Jom Main Mercun

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Setiap kali tiba satu Ramadhan mercun pun akan turut berbunyi. Bunyi sahaja Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata ‘1 RAMADHAN adalah besamaan……’ pasti akan dituruti oleh dum dam dum dam bunyi mercun sana sini. Mungkin mereka ini sudah ada stock mercum yang da siap untuk di cucuh saban tahun.

Oleh itu saya sebagai pemain mercun tegar dan juga mangsa mercun ketupat pada suatu masa dahulu yang menghancurkan dua jari saya, dengan ini mengajak untuk main mercun.

Jom Main Mercun

Jom main mercun, sebab rugi kita tak main mercun sebab duit emak ayah tidak luak nanti. Sekurangnya kita akan menjana ekonomi negara dengan main mercun. Setiap kali kita bakar satu mercun untuk dengar satu bunyi “dum” adalah bernilai 50sen sahaja. Kalau 100 kali bunyi “dum” kita cucuh sudah sama nilai RM 50. Dengan ini juga menunjukkan kita kaya sebab duit tidak tahu nak letak mana jadi kita bakar. Kalau kat Gaza mereka pun hari hari main dum dam dum dam, kalau nak real boleh cuba pergi ke sana.

Jom main mercun, mana tau dengan main mercun sekurangnya dapat juga kita cuti rehat seminggu atau sebulan atau lagi lama. Sebab jari sudah kudung, mata sudah buta. Doktor memang dengan baik hati bagi rehat di wad dengan siap pakej penuh katil dan makan nasi hospital. Nak keluar baru bayar.

Jom main mercun, mana tau nanti ada rumah terbakar sebab mercun kita. Nanti leh cerita pada anak cucu yang kita pernah sebabkan rumah terbakar dek kerana mercun.

Apa tunggu lagi, jom kita main mercun. Untung sabut timbul untung batu tenggelam mana tau kalau kita jadi salah satu angka statistik mangsa mercun.

Jangan kita lalai walau sesaat. Jangan galakkan dan biarkan anak kita bermain mercun. Jangan dan jangan. Jangan kerana keseronokan sementara kita merana selamanya. Fikirkan lah.

Pesanan ikhlas dari mangsa mercun ketupat.

Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal
Bulan Ramadhan adalah bulan 1,000 rahmat di dalam nya. Ganjaran pahala berlipat kali ganda bagi
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Lama sudah saya tak menulis di sini, disebabkan