Seluar Jeans Skinny Boleh Jejas Prestasi Seks?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Jeans Skinny adalah salah satu trends yang sedang melular kebelakangan ni. Ramai golongan muda mudi suka pakai jeans skinny jeans yang kononnya untuk kelihatan lebih sexy dan bergaya sebab nampak kaki slim bukan bagak. Pakai jeans skinny baru lah lebih rock macam Steven Tylor (Aerosmith), Kirk Hammet (Metallica) dan juga Amy Search, baru lebih phewitttttt…. Tapi persoalannya adakah jeans skinny boleh jejas prestasi seks?

'Gua lagi sexy dari lu' kata Kirk
‘Gua lagi sexy dari lu’ kata Kirk

Orang Malaysia terutamanya orang Melayu amat mementingkan prestasi seks, percaya atau tidak itu adalah kenyataan. Boleh kata kunci utama yang di cari oleh pengguna internet Malaysia? Dan lihat berapa ramai yang menjual ‘ubat kuat’ yang kononnya boleh meningkatkan prestasi seks di internet sekarang ini baik blog mahupun laman sosial? Pembeli ubat kuat ramai ke, mesti ramai pembeli sebab itu ramai juga penjualnya. Lagipun orang kita lebih suka membeli ‘ubat kuat’secara online mahupun offline daripada berjumpa doktor sakit tuan atau puan. Apa pun nasihat saya jika sakit jumpa doktor. TITIK.

Seluar Jeans Skinny Boleh Jejas Prestasi Seks?

Rahsia Hubungan Seks
Rahsia Hubungan Seks

Seluar jeans skinny memang membahayakan kesihatan baik lelaki mahupun perempuan, terutama kepada organ seks kita.

 

Untuk lelaki, pemakaian jeans skinny yang telalu lama akan menyebabkan buah zakar (testis) berpintal, lemah pundi kencing dan jangkitan pada saluran kencing. Apabila seluar terlalu ketat (skinny jeans) dipakai, ia akan menyebabkan saraf terhalang dengan sperma tidak dapat bergerak secara bebas. Jika keadaan terlalu kritikal boleh menyebabkan saluran tersimpul dan memerlukan pembedahan pemotongan saluran berkenaan di lakukan. Dan jika lebih bernasib baik, buah zakar itu kemungkinan perlu dibuang jika keadaan terlalu mudarat.

Skinny jeans boleh bahayakan kelelakian dan jejas prestasi seks
Skinny jeans boleh bahayakan kelelakian dan jejas prestasi seks

Selain itu, pemakaian seluar ketat boleh menyebabkan penghasilan jumlah sperma yang rendah. Selain itu pemakaian seluar ketat akan menyebabkan suhu buah zakar meningkat, di mana menurut kajian suhu normal buah zakar adalah 36.5 darjah cecius. Penghasilan sperma yang baik dan sihat memerlukan pengudaraan dan suhu yang sempurna.

Bagi perempuan pula, pemakaian jeans skinny akan menyebabkan jangkitan kulat pada faraj. Kesan ini adalah sama bagi pengguna G-String yang boleh mengakibatkan jangkitan kulat pada faraj.

Oleh itu, fikirkan kesihatan sebelum berfesyen. Jangan kerana menjadi hamba fesyen kita menderita di kemudian hari.

PS : Pak cik pakai baju pagoda dengan kain pelikat je. Nyaman gitu.

 

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Bila isteri membebel Hari ini,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sedikit perkongsian yang saya ambil dari page Dr.MAZA
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saat Berkasih Sungguh Indah - Ke mana saja