Tag Archives: hidup tenang tanpa hutang

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Sudaraku…

Hari Raya Aidilfitri sudah menghampiri, Ramadhan pula sudah dekat penghujung bakal meninggalkan kita lagi.

Pasti ramai yang sibuk membeli belah untuk persiapan raya pada saat akhir. Ya lah semua kalau boleh mahu ditukar kepada yang baru. Selain pakaian baru yang sedondon dan berkodi-kodi itu. Pasti ada juga yang nak tukar langsir, tukar perabot, tukar cat, tukar itu tukar ini. Sebolehnya semua mahu baru.

Tapi dalam tukar semuanya baru. Jangan lupa juga untuk servis kereta bagi yang memandu sendiri ke kempung. Memastikan kereta dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan adalah amat penting. Membuat persediaan perjalanan yang selamat.

hutang

Terbeban dek Hutang

Yang muda pula pasti sibuk mahu bergaya sakan, sibuk tukar aksesori kereta. Pasang itu pasang ini. Macam macam lagi. Ya lah, nak bergaya sakan dengan sahabat di kampung.

Tapi ingatlah,dalam sibuk membeli belah, menukar itu ini yang baru. Pastikan kita mengukur baju pada badan sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan kita. Jangan berlebih-lebih dan membazir. Ingat, membazir itu amalan syaitan.

Jangan terlalu seronok berbelanja. Swap sana swap sini tidak terhingga. Selepas raya tepuk dahi bila melihat jumlah hutang yang melambung. Cukuplah berbelanja setakat termampu. Janji kita bahagia. Biarlah bersederhana saja.

Semua ini nasihat untuk diri saya juga.

Posted with WordPress for BlackBerry.