Yeahh….PortaWifi Celcom Dalam Genggaman Boleh Berinternet Semasa Balik Kampung

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Usai Solat Jumaat, saya terus ke Publika Dutamas untuk menuntut PortaWifi Percuma di Celcom Bluecube. Ini baru kali ke-2 saya masuk ke Publika ini. Tidak dinafikan susun atur dan reka bentuk nya memang amat menarik dan amat mudah untuk saya mencari Celcom Bluecube walaupun baru kali ke-2 ke sini.

Dengan bebekalkan flyer PortaWifi Percuma Celcom dengan wajah selamba saya masuk ke dalam Celcom Bluecube Publika, dan bertanyakan tentang PortaWifi Percuma kepada awek comel Celcom sambil menunjukkan flyer yang dibawa. Malu juga nak minta barang free dari awek comel ni, tapi tak mengapa sebagai lelaki idaman Malaya saya tetap redah.

Celcom Bluecube Publika
Celcom Bluecube Publika – Hiasan dalaman yang menarik

Ternyata hasil ketampanan wajah lelaki saya berjaya mendapatkan Portal Wifi percuma daripada awek comel Celcom. Hehehe… Flyer yang diberikan membolehkan saya mendapat satu PortaWifi Percuma daripada Celcom Bluecube.

Dengan PortaWifi ini saya bolehlah melayari internet semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman ketika perayaan nanti. Pasti perjalanan pulang ke kampung saya nanti lebih meriah dan ceria dengan PortaWifi ini.

Dalam set PortaWifi ini akan dibekalkan dengan 1 donggle, satu plug 3 pin dan charger untuk kereta. Jadi dengan peralatan yang dibekalkan saya bolehlah melayari di mana saja yang saya suka. Baik gunakan untuk diri saya di laptop, sebagai wifi di rumah untuk kegunaan bersama keluarga dan di dalam kereta. Sambungan wifi menggunakan portal wifi boleh sehingga 5 sambungan pada satu masa dengna mengunkan pelan data Celcom First.

Portal Wifi Dalam Genggaman
PortaWifi Dalam Genggaman

Sebelum PortaWifi ni bertukar tangan, awek comel Celcom ada berpesan kepada saya tentang kelebihan Celcom PortaWifi antaranya:

  • Boleh dikongsikan sambungan wifi sehingga 5 peranti pada satu-satu masa
  • Kelajuan adalah sehingga 21 Mbps
  • Pelan data sehingga 10 GB
  • Jaringan terbesar dan terpantas

Saya bertanya pada awek comel Celcom, ‘Kalau saya tak dapat flyer ni tak dapat ke PortaWifi percuma ni? Kawan saya pun ada yang berminat ni?’

‘Tak apa bang. Kalau tak dapat flyer PortaWifi percuma yang diedarkan di plaza tol terpilih. Abang tetap boleh dapat PortaWifi percuma. Sekarang ini Celcom sedang melancarkan promosi dimana pelanggan yang melanggan pelan Data Celcom First layak untuk menerima PortaWifi percuma dan menerima rebat tunai sehingga RM 120 dalam bil bulanan.’ terang awek comel Celcom panjang lebar sambil tersenyum manis.

Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi Celcom boleh klik sini.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Semalam saya mendapat satu tugasan pejabat memerlukan saya
Assaalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya sudah menjadi pelanggan YES internet hampir setahun
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas masa nak shot gambar anak saya

Rezeki Terpijak : Celcom Memberikan 500 PortaWifi Percuma Sempena Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Semalam saya mendapat satu tugasan pejabat memerlukan saya pergi ke Putrajaya, sudah tugasan terpaksa juga saya buat kerana ‘saya yang menurut perintah’. Kalau ikutkan hati memang malas nak kerja luar bulan Ramadhan ini.

Tapi kemalasan saya tetap rasa amat berbaloi, kerana sesampainya saya di Tol Sungai Besi nak mengambil tiket tol saya mendapat sekeping kertas. Bukan saman bukan writ lawyer. Tapi satu kejutan dari pihak Celcom di awal pagi di Plaza Tol Sungai Besi, saya menerima satu kupon yang membolehkan saya menuntut PortaWifi Percuma dari Celcom Bluecube.

Toll 11-daddydee.net
Pengagihan Flyer oleh Kakitangan Celcom

Alhamdulillah, berbaloi-baloi hari raya kali ini. Selepas ini bolehlah saya pergi menuntut PortaWifi Percuma saya. Hadiah yang amat menarik dari Celcom. Bolehlah keluarga saya melayari internet dalam perjalanan nanti. Lepas ini, mahu saya tampal sticker pada kereta saya ‘WIFI Inside’, baru riak sikit. Hahahah…

Flyer Portal Wifi Percuma daripada Celcom
Inilah rupa Flyer PortaWifi Percuma daripada Celcom

Daripada flyer yang saya terima itu, pihak Celcom menyatakan akan memberikan 500 PortaWifi Percuma di plaza tol terpilih, anda mungkin akan menjadi salah seorang pemilik PortaWifi percuma ini. Mana tahu rezeki anda pula nanti, menerima flyer ini semasa membayar tol.

Toll 4-daddydee.net
Pengagihan Flyer Portal Wifi Percuma – Anda mungkin penerima seterusnya

Saya nak pergi menuntut PortaWifi Percuma saya dulu ya. Nanti saya ceritakan lagi pasal PortaWifi ini. Dalam kereta pun boleh update blog la lepas ini. Heheheh…

Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah ?.
Jangan lupa asal usul
Dulu pernah buat satu entri 'Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri, Ini Penyelesaiannya', ingat