Tag Archives: harta

Kisah Teladan : Antara Harta atau Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Terlebih dahulu saya ingin nyatakan di sini, kisah yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah kisah tentang harta atau keluarga, cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia, nama watak hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan satu kejadian sebenar yang diceritakan oleh seorang kawan (ralat). Kisah antara harta atau keluarga saya kongsikan hanyalah sebagai pengajaran buat semua. Semoga kita besama memperoleh manafaat dari kisah antara harta atau keluarga ini.

Antara Harta atau Keluarga : mana lebih bermakna?

Antara Harta atau Keluarga : mana lebih bermakna?

Antara Harta atau Keluarga

Aziz dan Fizah adalah satu pasangan suami isteri yang bersemangat tinggi. Mereka menyewa di sebuah apartment di tengah ibu kota. Kedua-duanya merupakan lulusan universiti luar negara. Mereka berdua sentiasa mendapat pujian dan anugerah pekerja cemerlang kerana berdua amat komited dalam kerja yang dilakukan.

Walaupun telah pelbagai kejayaan yang dikecapi mereka masih lagi tidak puas. Mereka berusaha dan terus berusaha. Ternyata mereka mencapai apa yang mereka inginkan selama ini, hasil usaha mereka memegang jawatan pengurus di syarikat tempat mereka bekerja dan menerima gaji lima angka.

Di kemuncak kejayaan juga, sinar kebahgiaan hadir dalam hidup mereka. Fizah disahkan mengandung. Aziz dan Fizah amat gembira dengan berita yang mereka terima, rumah yang sunyi selama ini akan mula di serikan lagi dengan kehadiran cahaya mata. Selepas 15 tahun berkahwin inilah cahaya mata pertama mereka.

Setelah genap 9 bulan, Fizah telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang amat comel. Kegembiraan Fizah dan Aziz memang tidak tergambar ketika itu. Putera ini telah dinamakan Adam. Putera ini amat lincah dan pintar. Putera ini telah ditinggalkan di rumah pengasuh kerana Fizah dan Aziz terlalu sibuk dengan kerja mereka.

Rezeki anak, mereka di naikkan pangkat dan gaji lagi. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Usaha mereka membuahkan hasil lagi.

Mereka telah membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa demi masa depan anak mereka. Mereka telah memilih untuk membeli sebuah rumah di puncak bukit. Mereka fikirkan suasana yang tenang dan sunyi mampu mengubat kepenatan mereka bekerja seharian. Pengasuh Adam kini tidak lagi mengasuh Adam. Mereka menghantar Adam ke Taska.

Hari-hari Fizah dan Aziz semakin sibuk. Mesyuarat sana sini tidak kira hujung minggu atau hari cuti. Kejayaan demi kejayaan mereka kecapi.

Hari-hari Adam pula makin kesepian dan kesunyian. Kesibukan Fizah dan Aziz menyebabkan mereka dahagakan belaian kasih sayang ibu dan bapa. Kekadang seharian Adam tidak akan bertemu dengan ibu bapa mereka, mereka pergi bekerja saat Adam masih lena dan pulang saat Adam telah dibuai mimpi nan indah. Begitulah seharian Adam, itu belum lagi ketika Aziz dan Fizah di tugaskan di luar kawasan.

Ternyata kejayaan itu juga satu dugaan buat mereka. Adam yang dahulunya lincah dan aktif kini telah menjadi pendiam. Fizikal mereka kelihatan baik saja. Tapi mungkin emosi dan batin mereka telah tercalar.

Fizah dan Aziz telah membawa Adam berjumpa Doktor Pakar Kanak-Kanak bagi mendapat jawapan bagi perubahan yang telah berlaku pada Adam.

‘Maaf puan, anak puan kami syaki mengidap Autism’

Meraung Fizah tatakala mendengar jawapan dari Doktor Pakar Kanak-Kanak itu. Bagaikan jantungnya direntap, kesedihanya tidak tergambar lagi. Wang ringgit yang mereka kumpulkan selama ini untuk masa depan Adam tiada bermakna lagi. Wang ringgit tidak dapat mengembalikan Adam yang dulu lagi.

Tuan Kecik - anugerah yang paling berharga dalam hidup saya.

Tuan Kecik – anugerah yang paling berharga dalam hidup saya.

Pengajaran : Antara harta atau keluarga kedua-duanya adalah penting. Tapi bagi saya keluarga lebih utama. Sesibuk manapun kita, cubalah luangkan masa untuk bersama keluarga. Anak adalah anugerah terindah dari Allah swt, hargai mereka.

