G-Shock DW 5600 Camo Hasil Kolabrasi SBTG x G-Shock; Koleksi Camo Yang Awesome

Sabotage atau SBTG yang berasal dari Singapore telah diberi peluang untuk berkolabrasi dengan G-Shock. Kolabrasi SBTG x G-Shock adalah untuk model DW-5750E sempena dengan 35th G-Shock Anniversary.

SBTG
SBTG

Pengasa SBTG, Mark Ong memilih warna hijau dengan paparan muka depan jam camo hijau leopard yang juga merupakan identiti SBTG.

Warna hijau matte pada bahagian buckle dan band, camo hijau leopard pada paparan muka jam dan bull bar berwarna hitam. Pada bahagian belakang jam terdapat ukiran logo SBTG dan slogan ‘Destroy to Create’.

Continue reading “G-Shock DW 5600 Camo Hasil Kolabrasi SBTG x G-Shock; Koleksi Camo Yang Awesome”

Dragon Ball z semamangnya salah satu komik besar yang banyak mempengaruhi diri aku, dan ramai
Satu model baru G-Shock Rangemen telah diumumkan pada satu Majlis Ulangtahun ke-35 tahun G-Shock di
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minat terhadap barang-barang yang pernah menarik minat saya
Pemergian Alexis Sanchez sememangnya adalah sesuatu yang sudah diduga sejak dari awal musim lagi. Malah

Model G-Shock Idaman Saya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Kalau dulu saya pernah menulis tentang satu model G-Shock yang boleh dihubungkan dengan bluetooth ke iPhone. Hari ini saya ingin berkongsi 5 model G-Shock impian yang inign saya miliki suatu hari nanti. Kenapa impian? Buat masa sekarang saya belum lagi menyimpan model G-Shock, walaupun pernah pakai semasa belajar dulu.

In sha Allah, tahun dalam tahun 2013 ini saya akan gengam satu model G-Shock yang telah sekian lama saya perhatikan, dan ini akan menjadi jam digital pertama dalam koleksi saya. Model G-Shock dalam perhatian saya adalah:

Model G-Shock aviation - GWA1000F
Model G-Shock aviation – GWA1000F

GWA1000F – Model G-Shock aviation ini adalah antara jam dalam radar pemerhatian saya. Saya tidak pasti ianya sudah memasuki pasaran Malaysia ataupun belum. Tapi kalau mahu memiliki model G-Shock ini memang saya kena puasa lah, khabarnya harganya $600.00 bukan di Malaysia, mungkin lebih tinggi apabila masuk ke sini. Saya suka akan reka bentuk dan kombinasi warna yang amat menarik selain fungsinya yang amat mengujakan saya.

Model G-Shock GA-100-1A1
Model G-Shock GA-100-1A1

GA-100-1A1 – Model G-Shock x-large ini merupakan salah satu model idaman saya. Saya suka akan kombinasi warna flat black dengan jarum yang berwarna putih serta kombinasi analog dan digital. Mungkin ini akan saya sambar dulu. Untuk sambar model aviation terlalu mahal. Model ini dalam lingkungan RM500-RM600 di Malaysia.

Model G-Shock G9300-1 - Sesuai untuk outdoor
Model G-Shock G9300-1 – Sesuai untuk outdoor

G9300-1 – Model ini boleh dikatakan salah satu model keluaran G-Shock yang mempunyai fungsi yang lengkap iaitu Tough Solar, Digital Compass, Thermometer dan Moon Graph. Model ini pastinya boleh dijadikan partner terbaik untuk aktiviti outdoor. Harganya dalam lingkungan RM750-RM900 kalau tak salah saya.

Model G-Shock GX-56 - King Of G-Shock
Model G-Shock GX-56 – King Of G-Shock

GX-56 – King Of G-Shock saya suka akan reka bentuknya. Reka bentuk klasik G-Shock yang dibesarkan cukup menarik minat saya. Walaupun fungsinya kurang berbanding 3 model yang saya senaraikan di atas ianya tetap memukau di mata saya. GX-56 mempunyai fungsi world time bagi 30 bandar di seluruh dunia selain dari fungsi Tough Solar. Harganya dalam lingkungan RM550.00 di Malaysia.

Apapun, senarai di atas adalah 4 model G-Shock idaman yang masih lagi salam radar perhatian saya. Jam kesayangan saya tetap Seiko Kinetik (masih lagi sakit) dan Tissot T-Race (hadiah dari isteriku). Saya suka koleksi jam, jam berbeza bagi majlis yang berbeza.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Bila anak sudah besar, inilah jadinya sudah ada
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Usai Solat Jumaat, saya terus ke Publika Dutamas
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas masa nak shot gambar anak saya