Selamat Hari Raya Qurban

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua saudara muslimin dan muslimat di seantaro dunia. Semoga semua ibadah kita diterima Allah swt. Semoga ibadah qurban kita diterima Allah swt sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s.

Selamat Hari Raya Qurban
Selamat Hari Raya Qurban

Tahun ini sekali lagi saya beraya di kota metropolitan ini. Sayu hati dek kerna tidak dapat pulang ke Kelantan. Apa boleh buat ini pengorbanan yang terpaksa saya lakukan untuk keluarga tersayang. Saya sentiasa berdoa agar pengorbanan ini akan membuahkan kejayaan. Amin.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Qurban buat semua saudaraku.