Bagi pasangan suami isteri bersama adalah sebahagian dari aktiviti mereka, tapi sedarkah kita walaupun sering bersama atau melakukan seks masih ramai yang melakukan kesilapan ini selepas bersama atau seks.
5 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Selepas Bersama @ Hubungan Seks
1. Terus Tidur
Ya, melakukan hubungan seks memang penat sebenarnya. Nampak simple dan mudah tapi banyak kalori dibakar dan tenaga digunakan sebenarnya.
Walaupun penat, bukan alasan untuk terus tidur selepas seks dan biarkan pasangan anda tergapai-gapai kesorangan.
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…
Saat Berkasih Sungguh Indah – Ke mana saja berkepit sini, cam belangkas sana sini. Ke sana sini mesti berdua. Mesti bersama. Pakai baju pun sedondong. Naik moto berhujan berpanas pun tidak jadi masalah. Tiada kereta pun tiada masalah.
Tips Cinta Suami Isteri
Tiap saat KATA RINDU KATA SAYANG dilafazkan. Sesaat tak berbicara rasakan macam setahun. Seminit tak berjumpa rasakan macam sedekad.
Tapi Kenapa Tidak Selepas Jadi Suami Isteri?
5 Tips Cinta Suami Isteri
Bila sudah SUAMI ISTERI LAGI INTIM, LAGI CINTA – sebab sudah halal segalanya. Sudah indah bersama. Jadi suami isteri bukan sehari bukan dua minggu tapi hingga akhir nyawa. Dan sebolehnya biarlah Isteri kita jadi Bidadari kita di Syurga.
LUAHKAN LAFAZKAN – Kalau zaman bercinta boleh lafazkan KATA CINTA KATA RINDU. Kenapa tidak selepas berkahwin. Luahkan Lafazkan Lepaskan jangan pendam. Jika ada sesuatu yang terasa atau terguris juga luahkan. Jangan dipendam menjadi virus di hati.
BUATKAN KEJUTAN – Perempuan atau lelaki memang sukakan kejutan. Tak perlu nak jerit SURPRISE kuat-kuat kat telingat pasangan anda, nanti kalau dia ada lemah jantung kalian yang SURPRISE nanti. Buatlah sesuatu yang pasangan anda suka.
BERIKAN HADIAH – Jika zaman bercinta boleh Pikul TEDDY BEAR BESAR atas motosikal semata nak berikan hadiah buat kekasih – tak kisah tak peduli apa orang cakap. Kenapa tidak zaman berkahwin? Buat Suami, hadiahkanlah isteri Rumah Semi-D, dan buat Isteri hadiahkanlah Superbike. Ducati Monster pun ok juga.
MASAKAN BUAT PASANGAN – Bukan isteri je masak untuk suami. Suami juga boleh masak untuk isteri. Tak pandai masak bukan alasan. Masak boleh belajar. Dan fakta orang Lelaki Masak Lagi Sedap.
BUAT YANG PASANGAN SUKA – Buat apa yang pasangan kita suka. Jangan halang tapi dokong. Kalau suami suka main Tomica biarkan dia. Kalau suami suka main Gundam biarkan dia. Kan?
Buat suami, kenalah faham akan Hati Perempuan, Hati Isteri. Mestilah tahu teknik Memikat Nafsu Isteri.
Buat Isteri, kenalah faham akan Perasaan Lelaki, Perasaan Suami – badan Sado dalam hati ada taman. Mestilah kena tahu teknik Memikat Nafsu Suami.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…
Sirap limau pastinya satu minuman yang tidak asing lagi bagi kita semua rakyat Malaysia yang marhain ini. Minuman yang cukup sinonim dengan kita pergi ke mana saja pasti ada saja minuman sirap limau di hidang, tempat kenduri, kedai makan sampai ke restoren mewah semua tempat ada menghidangkan sirap limau. Saya juga suka minum sirap limau ni. Senang kata semua suka sirap limau ni.
