Bicara Kita Imej Kita

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

bicara

Komunikasi adalah amat penting dalam kehidupan kita. Samaada kerja mahupun kehidupan seharian.

Komunikasi juga menggambarkan tahap kita di mana. Tak kira dengan siapa kita bersua, dengan siapa kita berbicara hormatilah mereka. Itulah sebaiknya.

Jika kita memasuki suatu tempat kerja yang baru, cubalah menyesuaikan diri sebaiknya. Bak kata pepatah ‘Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Harimau Mengaum’.

Jika ditempat baru juga sebaiknya paggillah rakan sekerja kita dengan panggilan Encik, Tuan, Cik atau Puan. Elakkan gunakan panggilan ‘Aku Kau, Saya Awak, Abang Kakak’. Bila sudah lama kenal terpulanglah sesuaikanlah mengikut keselesaan. Jika boleh dikekalkan dengan panggilan pada awal lagilah baik.

Sama juga untuk pelajar praktikal, apabila dalam industri amalkanlah panggilan ‘Encik Cik Puan Tuan’. Ini menggambarkan kematangan kita dan menggambarkan kesediaan kita untuk menongkah cabaran alam pekerjaan.

Biacara kita menggambarkan pada orang lain dimana tahap profesionalism kita sebenarnya. Mungkin bagi yang tidak kisah tidak mengapa tapi tidak bagi semua orang. Ada sesetengah orang amat sensitif dengan gaya bahasa dan kata ganti nama atau panggilan yang kita gunakan untuk mereka. Jadi lebih baik kita ambil langkah selamat.

Mungkin ada orang akan cakap kita ‘poyo’, skema atau lain lain lagi, tapi pedulikan mereka. Yang penting ini semua untuk diri kita sendiri.

Bicara kita adalah imej kita, jadi biarlah kita memberi imej yang baik di mata orang lain.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam