Tahniah Harimau Malaya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Tahniah Harimau Malaya kerana mempamerkan persembahan yang menarik dan menghiburkan semua penyokong di perlawanan akhir AFF 2014 di Stadium Bukit Jalil semalam. Satu persembahan yang mantap dan hebat menyaksikan Malaysia menang ke atas Thailand 3-2 tapi kalah dari segi agreggat 3-4.

Tahniah Harimau Malaya
Tahniah Harimau Malaya

Malaysia mendahului 2-0 pada separuh masa pertama dengan jaringan penalti Safiq Rahim dan tandukan dari Indra Putra sebelum tamat separuh masa pertama. Safiq Rahim menambah satu lagi gol di separuh masa ke dua melalui sepakan percuma sekaligus menjadikan beliau penjaring terbanyak kejohanan. Namun Thailand bangkit saat akhir di 10 minit terakhir dengan dua jaringan.

Semalam memang satu persembahan terbaik dari Harimau Malaya. Pujian secara individu buat Farizal, Afif, Zubir, Kunalan, Indra Putra, Mat Yo, Piya, Amri, Safiq Rahim dan Shukor Adan. Memang satu persembahan permainan berpasukan yang hebat dari mereka.

Tahniah juga buat pemain ke-12 Malaysia, kalian memang hebat.

Terima kasih juga buat Shukor Adan di atas perlawanan terakhir beliau untuk pasukan Malaysia. Beliau mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa.

Tahniah Harimau Malaya. Selamanya Harimau Malaya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Malam ini pasukan Harimau Malaya akan turun menentang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku. .... Perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia lawan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... 31 Ogos sudah berlalu, sambutan Hari Merdeka Malaysia

Harimau Baham Gajah Putih Malam Ini… Semoga Berjaya Harimau Malaya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Malam ini pasukan Harimau Malaya akan turun menentang Thailand pada perlawanan akhir pertama AFF 2014 di Bangkok. Selaku penyokong Malaysia Tanah Tumpah Darahku saya berharap Harimau baham Gajah Putih pada malam ini.

Harimau Baham Gajah
Harimau Baham Gajah

Saya impikan persembahan terbaik dari pasukan Harimau Malaya seperti kemenangan ke atas pasukan Vietnam tempoh hari. Harapnya pemain Malaysia dapat memberikan persembahan terbaik pada malam ini.

Buat Dollah Salih harapnya malam ini dapat memilih pemain terbaik dan menurunkan mereka malam ini. Saya mengharapkan pemain yang sama seperti menang dengan Vietnam tempoh hari:

Harimau Baham Gajah
Harimau Malaya

Semoga malam ini Harimau baham Gajah, dan pasukan Malaysia berjaya membawa pulang piala AFF.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Penyerang berprofil tinggi Zlatan Ibramovic berjaya mencuri tumpuan apabila jaringkan gol kemenangan Manchester United. Manchester

Epik Harimau Baham Singa

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku…

Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya. Terima Kasih Dollah Salleh. Terima kasih Harimau Malaya dan Dollah Salleh kerana menghidupkan kembali peluang Malaysia di AFF 2014.

Harimau Baham Singa
Harimau Baham Singa

Suatu perlawanan yang epik antara Harimau dan Singa, yang berakhir dengan Harimau baham Singa 3-1.

Gol pertama hadir melalui sepakan kencang oleh Safee Sali (minit ke 61), kemudian disamakan oleh Khairul Amri (minit ke 83). Dan Safiq Rahim (minit ke 91) melalui sepakan penalti selepas Amri Yahyah di jatuhkan oleh pemain Singapura. Pada minit ke 95, Indra Putra menjaringkan satu gol yang menarik. Keeper, awak kat mana, awak awak kat mana?

Perlawanan yang cukup epik, tapi amat menyakitkan hati. Pada pandangan saya mutu pengadilan AFF 2014 amat teruk, terdapat beberapa perlawanan yang boleh diperhatikan beberapa keputusan kontroversi di berikan pengadil. Malaysia antara yang menjadi mangsa mutu pengadilan yang agak teruk.

Tambah menyakitkan hati apabila melihat lakonan hebat pemain lawan yang suka melengahkan masa. Singapura yang memang terkenal dengan wayang di padang, terutama apabila mereka rasakan mereka mendahului.

Khairul Fahmi Che Mat memang superhero malam. Gawang Malaysia dikawal dengan baik sekali oleh Apek. Apek membuktikan dia memang layak mengawal gawang negara. Tak kurang juga sumbangan Mahali, Zubir, Muslim, Shukor Adan, Safiq, Amri, Mat Yo, Safee, Indra, Gary, Hafiz dan Abdul Manaf. Kalian memang terbaik.

Selepas Harimau baham Singa malam ini, harapnya Harimau akan terus membaham pasukan lain seterusnya membawa pulang Piala AFF. Next target adalah Vietnam.

Selamanya Harimau Malaya.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah Harimau Malaya kerana mempamerkan persembahan yang menarik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku. .... Perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia lawan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... 31 Ogos sudah berlalu, sambutan Hari Merdeka Malaysia