Dari blog AhmadFaizal.com iaitu tentang satu contest review blog SirapLimau.com. Bila memula dengar nama blog yang unik iaitu SirapLimau.com saya agak terkesima, nama blog yang amat unik dan menarik iaitu satu nama yang sinonim dan dekat bagi kita rakyat Malaysia iaitu Sirap Limau Ais, nama blog yang memang akan mudah melekat dihati pembaca.
Review SirapLimau.com
Bila dengar nama SirapLimau.com saya agak tetanya apakah kelainan yang akan dihidangkan oleh blog ini. Apakah kehebatan blog ini berbanding blog hebat lain yang telah lama bertapak di Malaysia dan dunia? Apakah kelainan nya? Apakah Strategi Laut Biru blog ini?
Hidup Suami Isteri itu indah
Be Different Be The One – itulah yang boleh saya gambarkan blog SirapLimau ini. Saya mulanya andaikan blog ini hanya blog bersahaja dengan nama blog siraplimau yang sama seperti blog kebanyakan. Tapi ternyata saya salah. Blog ini memang menghidangkan kelainan kepada pembaca seiring dengan nama Sirap Limau yang menjadi hidangan harian begitu juga blog ini yang sesuai di baca sebagai panduan kita seharian terutama bagi pasangan suami isteri.
Blog SirapLimau mengetengahkan isu-isu kekeluargaan dan kehidupan suami isteri. Isu yang sememangnya hangat pada hari ini pada abad ini, terutama isu perceraian. Isu perceraian amat kritikal sekarang ini terutama dalam kalangan kita umat Islam.
Kuala Lumpur: Tiga kes perceraian berlaku dalam kalangan pasangan beragama Islam di negara ini dalam tempoh satu jam.
Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, berkata maklumat diperoleh hasil kajiannya terhadap statistik perceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi 2011.
Ia berikutan purata 70 kes perceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi 2011.
Bayangkan betapa kritikalnya masyarakat kita hari ini apabila 3 kes perceraian dalam masa 1 jam. Sungguh kritikal keadaanya, sungguh kritikal, lagi kritikal apabila kes perceraian ini semakin meningkat setiap tahun.
Statistik Perceraian
Komen untuk SirapLimau.com
Walau bagaimanapun, dari beberapa entri SirapLimau yang bagi saya tidak patut ada. Ya kita merasakan sesetengah cerita yang kita kongsikan sebagai sempadan tapi bayangkan sekiranya cerita yang kita kongsikan sebagai sempadan itu jadi panduan. Apa pula akan jadi? Bagai kita mengajar orang untuk melakukan perkara yang tidak elok.
Lagi molek kiranya penulis melakukan lebih banyak tapisan dalam entri yang ingin diketengahkan bukan sekadar untuk trafik tapi memikirkan penulisan ini sebagai satu medan jihad, menyebarkan ilmu yang bermanafaat. Sebolehnya juga cubalah penulis menulis dengan rujukan seperti Al-Quran, Hadith, statistik, rujukan atau kata-kata bijak pandai.
Penulisan yang memberi ilmu yang bermanafaat memberikan kita pahala, begitu jugalah yang sebaliknya.
Konklusi
Semoga dengan wujudnya blog seperti SirapLimau.comakan mampu menjadi satu sumber inspirasi dan panduan buat semua pembaca terutama nya pasangan suami isteri dalam mengharungi hidup berkeluarga yang indah dan berliku ini. Saya harap usaha murni penulis blog SirapLimau terus maju jaya dalam penulisan dan berjaya membantu banyak pasangan di dunia dan Malaysia khususnya.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…
Cinta itu memang indah dan membahgiakan terutama mencintai kekasih halal. Kekasih yang halal dicintai, ditatap dan halal segalanya selepas sahnya akad. Memang indah. Tak percaya tanyalah yang dah ada kekasih halal.
