Bila Minum Arak Bukan Lagi Menjadi Satu Kesalahan

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Semalam dalam perjalanan pulang singgah sebentar di kedai runcit, menambah stock pisang dan roti yang sudah kehabisan.

Masuk ke kedai lihat seorang auntie dan seorang lelaki Melayu di kaunter. Saya terus ke kaunter nak membayar, kelihatan auntie tu pegang ‘Anchor Brand’.

Kenapa Minum Arak Haram Dalam Islam
Kenapa Minum Arak Haram Dalam Islam (sumber: iluvislam.com)

Saya pandang brader tu dia usha saya semacam. Macam nak telan pun ada. Lantaklah… saya bagi barang saya untuk auntie tu kira.

‘Berapa?’ Tanya saya.

‘RM8.80’ jawab auntie tu. Brader masih di sebelah. Saya mengeluarkan not seringgit 9 keping. Duit raya anak yang bersaki saya gunakan.

Ni la akibat malas nak pergi bank. Duit raya anak saya gunakan. Duit anak saya transfer je dari akaun saya.

‘Straw ada?’ Tanya brader tu pada auntie tu bila nampak saya dah beredar.

Masa saya di motor kelihatan brader tu menyedut ‘Anchor’ dia. Selamba saja berjalan. Mungkin tengah kusut agaknya.

Kalau kusut minum arak bukan jawapan nya. Bukan ketenangan yang kita dapat. Kan?

Hurmm… saya yakin brader tu seorang Melayu dan di sijil lahirnya tertulis ‘Islam’. Saya hanya mampu memandang dan berdoa semoga brader tu tenang dan kembali ke pangkal jalan.

Saya hanya berdoa pada Allah swt semoga di kukuhkan iman saya agar tidak menjadi seperti itu. Tidak meneguk air setan itu. Semoga saya dan keluarga terutama anak anak saya dijauhkan dari semua itu.

Hidup ini adalah pilihan. Kita yang pilih kita yang tentukan.

Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.
Aku memang jenis malas bersenam sebenarnya, dari zaman belajar memang aku malas senaman. Sekadar sesekali
Muay Thai sekarang ini semakin mendapat liputan meluas di dunia. Kalau tengok pun TV1 pun
Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup