Jerman Juara, Gotze Wira

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Jerman juara Piala Dunia 2014, telah menamatkan fiesta Piala Dunia 2014 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menang 1-0 ke atas Argintina. Mario Gotze muncul wira Jerman selepas menjaringkan gol kemenangan di masa tambahan.

Pada pandangan saya perlawanan akhir tahun ini sememangnya menarik, dengan kedua-dua pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengejar kemenangan. Perlawanan yang dilihat agak seimbang dengan kedua-dua pasukan melakukan serangan dan bertahan. Secara individu pastinya tumpuan lebih kepada dua perancang utama iaitu Lionel Messi dan Bastian Schweinsteiger, yang sibuk merangka dan menggerakkkan pasukan masing-masing.

Mario Gotze yang dimasukkan pada minit ke-88 menggantikan Klose, telah berjaya mencuri tumpuan apabila berjaya melepaskan diri dari pertahanan Argentina seterusnya menewaskan Sergio Remero hasil dari umpanan cantik oleh Schurrle pada minit ke-113. Satu gol yang memusnahkan impian Argentina untuk rangkul kejuaraan.

Senarai pemenang Piala Dunia 2014:
Juara – Jerman
Naib Juara – Argentina
Ke-3 – Belanda
Golden Glove – Manuel Neuer
Golden Ball – Lionel Messi
Golden Boot – James Rodriguez

Tahniah buat semua pemenang.

Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.
Aku memang jenis malas bersenam sebenarnya, dari zaman belajar memang aku malas senaman. Sekadar sesekali
Muay Thai sekarang ini semakin mendapat liputan meluas di dunia. Kalau tengok pun TV1 pun
Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup