Hina Agama : Sekali Lagi Umat Islam Malaysia Dicabar

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina agama, yang bagi saya lagi mencabar kesabaran diri saya sendiri sebagai Umat Islam dan orang Melayu. Lagi menghina berbanding tindakan dua orang yang sebelum ini malas saya nak sebutkan di sini.

Hina agama - sumber xlupa.net
Hina agama – sumber xlupa.net

Post hina agama kali ini memaparkan seorang lelaki bersama 3 ekor anjing berlatarkan sebuah kampung dan menggunakan takbir Raya sebagai muzik latar. Dalam video ini juga menggambarkan lelaki ini seperti mengambil wudhuk untuk dia dan anjing nya. Di bahagian akhir video ini ada menyatakan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi manusia dan haiwan (anjing), tidak kira warna dan asal usul.

Video ini memang satu penghinaan yang amat melampau bagi saya. Menyentuh sentiviti umat Islam bukan saja di Malaysia malahan seluruh dunia.

Saya cadangkan mungkin telah tiba masanya untuk mewujudkan satu undang-undang dan tindakan sewajarnya bagi pelampau-pelampau hina agama ini. Sesiapa saja yang menghina agama lain wajar dikenakan tindakan sewajarnya. Jangan biarkan hina agama ini menjadi satu virus berjangkit yang akan memecahbelahkan perpaduan yang ada dikalangan kita rakyat Malaysia selama ini. Pada pihak yang berwajib harapnya dapat ambil tindakan segera yang sewajarnya bagi membendung virus hina agama ini.

Semua agama wajar dihormati bukan untuk dihina sesuka hati. Tidak kira agama apa yang kita anuti kita tetap menghormati agama lain bukan buat kenyataan sesuka hati.

Ps: Video ini saya tidak mahu kongsikan kerana saya tidak mahu meyebarkan penghinaan agama Islam kepada orang lain.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan

Apa sudah jadi?

Cetek sangatkah ilmu agama anak bangsa kita sekarang ini? Bukan semua benda boleh dijadikan bahan lawak atau gurauan. Kalau dulu kita terlalu marah apabila tersebarnya video ‘Innocent of Muslims’ yang dibuat oleh Yahudi, apa pula perasaan kita melihat video ini? Agama Islam dipermainkan oleh perempuan yang beragama Islam (sebab mereka bertudung), dan dari raut wajah saya yakin mereka adalah Melayu. Apa sudah jadi? Seronok sangat mereka dalam video ini mempermainkan agama mereka.

Astagfirullahuazim…. Saya memohon agar saya, keluarga dan saudara saya dijauhkan dari semua ini dan sentiasa terlindung dibawah hidayat-Nya.

Saya mendoakan agar mereka yang berada dalam video ini akan diberikan petunjuk ke jalan yang benar. Sekian.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua sahabatku... Sempena hari Jumaat dan Nuzul Quran yang mulia
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera semuanya. Sayang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa khabar semua saudaraku sekalian? Bagaimana percutian? Hebat,