Kesan Rokok Elektronik?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Entri saya sebelum ini, Rokok Elektronik : Pandangan Saya, ramai yang telah mengemukakan pandangan masing-masing, saya cukup seronok membacanya. Pelbagai pendapat yang dikemukakan malah ada juga yang agak emosi. Semua mengulas dan berkongsi pengalaman mereka.

Walaupun saya bukan perokok premier, saya hanyalah perokok sekunder kerana hampir 85% kawan-kawan saya (lelaki) adalah perokok. Dan saya tidak pernah menghalang mereka merokok, itu hak mereka, walaupun saya tahu perokok sekunder lebih banyak mendapat kesannya.

Rokok yang pernah boss saya hisap dulu
Kesan Rokok Elektronik – Kelihatan seperti rokok biasa.

Berbalik kepada rokok elektronik, ada yang menulis dalam ruangan komen entri sebelum ini, menyatakan bahawa kerajaan mengharamkan rokok elektronik (e-cig) ini kerana cukai bukan atas dasar kesihatan sebenarnya. Memang tidak dinafikan bahawa rokok adalah penyumbang pendapatan cukai negara yang paling tinggi.

Tapi pernahkah kita melihat kesan rokok elektronik kepada masyarakat? Terutamanya pengaruh dan kesan rokok elektronik kepada golongan kanak-kanak dan remaja?

Rokok Elektronik
Kesan Rokok Elektronik – rekabentuk rokok elektronik yang popular kini.

Apa pun, bagi saya gejala ini tetap perlu di bendung dan penjualan perlu dikawal terutama dikalangan pelajar sekolah. Kalau dulu pelajar yang merokok boleh dikesan melalui asap atau bau, tetapi apabila rokok e-cig ini tiada bau dan asap memang agak sukar untuk cikgu mengesan kegiatan merokok di kawasan sekolah. Sama juga dengan ibu bapa, sukar bagi mereka untuk mengesan anak mereka merokok dalam rumah dengan menggunakan rokok elektronik ini.

Walaupun bukan perokok, saya pernah merasai nikmat lari lintang pukang dek kerana dikejar guru disiplin kerana merokok. Saya tidak merokok tapi tukang cover line. Jadi berkongsi saham lah, kena kejar sama-sama lari sekali. Sampai sanggup menyorok dalam longkang.

Kemungkinan juga, rokok elektronik yang sepatutnya menjadi alat membantu untuk berhenti merokok bagi perokok tegar, akan tetapi ia juga mungkin menjadi alat bantu bagi pelajar yang baru mula belajar merokok. Seperti yang kita ketahui, rokok elektronik adalah lebih ringan walaupun harganya agak mahal tapi ia bukan penghalang. Tidak mustahil dari keseronokan suka-suka menghisap rokok elektronik bertukar kepada rokok, menghidu gam, ganja dan dadah. Tidak mustahil bukan? Jika keteguhan hati, jiwa dan iman mereka tidak kuat pasti mereka terpengaruh.

Di pejabat juga, penggunaan rokok elektronik bagi saya perlu diharamkan. Walaupun tiada bau dan asap serta dikatakan tidak merbahayakan orang lain, perbuatan menghisap rokok elektronik dalam pejabat tetap perbuatan merokok. Kelihatan agak tidak sopan apabila rokok elektronik dihisap dalam pejabat. Sebab ini yang berlaku di pejabat saya sekarang. Dan ada juga yang menghisapnya sementara menunggu mesyuarat bermula di depan bilik menyuarat.

Diharapkan kesan rokok elektronik kepada masyarakat adalah satu yang sihat iaitu dapat mengurangkan jumlah perokok tegar dan bukannya menjadi alat mula masalah sosial yang lain. Ini adalah pendapat saya semata. Apa pandangan saudara saudari pula tentang hal ini? Jom kita kongsi.

Entri yang telah lama diperap. Rasanya sudah matang untuk dihidang.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Pasti masih ada yang tertanya-tanya jual rokok elektronik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Rokok elektronik memang menjadi satu fenomena sekarang ini.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Rokok e-cigerette kini dilihat menjadi satu fenomena dan
Dulu pernah buat satu entri 'Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri, Ini Penyelesaiannya', ingat