Tip Blogging : Pentingnya Jaringan Blog

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Semalam sempat meluangkan sedikit masa untuk berbual dengan dua orang kuat Blooggers Dot Com iaitu MrJocko dan Sohoque. Memang kedua orang hebat ini saya kenal dan pernah beberapa kali bersua muka dan ini kali berkesempatan berbual tentang projek mereka iaitu Blooggers Dot Com.

BIna Jaringan Blog
BIna Jaringan Blog

Sejujurnya saya dapat lihat prospeks yang besar dalam projek yang sedang mereka bangunkan. Dari apa yang diterangkan mereka tujuan utama mereka membuat projek ini adalah untuk membina jaringan blog secara online dan offline. Hebat bukan?

Bukan senang untuk membina jaringan blog sebenarnya, tapi jika ada satu komuniti yang aktif ia bukan satu perkara yang mustahil. Bukan semua bloggers berada disekitar Lembah Klang malah ramai juga yang dari luar Lembah Klang, dan bloggers hanya mengenali dalam dunia maya tapi dengan ada komuniti ini tidak mustahil perkenalan dunia maya akan dibawa ke dunia realiti. Kekadang jiran tetangga kita blogger pun kita tak kenal tapi dengan peluang ini mugkin kita akan kenali mereka.

Dengan adanya komuniti seperti ini bakal dapat membantu blogger amatur seperti saya yang tidak dikenali ini untuk mendapat lebih rezeki. Peluang untuk mendapat lebih jobs advertorial juga akan lebih terbuka selepas ini. Komuniti ini akan memberi peluang kepada ahli mereka untuk merasai advertorial seperti review produk seperti projek Megi Ketam.

Seperti cerita yang kita pernah dengar zaman kanak-kanak dahulu, seorang bapa mengajar anak-anak mereka tentang perpaduan dengan lidi. Memula sebatang lidi diberikan untuk dipatahkan, mereka berjaya. Kemudian setiap seorang diberikan seikat lidi, mereka gagal. Kerana sebatang lidi senang untuk dipatahkan tapi sukar untuk patahkan seikat lidi.

Begitu juga dunia blog, bergerak sendirian pasti lebih sukar untuk kita mencapai puncak kejayaan kecuali anda benar-benar hebat tapi dengan ada komuniti seperti ini untuk kita mendaki puncak bersama adalah senang. Jom kukuhkan jaringan blog.

Haiqal VS Yusof Taiyoob

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Haiqal Jadi Hulk Setiap Kali Iklan Yusof Taiyob
Haiqal Jadi Hulk Setiap Kali Iklan Yusof Taiyoob

Apabila hampir tiba bulan Ramadhan, mula akan aktif pelbagai iklan produk-produk hebat yang untuk kegunaan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal nanti. Memang akan penuh TV dan Radio dengan iklan Jakel, Petronas, Habib, Euro Moda dan lain-lain. Dan tidak lupa juga iklan Yusof Taiyoob.

Kawan saya selalu cakap orang tiada suara pun leh jadi jutawan cuba dengar cara mereka sebut ‘Yusof Taiyoob’. Sepoi sepoi bahasa bunyi sebutan nya.

Siapa sangka produk kurma kegemaran saya menjadi musuh utama anak saya, Haiqal. Hahahaha…

Asal saja iklan Yusof Taiyoob keluar di TV atau Radio, Haiqal akan menjerit.

Pertama kali mendengar Haiqal menjerit:

‘Papa, iklan. Tutup’

Cun gak Yusof Taiyoob
Cun gak Yusof Taiyoob

Adus… Parah. Terpaksa juga tutup. Selagi tidak tutup dia bising. Anak oh anak, Haiqal oh Haiqal.

Bisnes Kuih Raya Di Bulan Puasa

Nampak gayanya bulan Ramadhan dan Syawal ni akan jimatlah elektrik rumah saya dua bulan ini. Pasal anak takut akan Yusoff Taiyob, TV tak payah nak buka. Hahaha…

Haiqal VS Yusof Taiyoob jawabnya Haiqal lah juara sebab kami kena tutup TV. Jimat elektrik rumah.

Selamanya Harimau Malaya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Sedih dan kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya pada malam ini, nampaknya Thailand membawa 2 gol dari Bangkok untuk perlawanan kedua untuk perlawanan akhir AFF di Malaysia.

Pujian saya berikan buat semua pemain Harimau Malaya yang telah memberikan komitmen penuh dan mempamerkan satu permainan yang hebat.

Selamanya Harimau Malaya
Selamanya Harimau Malaya

Fadli Sas? Bagi saya bukan salah beliau yang menjadi punca penalti tersebut tapi pemain Thailand memang hbat berlakon. Gol kedua, memang satu gerakan cantik dari pasukan Thailand.