Elemen Kejutan – Semua sukakan kejutan
Pokok yang tumbuh perlu juga dibajai sesekali perlu juga gemburkan tanahnya, siram jangan sesekali dilupa dan pancaran matahari juga. Kesemua elemen perlu dalam memastikan pokok yang ditanam itu subur segar dan mengeluarkan bunga yang cantik dan berseri.
Begitu juga dengan pokok cinta, benih cinta yang telah tersemai perlu dibajai dan disiram dengan kepercayaan, kasih sayang dan rasa hormat barulah ia bertambah mekar harum. Sesekali elemen kejutan juga diperlukan dalam menyemai benih cinta.
Dalam musim perang gadjet yang tengah menggila sekarang ini, mungkin boleh dijadikan gadjet sebagai hadiah. Pembelian gadjet dalam talian seperti dari laman Lazada mungkin boleh dipilih untuk tambahkan elemen kejutan.
Kenapa beli dalam talian? Kenapa tak beli dari kedai dan bungkus serta berikan saja?
Bagi saya, pembelian secara dalam talian menambahkan lagi rasa suspen dan terharu terhadap penerimannya. Sebagai contoh, orang perempuan biasanya pentingkan tarikh, setiap tarikh satu-satu detik indah mereka akan ingat. Cuba bila sampai tarikh itu jangan ucapkan apa-apa dan hadiahkan apa-apa, tetapi menggunakan perkhimatan belian dalam talian seperti Lazada untuk menghantarkan hadiah gadjet yang dibeli ke pejabat pasangan kita. Pasti pasangan kita akan lebih terharu.
Lagi pula, dari apa yang saya perhatikan sesetengah gadjet yang dijual di laman Lazada adalah lebih murah dari harga di kedai. Jadi kenapa nak habiskan minyak kereta di saat harga minyak petrol tengah mahal dan terperangkap dalam kesesakan, kan mudah kalau beli dari dalam talian saja? Bukan gitu?
elemen kejutan – ada ke yang nak hadiahkan saya iPhone5s
Bayangkan tengah sibuk dengan tugasan di pejabat, tetiba terima bungkusan hadiah gadjet impian yang dikirimkan oleh kekasih halal anda. Pasti akan tersenyum lebar seharian. Kerana terima gadjet impian tidak terduga dengan cara tak terduga.
Harapnya adalah yang sudi untuk hadiahkan iPhone5s untuk saya. Ada tak?
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….
Bila anak sudah besar makin banyak ragam nya. Makin ragam yang menghiburkan kami ibu bapa mereka. Ragam terbaru tuan kecil adalah menunggang.
Beberapa minggu lalu, kami membelikan tuan kecil permainan baru, sebuah lori mainan. Kami beli lori sebab tuan kecil selalu tunjuk lori dan sebut ‘iori’ setiap kali kami membawanya berjalan. Ingatkan tuan kecil akan main sorong je lori tu, tapi tua kecil yang menunggang lori tu. Aduhai anak.
Tuan Kecil Yang Menunggang – Haiqal tunggang lori
Kesian melihat tuan kecil yang menunggang lori mainan itu. Kami buat keputusan untuk belikan mainan baru yang membolehkan tuan kecil menunggang. Yang besar sikit dan yang reti untuk tuan kecil kami bermain.
Kami membawa Haiqal ke kedai. Kami memberi peluang beliau membuat pilihan nak yang style cam baby comel ke apa. Semua ada. Tapi model tunggangan yang berbentuk ala ATV juga yang menjadi pilihan nya.
Tuan Kecil Yang Menunggang – Haiqal Menunggang ATV
Sampai di rumah bukan main lagi seronok Haiqal bermain dengan ATV mainannya. Sekarang semua yang Haiqal buat semua menggunakan ATV mainan, baik makan minum semua atas ATV. Aduhai anak. Seronok melihat anak yang semakin membesar.