Orang Kaya : 3 Golongan Orang Kaya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua saudaraku…

Terdapat 3 Golongan orang kaya iaitu:

1. Mengorbankan Seluruh atau Sebahagian Besar Harta

Inilah gologan para sahabat terutamanya Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain. Mereka yakin pada janji Allah swt tanpa menyimpan apa-apa pun daripada harta tersebut untuk diri dan keluarga.

Pernah ditanya kepada Sauyidina Abu Bakar tentang harta yang tinggal untuk diri dan keluarganya, lalu beliau menjawab “Aku meninggalkan hanya Allah dan Rasul-nya”.

orang kaya

orang kaya

2. Menyimpan dan Mengeluarkan Harta ke Jalan Allah

Golongan ini berusaha untuk menyimpan dan menggunakan harta sekadar keperluan, tidak bermewah-mewah dan membelanjakan ke jalan Allah swt apabila tiba masa dan keadaan.

Mereka akan mengluarkan harta mereka untuk di belanjakan di jalan fardu kifayah dan sunat bukan sekadar mengeluarkan zakat yang wajib sahaja.

3. Mengeluarkan Zakat Harta untuk Ibadah Zakat Wajib Sahaja

Ini adalah tahap yang terendah. Hanya membelanjakan harta mereka pada jalan Allah swt adalah hanya untuk zakat sahaja.

Pada zaman ini, tahap ini sudah boleh dikirakan antara yang terbaik.

Ukhwah Islamiah

Ukhwah Islamiah

Jika kita semua menjadi seorang yang berharta ataupun orang kaya pada suatu hari nanti, di manakah tahap kita? Tepuk dada tanya iman.

Semoga kita semua sentiasa tergolong dalam kalangan hamba Allah swt yang sentiasa beryukur dengan nikamat yang diberikan kepada kita. Amin

Antara Ilmu atau Harta

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Antara Ilmu atau Harta ?? Mana akan saudaraku sekalian akan pilih. Pasti akan ramai memilih harta, dan akan ada juga yang memilih ilmu. Terpulang pada diri masing-masing yang mana lagi penting antara ilmu atau harta. Masing-masing ada hak.

Mari kita lihat satu kisah bagaimana Saidina Ali ra, menjawab apabila diajukan satu soalan iaitu Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

ilmu atau harta, ilmu, saidina ali, teladan

Ilmu atau Harta

Rasulullah saw pernah bersabda: “ Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”

Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali ra, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali ra, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.

Soalan Kesepuluh Ulama’  itu adalah sama iaitu:

Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?

Jawapan pertama Saidina Ali ra

“Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi,sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.”

Jawapan kedua

“Ilmu lebih utama daripada harta, sebab ilmu akan menjaga kamu,sedangkan harta,engkaulah yang harus memeliharanya.”

Jawapan ketiga

” Ilmu lebih utama daripada harta,sebab harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh,sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyia banyak sahabat.”

Jawapan keempat

“Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarka akan semakin bertambah.”

 Jawapan kelima

” Ilmu lebih utama daripada harta, sebab orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yangbanyak ilmu selalu dipanggil dengan nama yang mulia dan megah.”

 Jawapan keenam

“Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu diberi syafa’at pada hari kiamat.”

Jawapan ketujuh

“Ilmu lebih utama daripada harta, sebab   ilmu membawa ketenangan dan terang-benderang,sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.”

 Jawapan kelapan

” Ilmu lebih utama daripada harta sebab harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu tak akan habis walau pun tidak ditambah.”

Jawapan kesembilan

“Ilmu lebih utama daripada harta sebab ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu bersikap lemah lembut,sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.”

 Jawapan kesepuluh

“Ilmu lebih utama daripada harta sebab orang yang berilmu termasuk ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh allah Taala,sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).”

Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali(Imam Ali) yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama.

Lihatlah betapa hebatnya ilmu Saidina Ali ra, walaupun diajukan dengan soalan yang sama tapi jawapan yang berbeza diberikan tapi memberi maksud yang sama. Renung-renungkan mana lagi penting ilmu atau harta. Fikirkanlah.

Iklan jap : Kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati… Jom ramai-ramai sertainya.

 

Kalau kita sekarang mampu juga memberi jawapan berbeza bagi soalan yang sama tapi membawa maksud juga berbeza. Malah amat ramai sekarang ini. Iaitu Penipu.

Bersamalah kita renungkannya.