Hormati Orang Lain Untuk Dihormati

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

‘Aku boss, orang lain yang mesti hormati aku’, ‘Hormati orang lain, kenapa aku mesti hormat dia?’ atau ‘Siapa dia untuk aku hormati?’. Itu adalah antara persoalan yang akan bermain di minda sesetengah orang apabila kita menyebut soal nilai murni, hormati orang lain. Biasa tak saudara tempuhi situasi in?

Hormati Oang Lain - Tak rugi pun
Hormati Oang Lain – Tak rugi pun

Saya pun dulu macam ini, terlalu ego, tinggi diri. Tapi pengalaman mengajar saya mematangkan diri. Semakin ramai saya bergaul dengan masyarakat terutama orang yang senior, mereka banyak mendidik saya secara tidak langsung. Mereka banyak membuka mata saya untuk menjadi seorang manusia yang memandang jauh ke hadapan bukan mengenang masa lampau.

Pernah sekali seorang rakan sekerja saya bertanya pada saya, ‘Kenapa kau lepak dengan kami? Tak apa ke?’.

‘Salah ke?’ Tanya saya kembali yang kurang mengerti soalan beliau.

‘Bukan pegawai lain memang jarang nak lepak dengan kami kerani-kerani ni. Semua lepak dengan pegawai’ jelas beliau lagi.

‘Lagikan dengan Bangla saya boleh makan semeja. Boleh minum teh herba yang pekerja Pakistan bancuh. Apa lagi dengan kalian yang sama bangsa. Kita manusia hamba Allah swt, semua sama’ jawab saya.

Memang benar dulu pekerja dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Indonesia dan India lah yang menjadi teman rapat saya semasa di tapak bina. Saya habiskan lebih 8 jam sehari bersama mereka. Memula pening juga nak masuk dengan mereka ini, tapi lama-lama sudah jadi biasa.

Hormati orang lain untuk dihormati
Hormati orang lain untuk dihormati

Bersama mereka juga banyak yang saya pelajari, mereka tidak mengerti budaya kita. Mereka tidak mengerti adab budaya kita. Bahasa adalah penghalang utama. Bukan boleh datang nak marah atau maki memang tidak terkesan langsung dengan mereka ini. Maki mereka umpama maki tunggul kayu yang tiada perasaan.

Apa yang saya lakukan adalah saya jadi seperti mereka, hormati mereka dan banyak menggunakan pendekatan psikologi. Pernah sekali saya menyuruh mereka membuang tanah dari lubang ‘Pile Cap’ kerana tidak dapat dibuat dengan excavator, tapi mereka enggan dan sejuta satu alasan diberikan. Lalu saya menjawab ‘Baik, kamu rehat. Bagi sini cangkul’. Saya ambil cangkul dan saya cangkul tanah, tak sampai lima minit mereka buat apa yang saya suruh tanpa soal. Selepas itu setiap arahan saya mereka patuhi.

Dengan pekerja asing ini, kita memang tidak boleh beri muka kalau tidak mahu di pijak kepala tapi tidak boleh terlalu garang. Apa yang terbaik adalah hormati mereka, hormati orang lain kerana mereka juga manusia tidak kira apa bangsa.

Hormati orang lain kita tidak akan rugi apa-apa pun malah kita akan lebih dihormati.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam