Kenapa nama MAH Shopz

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Syukur alhamdulillah berkat kesabaran selama ini kami telah mulakan langkah pertama dengan kedai maya kami, MAH Shopz. Usia masih lagi baru lebih kurang sebulan dan alhamdulillah walaupun masih baru sudah ada transaksi dilakukan.

Kedai Baju Superheroes Marvel-MAH Shopz
Kedai Baju Superheroes Marvel-MAH Shopz

Di MAH Shopz, kami menjual baju superheroes original yamg di import daru US, UK, Japan dan etc. Kebanyakan baju adalah watak dari Marvel Comic, DC Comic dan watak movie seperti Star Wars.

Selain itu kami juga menjual perfume original. Buat masa ini perfume telah habis terjual dan insyallah kami akan update lagi stok dalam masa terdekat.

The Patriot Neon
The Patriot Neon
Hawkeye Shots
Hawkeye Shots

Kami namakan MAH Shopz adalah sempena nama putera sulung kami, Muhammad Afif Haiqal (MAH). Dari nama tuan kecil ini terhasilnya MAH Shopz. Sebenarnya, banyak juga nama yang disenarai pendekkan tapi akhirnya kami memilih MAH Shopz kerana bagi kami MAH membawa banya makna dalam kehidupan kami memberi sinar dalam kehidupan kami sekeluarga. Harapnya MAH akan memberi sinar dalam perniagaan kami juga.

Kami namakan MAH Shopz kerana kami tidak tidak hanya menjual satu barang saja tapi pelbagai barangan. Cuma buat masa ini kami hanya menjual baju dan perfume. Baju superheroes masih lagi ada stok manakala untuk perfume akan kami re-stock.

Ini adalah langkah pertama kami. Jemput semua untuk dapatkan barangan dan likes MAH Shopz.

Posted from WordPress for Android

Assalamuaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... T-Shirt Marvel untuk diniagakan seperti gambar dibawah: [caption
Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah ?.

Hobi Yang Mahal

Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Setiap orang ada hobi yang tersendiri, ada minat yang tersendiri. Semua kegilaan ini adalah untuk kepuasan sendiri. Pelbagai cara untuk mencapai kepuasan ini. Ada mereka yang memilih hobi yang tanpa kos ada juga hobi yang mahal.

Hobi yang mahal : RC Drift car
Hobi yang mahal : RC Drift car (sumber: speedhunter.com)

Ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit dilaburkan untuk hobi mereka. Duit bukan lagi satu penghalang untuk mencapai kepuasan dalam diri ini. Pelbagai cara dilakukan untuk mengumpul dana bagi memenuhi minat dan hobi seperti mencari duit dengan blog.

Ada hobi yang memerlukan modal yang besar antaranya main motosikal kuasa tinggi, drift car, drag racer dan juga pemainan remote control. Tetapi ada juga hobi yang boleh menjana duit seperti blogging, menjahit, memasak dan juga menulis.

Hobi yang mahal : Hobi zaman kanak-kanak
Hobi yang mahal : Hobi zaman kanak-kanak

Saya akui saya juga mempunyai hobi yang mahal iaitu photografi. Semenangnya photografi memerlukan modal yang agak tinggi tapi ia juga mampu memberi pulangan yang tinggi jika kena pada caranya. Banyak cara untuk jana duit dengan photografi seperti jadi wedding photografer. Tapi saya masih lagi di tahap amatur.

Manusia sanggup lakukan apa saja untuk mencapai kepuasan. Duit bukan rintangan demi mencapai apa yang di impikan. Apa hobi saudara?

Nota kaki : Tengah memenuhi hobi zaman kanak-kanak yang tidak tercapai dulu.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tamiya Mini 4WD pernah menjadi satu fenomena suatu
Assalamualaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Blogger sebagai kerjaya? Bolehkah kita jadikan blogger sebagai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Syukur alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, betul kata