Kerja Mudah Gaji Lumayan

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang terang tantang, gerak gaya ligat cam gasing. Memang kerja pun tak pernah melekat satu tempat. Pindah sana sini cam kaum nomad sudah. Pantang tak puas hati terus cari kerja lain. Satu hari saya melepak bersama seorang kawan lama di Damansara. Sambil makan mee goreng dan nescafe tarik sambil layan game bola sepak Manchester United lawan Chelsea.

Kerja mudah gaji lumayan
Kerja mudah gaji lumayan

Kerja Mudah Gaji Lumayan

‘Rasa nak cari kerja lain la. Dah tak tahan dah kerja tempat sekarang ni’ saya meluahkan perasaan pada kawan saya.

‘Kenapa nak tukar kerja pula? Kau dah kenapa?’ Tanya kawan saya nak kan kepastian.

‘Saja nak tukar angin la. Kau ada lubang baik ke?’

‘Ada. Tapi hati kena kering la. Kerja mudah gaji lumayan.’

Kerja mudah gaji lumayan satu quote yang cukup menarik bagi saya. Ya lah dalam dunia ini mana ada kerja mudah gaji lumayan. Yang banyaknya kerja cam macai gaji ciput saja.

‘Kau jangan main main. Mana ada kerja mudah gaji lumayan. Aku serius ni.’

‘Betul la. Aku tengok kau memang dah ada gaya. Muka dah bengis. Garang pun dah ada.’ Terang kawan saya bersungguh-sungguh

‘Aik…. muka aku je kau tengok. Tak perlu ada ijazah ke sijil ke.’ Tanya saya lagi.

‘Tak perlu semua itu. Itu semua dunia’

‘Main-main pula kau ni. Kerja apa kau cakap ni.’

Kerja Mudah Gaji Lumayan - Nak kena cincang tak?
Kerja Mudah Gaji Lumayan – Nak kena cincang tak?

‘Pembunuh upahan. Kau mahu ke?’

Ya malam itu memang saya nak je bunuh kawan saya buat sate. Tengah saya serius nak mencari kerja boleh dia mempermainkan hati dan perasaan saya ini. Oh sahabat sampai hati kamu.

Benar kah ke kerja sebagai pembunuh upahan itu kerja mudah gaji lumayan? Betul ke? Saya tak rasa kerja mencabut nyawa orang lain itu kerja yang mudah. Betul tak? Saya tak sampai hati untuk bunuh orang.

Nak kerja mudah gaji lumayan jom cuba ini.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Perlukan modal besar atau modal kecil yang diperlukan untuk

Buat Duit Raya Dengan Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Ramadhan semakin nak habis Syawal pula bakal menjelma, persiapan untuk berhari Raya pasti tengah memuncak sekarang ini. Ketua keluarga pasti pening kepala macam mana nak tampung perbelanjaan di Hari Raya nanti, pasti agak tinggi perbelanjaan yang diperlukan. Kakitangan kerajaan masih lagi boleh bersyukur dapat juga bonus raya RM 500 tapi kakitangan awam tetap pening sebab tiada bonus raya kebanyakkannya. Jobdirumah pasti boleh membantu untuk dapatkan duit raya.

Buat duit raya dengan Jobdirumah
Buat duit raya dengan Jobdirumah

Kenapa jobdirumah? Dengan hanya bayaran RM 50 sekali sahaja untuk pendaftaran kita boleh mula mendapatkan kerja dengan jobdirumah.com. Dengan jobdirumah kita boleh dapatkan kerja sambilan dan menjana wang tambahan serta duit raya di musim perayaan ini dengan hanya menghadap laptop dan online.

Jobdirumah berperanan sebagai orang tengah yang menyediakan platform yang bagus untuk kita menjana duit raya di musim perayaan nanti. Jobdirumah akan menghubungkan kita dengan pemberi kerja dari dalam dan luar negara. Pemberi kerja yang menyediakan kerja dan akan membayar kita.

Kebanyakkan kerja tidak memerlukan kemahiran yang tinggi mengenai komputer. Cukup dengan asas komputer yang kita ada kita pasti dapat melaksanakan tugasan yang diberikan kepada kita. Syarat kelayakan untuk Jobdirumah adalah:

  • Asas komputer & internet
  • Microsoft Office (Words & Excel)
  • Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
  • Komputer/Laptop
  • Akses ke talian internet
  • 18 tahun keatas
contoh kerja jobdirumah
contoh kerja jobdirumah
contoh kerja jobdirumah
contoh kerja jobdirumah – bayaran yang lumayan

Dan syarat yang paling penting adalah Jangan Malas dan putus asa. Terus berusaha pasti kita akan dapat menjana duit raya untuk musim perayaan ini nanti.

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pertamanya, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kering idea punya pasal, jadi saya nak riak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Ninetology telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Ninetology
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang