kawasan utama perlombongan Bauksit ni.

Bauksit Di Kuantan
Bauksit Di Kuantan

Apa itu Bauksit?

Bauksit adalah bahan utama untuk membuat aluminium di dunia.

Ia mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksidaboehmit γ-AlO(OH) dan gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung. Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Nama “bauksit” diambil bersempena dengan sebuah kampung di selatan Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui pada 1821 oleh seorang ahligeologi bernama Pierre Berthier. Pada1861, ahli kimia dari Perancis, Henri Sainte-Claire Deville menamakan bijih ini bauksit. (sumber di sini)

Isu Bauksit Di Kuantan Salah Siapa?

Siapa yang duduk di Kuantan ataupun rakyat Pahang pasti tahu jawapan untuk persoalan ini. Mereka lebih arif sebenarnya.

Melihat dari jauh memang bagaikan permata walhal hanya kaca yang tidak bernilai.

Melihat hari ini, akhbar ada melaporkan tentang Pegawai Pejabat Tanah dan Galian ditahan oleh SPRM berkaitan isu Bauksit di Kuantan.

Bauksit Di Kuantan
Bauksit Di Kuantan

Adakah mereka puncanya? Mungkin ya mungkin tidak. Biarlah pihak berwajib buat kerja mereka.

Bagi mereka yang bekerja di dalam sektor awam pasti tahu kenapa saya katakan begitu. Unsur-unsur tangan ghaib, tangan hitam dan wahyu dalam kerja-kerja harian pegawai kerajaan. Ini adalah delima mereka.

Isu Bauksit Di Kuantan Rakyat Merana

Sememangnya sudah lama rakyat Pahang memendam isu ini, banyak mereka terpaksa tanggung selama ini. Antaranya:

  • Rumah berhabuk dipenuhi debu debu tanah merah. Nak sewakan rumah sudah susah
  • Kesihatan terjejas akibat habuk
  • Lori-lori di parkir sesuka hati di kawasan taman dan tanah kosong
  • Kereta melekat dengan warna merah tanah. Kalau hari hujan memang banyaklah kereta comot. Kalau yang pakai kereta warna putih lagilah merana
  • Kemalangan dengan lori bauksit dan ada beberapa kes yang meragut nyawa dan ada yang cedera. Pernah saksikan di depan mata seorang penunggang motosikal dihimpit sampai terbabas motosikal, lori lari begitu saja.

Banyak lagi sebenarnya yang rakyat Pahang tanggung selama ini. Kalau kesempatan pergilah melawat saudara di Kuantan, lalulah kawasan Bukit Goh boleh lah tahu hal sebenarnya.

Saya menulis berdasarkan pengalaman berkhidmat di Pahang.

Sekian

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Aktiviti di hujung minggu ini adalah menonton National
Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan?? Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang

Semangat Kekitaan Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…….

Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan yang hilang dari diri kita kini? Tenung dalam jiwa sendiri melihat mencari semangat yang hilang.

Apakah itu semangat kekitaaan? Saya tidak tahu maksudnya dari segi bahasa atau kamus dewan. Tapi dari segi pemahaman saya ianya adalah perpaduan, kesatuan. Utuhkah perpaduan kita kini?

Semangat Kekitaan yang Hilang - Kembalikan perpaduan antara kita
Semangat Kekitaan yang Hilang – Kembalikan perpaduan antara kita

Saya tidak ingin melihat jauh. Cukup kita melihat dalam keluarga kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramai yang akan membantu adik beradik mereka yang susah? Berapa ramai yang turun merewang setiap kali kenduri? Berapa generasi keluarga yang kita kenal?

Apakah jawapan jujur saudara semua untuk soalan di atas?

Kalau orang tua dahulu bukan setakat kenal sepupu sepapat, dua pupu atau tiga pupu, bau bau bacang pun mereka masih kenal dan akrab. Amat akrab persaudaraan mereka. Tapi kita sekarang sepupu sepapat pun kita sudah tidak rapat. Tidak bersatu hati. Kau kau aku aku, semangat kekitaan yang hilang. Saudara sendiri boleh bertumbuk sebab tidak mengenali.

Kalau ada pun yang kenal saudara atau ramai kawan pasti kawan itu hanya dalam laman sosial, laman Facebook. Malah mungkin ada juga yang tak pernah kenal saudara sendiri di alam nyata tapi hanya kenal dalam laman sosial. Mengapa? Kerana tiada lagi semangat kekitaan dalam hubungan, tiada lagi amalan kujung mengungjung. Hujung minggu kita mengungjung juga tapi ke MegaMall MidValley, KLCC, One Utama, Tebrau City dan banyak lagi, bukan lagi ke rumah saudara dan sahabat.

Kalau dahulu untuk kerja rewang atau kenduri pasti segerombol turun pakat sama untuk gotong royong. Sambil potong daging sambil gulung rokok daun. Sambil kacau gulai di dapur sambil sedut rokok Malboro. Tapi kini, berapa kerat yang akan turun rewang? Buat kerja sikit sudah mengeluh itu ini. Tolong seminit hilang berjam jam, atau lesap terus.

Tak kurang juga yang beri alasan sibuk dengan cari wang ringgit. Komitmen kerja yang tinggi katanya. Berapa ratus ribu duit dalam bank? Berapa duit dalam ASB? Berapa simpanan unit amanah? Berapa ekar tanah? Berapa buah unit rumah?  Itu semua alasan. Orang dulu tanah berelung-relung, ladang berekar-ekar, binatang ternakan yang tidak terkira sempat saja datang membantu setiap kali diperlukan. Ini kerana sifat kekitaan mereka yang tinggi.

Itu baru situasi dalam keluarga belum lagi situasi dalam pejabat, organisasi atau masyarakat setempat. Semua pun lebih kurang sama saja. Setiap kerja diharapkan dengan habuan. Tiada kudrat tiada habuan.

Fikir fikirlah, dimanakah hilang semangat kekitaan kita? Kembalikan semangat kekitaan yang hilang. Jangan biarkan ia terus lupus. Hapuskan semangat kekakuan dari jiwa.

We are unite…. Hidupkan semangat kekitaan.

  Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Oktober 2012 sudah pergi meninggalkan kita, buka
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan