Tips Blogging : Bina Identiti dan Cari Kelainan

Assalamualaikum dah salam inspirasi buat semua saudaraku…

Bina Identiti Blog dan Cari Kelainan
Bina Identiti Blog dan Cari Kelainan

Sekarang ini makin ramai blogger baru yang muncul setiap hari tidak kira menggunakan self hosted atau host percuma. Ada terbaca dalam keratan akhbar di facebook menyatakan bahawa ‘20,000 blog baru muncul setiap hari‘. Banyak bukan 20,000 blog untuk satu hari. Masing masing berlumba untuk jadi yang terbaik. Salah satu cara untuk jadi yang terbaik adalah bina identiti dan cari kelainan.

Saya tidak tahu apakah punca sebenar menjadikan ramai yang berminat untuk jadi blogger tapi saya rasa ianya adalah sebab DUIT. Tidak ramai yang menulis blog sebagai hobi atau untuk mendidik. Sebab itu ramai juga kita lihat makin ramai blogger yang makin susut sehari ke sehari. Mereka mula bosan apabila matlamat tidak tercapai.

Ramai juga blogger hari ini muncul dengan cara copy paste, ini satu aktiviti tidak sihat. Saya juga tidak sarankan blogger untuk jadi surat khabar, setiap berita dalam akhbar mereka tampalkan. Blog sebegini memang mempunyai trafik tinggi kerana mereka memainkan isu panas tapi olahlah sedikit dan cuba buat ayat sendiri, itu sebaiknya cam Blogger Hebat Ini, kan lagi sedap kita baca.

Memang semakin ramai blogger di luar sana. Makin ramai pesaing untuk mengejar kedudukan untuk mendapat ranking Alexa terbaik, 1st page Google search, dan tempat pertama dalam satu niche. Pasti bukan senang tapi bukan susah dan nyata tidak mustahil.

Ingat lagi apabila mula membina blog saya banyak mencari Tips Blogging dalam internet dan masa itu kebanyakan blog adalah dalam bahasa English, tips yang sama temui kebanyakan satu saja untuk blog, NICHE. Ya niche niche dan niche. Pentingnya niche blog adalah amat penting. Tapi sukar untuk bina blog ber’niche’ bagi saya kecuali kita benar benar pakar dalam bidang tersebut contoh eizil.

Identiti Blog: Siapa kita?
Identiti Blog: Siapa kita?

Blog daddydee.net juga saya sudah tidak pasti Niche nya. Cuma apa yang saya lakukan adalah cuba untuk bina identiti dan cari kelainan dengan penulisan blog. Saya bukan blogger hebat hanya blogger amatur yang sedang bina identiti blog. Apa yang saya lakukan adalah memastikan setiap entri yang saya post adalah segar dan idea saya sendiri. Sukar memang sukar tiada benda senang dalam dunia ini.

Sebenarnya, bina identiti dan cari kelainan ini kita bukan saja perlu praktik dalam dunia blog tapi juga dunia offline, dalam kehidupan sebenar ianya juga perlu. We need to be different to be better than others.

Posted from WordPress for Android

Bangunkan Blog Tanpa Ilmu SEO

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

‘Wah, dah jadi blogger sekarang?’ Tegur seorang kawan lama di laman muka buku. Seorang kawan dari zaman belajar sampai ke zaman universiti. Memang tidak dinafikan tidak ramai orang sekeliling saya tahu saya menulis blog. Saya menulis blog sudah lama, saya bangunkan blog tanpa ilmu SEO, terkial-kial satu demi satu saya pelajari.

bangunkan blog tanpa ilmu SEO
bangunkan blog tanpa ilmu SEO

Saya bangunkan blog Daddydee.net tanpa ilmu SEO, saya buta ilmu SEO. Pada mula saya membangunkan blog ini saya hanya nekad sahaja, saya tidak pernah kenal dan tahu apa-apa ilmu tentang CPanel, WordPress dan SEO. Ya, saya tidak tahu.

Sebelum ini saya hanya menggunakan laman blogspot, menggunakan domain berbayar. Selepas bertahun dengan blog lama, saya nekad untuk bertukar arus menggunakan WordPress. Walaupun tanpa ilmu wordpress dan tanpa ilmu SEO tetap nekad untuk melangkah. Kalau tak mula sekarang bila lagi.

Selama setahun saya buat banyak kesilapan yang tanpa saya sedari. Banyak ilmu wordpress yang saya tidak ketahui, sikit-sikit saya pelajari dan alhamdulillah selepas setahun saya mula lihat hasil yang positif.

Dengan bantuan Teknik SEO Merah Jambu banyak membantu blog saya untuk capai ranking yang lebih baik. Banyak tips yang dikongsikan didalamnya membantu blog saya. Kalau ada yang perasan ranking MY blog ini banya menurun dari 2000++ ke ranking bawah 1000. Syukur alhamdulillah.

Apa yang saya ingin kongsikan disini, untuk bangunkan blog hari ini lebih mudah tak seperti zaman saya mula menulis blog dulu. Banyak tips yang dikongsikan secara percuma dan berbayar. Nak atau tidak sahaja.

Yang penting adalah sifat keterbukaan untuk menerima kesilapan dan kesalah yang akan kita lakukan, sedia untuk belajar dan terima kritikan. Itu lumrah. Pengalaman adalah cikgu terbaik dalam hidup ini. Belajar dan terus belajar itu perlu. Kalau berminat untuk belajar cara yang betul untuk bangunkan blog dan teknik hebat blogger otai boleh sertai kursus anjuran team Denaihati.

Mulakan eksperimentasi sekarang, mana tahu dari sekadar eksperimen mampu jadikan satu empayar.

Menulis Untuk Berkongsi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan menggunakan blogspot, dan mula aktif berblog setahun kemudian dengan menggunakan domain blogspot juga. Namun saya akui tulisan saya dahulu memang rojak, karut, hentam keromo dan merapu. Memang boleh dikatakan 89% bahasa pasar saya gunakan.

Pada tahun 2011 saya telah tukarkan blog saya kepada domain berbayar dan masih menggunakan hosting blogspot. Cadangnya cuba untuk melakukan penjenamaan semula namun saya akui saya gagal melakukannya. Lagipun penwujudan blog dulu sememangnya tanpa perancangan yang terperinci dan akibatnya rojak dan pasar di sana. Dan kini sudah terabai beberapa lama tanpa kemaskini kerana buntu idea.

Kewujudan Daddydee.net

Belajar dari pengalaman lalu, saya cuba mewujudkan satu blog yang lebih tersusun dan didorong oleh nafsu cemburu apabila melihat ramai blogger professional seperti denaihati dan ariffshah menggunakan self-hosting wordpress, saya ikuti langkah ini walaupun ilmu wordpress saya adalah kosong.

Pada Mei 2012, saya telah mendaftarkan daddydee.net. Setapak demi setapak saya pelajari selok belok wordpress. Memang sukar pada mulanya dan kini saya rasakan masih kurang ilmu saya tentang wordpress. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Pada mulanya, saya juga tercari-cari apakah yang sebenarnya ingin saya tulis dalam blog ini. Dalam masa tercari-cari akan identiti untuk menulis dalam blog ini saya telah menerima tawaran untuk berkursus. Dan sifu saya yang mengajar kursus tersebut iaitu Tuan Shamsudin Kadir telah membuka minda saya. Pesan beliau pada saya adalah ‘Baca buku untuk tambahkan ilmu, Kemudian cuba menulis kongsikan ia. Insyallah akan lebih berkat dan bermanafaat ilmu itu’.

Tulis Untuk Berkongsi

Dari situ, saya mengorak langkah mulakan menulis untuk berkongsi ilmu saya yang tidak seberapa ini dan secara tidak langsung menambahkan ilmu saya sendiri.

Sebenarnya, Bahasa Melayu dan English saya adalah amat teruk. Tidak kiralah dalam menulis ataupun pertuturan. Dan kini saya cuba meningkatkan ilmu saya dalam Bahasa. Melalui blog ini juga saya cuba sebaiknya untuk menggunakan Bahasa Melayu dan sesekali saya menulis dalam English, tujuannya tiada lain melainkan untuk menajamkan lagi gaya penulisan saya yang tidak seberapa ini.

Gaya bahasa yang formal yang saya gunakan dalam blog ini, insyallah akan saya kekalkan dan jadikan ia sebagai identiti blog daddydee.net yang tidak seberapa ini. Diharapkan saya akan kekal bersemangat untuk memperjuangkan blog ini dan tuan-tuan/cik puan-cik puan akan selesa membaca blog kecil saya ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih pada tuan/cikpuan semua yang sudi menyokong blog ini. Terima kasih banyak-banyak. Saya amat suka.

Terima kasih pada tuan Eizil kerana menganjurkan satu kontest yang amat menarik ini.