Kasihnya Ibu

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya, pemeriksaan rutin, saya berehat seketika di pejabat sahabat saya. Sedang saya berehat saya didatangi seorang wanita yang dalam lingkungan 40-an rasanya, sebab saya berada di kaunter terpaksalah saya melayan kakak tersebut.

Kasihnya ibu
Kasihnya ibu

‘Assalamualaikum, dik, akak nak tanya pasal kemahiran, boleh?’  akak itu memulakan bicara.

‘Boleh, kak. Kemahiran macam mana tu?’

‘Untuk anak akak ni, dia minat menjahit. Dulu dah ambil kemahiran di A tapi separuh jalan saja bila sampai peringkat 2 ada sedikit masalah semasa dia praktikal. Jadi dia, tak boleh sambung. Sekarang ni, akak nak carikan tempat baru untuk dia belajar kemahiran. Kalau boleh biar lah menjahit’ panjang lebar akak tu cuba menerangkan situasi dia padaku, tampak kasihnya ibu di wajah akak itu. Seorang ibu yang risau akan masa depan anaknya.

‘Keputusan dia macam mana ya kak? Untuk menjahit kita ada sediakan kursus peringkat diploma dan sijil. Kalau tahu keputusan dia senang saya nak bagi cadangan’. Saya cuba mendapatkan maklumat lanjut.

‘SPM dia tak berapa cantik. Memang teruk. Dia tak ambil Bahasa Melayu. Dia tak pergi masa exam rasanya. Tu yang akak nak carikan dia kemahiran.’ Akak tu bercerita perihal anaknya tampak dia sedikit serba salah untuk menceritakan tentang keputusan anaknya.

‘Tak apa kak, boleh tu. Tak jadi masalah. Mungkin akak boleh ke……..bla….bla…..’ Saya memberikan cadangan pada akak itu untuk menyelesaikan masalah beliau. Sempat juga saya bertanya akak tu dia tinggal di mana. Nyata agak jauh dari situ, tapi beliau sanggup datang demi untuk sedikit maklumat demi masa depan anaknya. Begitulah kasihnya ibu, sanggup melakukan apa saja untuk anaknya.

Bila teringatkan perihal akak tersebut, saya berasa betapa bertuahnya adik itu yang mendapat ibu yang sangat penyayang dan bertanggung jawab. Walaupun adik itu sudah boleh berdikari tapi ibu itu tetap membantunya, mencarikan maklumat untuk adik itu sambung belajar. Saya doakan agar adik itu akan membanggakan ibunya pada suatu hari nanti.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sinopsis Movie Elysium Movie Elysium adalah satu filem
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Ma abah saya cukup tegas bab anak-anak walaupun
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki

Berbaktilah Sehingga Akhir Nyawa

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Jasa Bonda – Warisan
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Jika tiada mereka tiadalah kita. Hargai, berbaktilah, hormatilah kedua-dua ibu bapa kita selagi masih ada hayat nyawa mereka berdua.

Tidak kira seteruk mana, seburuk mana dan sejahat mana pun mereka, mereka tetap ibu bapa kita. Mereka tetap selamanya ibu bapa kita yang mulia. Berjasa dan berbaktilah kepada mereka selagi masih ada hayat mereka.

Jangan kita menyesal kerana tidak sempat berbakti kepada mereka. Seperti dalam senikata diatas ‘Disaat kita berjaya, Mereka tiada berdaya’. Ingatlah, jangan bertunggu lagi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Dragon Ball z semamangnya salah satu komik besar yang banyak mempengaruhi diri aku, dan ramai
2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Hukum Karma

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Ma abah saya cukup tegas bab anak-anak walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi. Masa zaman saya kanak-kanak, kami mesti masuk ke rumah tepat jam 7.00 malam dan siap mandi serta bersedia untuk solat Maghrib. Selepas, Maghrib semua kena siap sedia untuk mengaji Quran. Kalau tak ikut aturanya, siap sedialah untuk merasa nikmat rotan hinggap ke badan.

Tapi bila sudah melangkah ke alam kolej, abah mula melonggarkan syarat ketatnya saya dibenarkan keluar sehingga pukul 10 malam. Kalau mahu pulang balik agak lewat, laporan mesti diberikan kepada ma abah. Setiap pergerakan saya akan dilaporkan. Itupun, diberikan kebenaran atas dasar kepercayaan. Yang pasti kepercayaan ma abah tidak saya khianati. Tidak sama sekali.

Dan sehingga kini saya sudah berumah tangga, ajaran itu tetap kekal abadi selamanya dalam diri saya. Selamanya ma abah tetap yang terbaik dan tiada galang gantinya. Terima kasih ma abah yang telah membesarkan saya. Terima kasih.

Tak dinafikan saya agak nakal dan mungkin sukar untuk ma abah. Tapi mereka tabah mendidik dan membesarkan saya. Dan kini saya menjadi ayah. Saya pula perlu mendidik anak saya.

Saya harap saya juga dapat menjadi ayah yang baik pada anak saya dan mendidik anak saya. Ya Allah, berikan saya kekuatan.

Jika dulu saya dididik, sekarang saya perlu mendidik.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sinopsis Movie Elysium Movie Elysium adalah satu filem
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam