Jatuh Cinta Pada Muay Thai

Muay Thai sekarang ini semakin mendapat liputan meluas di dunia. Kalau tengok pun TV1 pun dah mula siarkan Max Muay Thai. Muay Thai adalah senibela diri yang berasal dari Thailand.

Jatuh cinta pada muay thai

Jatuh cinta pada muay thai

Kalau pada pandangan mata kasar mungkin nampak perlawanan Muay Thai sememangnya ganas dan ngeri. Biasa akan lihat perlawanan memang akan ada KnockOut dan berdarah biasanya. Semua tu bukan tipu memang ianya benar.

Membesar dalam keadaan abah yang memang minat Muay Thai jadi memang aku terdedah pada Muay Thai. Dan memang aku tak rasa pun Muay Thai tu ganas atau ngeri. Bagi aku sukan Muay Thai memang menarik dan menguji ketahanan fizikal pemain.

Continue reading