Malayasia? Bukan tiada percubaan ada percubaan, banyak juga percubaan menarik tapi belum cukup untuk menewaskan Kawin yang ternyata lebih cekap mengawal gawang gol Thailand.

Indra Putra…. Sepakan gunting itu memang menarik. Tandukan yang menarik dari Indra juga tapi Kawin memang cekap. Badrol percubaan jarak jauh yang menarik. Piya jadi nadi penggerak bahagian tengah.

Bukan tuah Harimau Malaya di Bangkok dan harapnya Harimau Malaya mengaum di Bukit Jalil Sabtu ini.

Selamanya Harimau Malaya

Tapi sebagai anak Malaysia, Selamanya Harimau Malaya tetap di hati. Harapnya skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan Dolah Salih akan terus menerkam Gajah putih di perlawanan kedua nanti.

Epik Harimau Baham Singa

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku…

Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya. Terima Kasih Dollah Salleh. Terima kasih Harimau Malaya dan Dollah Salleh kerana menghidupkan kembali peluang Malaysia di AFF 2014.

Harimau Baham Singa
Harimau Baham Singa

Suatu perlawanan yang epik antara Harimau dan Singa, yang berakhir dengan Harimau baham Singa 3-1.

Gol pertama hadir melalui sepakan kencang oleh Safee Sali (minit ke 61), kemudian disamakan oleh Khairul Amri (minit ke 83). Dan Safiq Rahim (minit ke 91) melalui sepakan penalti selepas Amri Yahyah di jatuhkan oleh pemain Singapura. Pada minit ke 95, Indra Putra menjaringkan satu gol yang menarik. Keeper, awak kat mana, awak awak kat mana?

Perlawanan yang cukup epik, tapi amat menyakitkan hati. Pada pandangan saya mutu pengadilan AFF 2014 amat teruk, terdapat beberapa perlawanan yang boleh diperhatikan beberapa keputusan kontroversi di berikan pengadil. Malaysia antara yang menjadi mangsa mutu pengadilan yang agak teruk.

Tambah menyakitkan hati apabila melihat lakonan hebat pemain lawan yang suka melengahkan masa. Singapura yang memang terkenal dengan wayang di padang, terutama apabila mereka rasakan mereka mendahului.

Khairul Fahmi Che Mat memang superhero malam. Gawang Malaysia dikawal dengan baik sekali oleh Apek. Apek membuktikan dia memang layak mengawal gawang negara. Tak kurang juga sumbangan Mahali, Zubir, Muslim, Shukor Adan, Safiq, Amri, Mat Yo, Safee, Indra, Gary, Hafiz dan Abdul Manaf. Kalian memang terbaik.

Selepas Harimau baham Singa malam ini, harapnya Harimau akan terus membaham pasukan lain seterusnya membawa pulang Piala AFF. Next target adalah Vietnam.

Selamanya Harimau Malaya.

Hentikan Nilai Dari Warna Baju

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna baju, terlalu taksub dengan warna baju. Kau baju biru tak boleh geng dengan aku. Kau warna hijau tak boleh geng dengan aku. Kau warna kuning tak boleh geng dengan aku.

We are one walaupun beza warna baju
We are one walaupun beza warna baju

Hentikan menilai ikut warna baju, cukup cukup lah tu. Jangan lagi ada, kau warna hijau aku tidak boleh menolong kau. Jangan lagi ada, bapak kau warna biru kau tak layak duduk sini. Jangan lagi ada, mak kau suka sangat baju hijau kau tak layak terima bantuan. Hentikan semua sentimen seperti ini saya tahu yang mana ramai lagi masih pegang pada semua ini.

Ayuh kita bersatu sebagai umat Islam dan juga bangsa Melayu. Seperti yang diajarkan oleh agama Islam bahawa semua umat Islam adalah bersaudara. Jangan kita cuba memutuskan silaturahim hanya kerana warna baju, hanya kerana berlainan ideologi.

Jangan kita jadi seperti sesetengah orang Palestin, sahabat saya sendiri yang mana mereka ada menyatakan bahawa ‘Fatah and Hamas will never together, never shake hand’, walaupun mereka satu bangsa Arab satu agama iaitu Islam tapi mereka tidak akan bersalaman apatah lagi bersatu dek kerana perbezaan ideologi.

Jangan kita jadi seperti mereka, lupakan warna baju tapi kita bersatu bawah satu agama, bangsa dan negara. jangan kita biarkan tanah air tergadai dek kerana warna baju. Ayuh kita bersatu menuju puncak kejayaan.