Saya Mahu Jadi Jutawan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya mahu jadi jutawan, ya saya menyimpan cita-cita untuk jadi jutawan. Saya akan berusaha kearah itu, saya akan berikhtiar, berusaha untuk mencapai matlamat saya. Anda bagaimana?

Saya mahu jadi jutawan
Saya mahu jadi jutawan

Saya Mahu Jadi Jutawan

‘Saya mahu jadi jutawan, saya mahu kaya’  itu yang diterapkan dalam minda dan hati. Bagi saya duit adalah segalanya.

Dari hobi bermain permainan dalam talian, saya kemudian membuat duit dengan menjual senjata dan armor permainan online, membuatkan saya mampu membeli sebuah kereta. Walaupun dihalang oleh kedua ibu bapan tetap tekad untuk meneruskan kegiatan kerana minat dalam perniagaan. Ibu bapa mana pun akan lebih menggalakkan anaknya untuk belajar terlebih dahulu.

Selepas akaun pemainan online di ban kerana melakukan kegiatan salah, saya nekad untuk menjual buah berangan pula. Saya membeli sebuah mesin penggoreng. Kemudian saya mengunjungi setiap kedai yang menjual buah berangan dan saya pelajari setiap rahsia dari mereka. Saya mulakan dengan sebuah kedai di sebuah pasaraya.

Saya Mahu Jadi Jutawan : Tao Kae Noi
Saya Mahu Jadi Jutawan : Tao Kae Noi

‘Belajarlah apa itu tanggungjawab dan amanah’ itu pesan satu pengawal keselamatan kepada saya pada ketika saya ingin merasuah beliau. Dari situ saya terpukul, duit bukan segalanya tapi ia tetap tidak mengubah matlamat saya untuk kaya.

Saya mula berkira untuk kaya, saya mahu jadi jutawan. Saya kembangkan lagi cawangan buah berangan saya. Pelajaran mula saya tinggalkan, perniagaan lebih penting bagi saya.

Kemudian saya dikenalkan dengan rumpai goreng. Dari situ timbul idea untuk mencipta keropok rumpai goreng, saya mula melakukan eksperimen berkotak-kotak rumpai laut saya gunakan. Gagal, gagal dan gagal, di saat saya mulai merasakan putus asa saya, akhirnya takdir menyebelahi saya. Saya temui rahsia yang saya cari. Saya mula belajar cara untuk melakukan pakaging yang menarik untuk pasaran meluas.

Saya adalah Itthipat Kulapongvanich, billioniar muda dari Thailand yang melahirkan produk Tao Kae Noi yang sudah menjelajah ke seluruh dunia. Untuk lebih lanjut boleh menonton movie box office Thailand, The Billionaire, tentang kisah kejayaan billionair muda ini.

Pengajaran dari The Billionaire

  • Pasti boleh berjaya jika kita mempunyai keinginan
  • Kajian terperinci tentang sesuatu produk perlu dibuat sebelum memulakannya. Kaji kelemahan dan kelebihan
  • Kajian pasaran tentang bagaimana permintaan pasaran bagi produk yang ingin kita pasarkan
  • Kata penarik yang akan kita gunakan bagi menarik pembeli. Ayat promosi yang power.
  • Usaha yang tidak terkalah.

Saya mahu jadi kaya saya juga mahu jadi jutawan. Untuk sahabat penulis blog yang mahu jadi jutawan boleh dapatkan Ebook Teknik SEO Merah Jambu dan Tips Atasi Kekeringan Idea, inshallah pelaburan untuk dua ebook tidak terkalah ini berbaloi.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Syukur Alhamdulillah, kita sudah hampir ke penghujung bulan

Usia Untuk Berjaya

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua…

Bilakah usia yang sesuai untuk berjaya? Adakah 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an?

Melihat dunia hari ini yang dipenuhi dengan orang yang berjaya kadang kala membuatkan saya sendiri rasa cemburu. Pada usia yang sama dengan saya sudah ada yang menjawat jawatan pengurus besar dan memiliki perniagaan sendiri membuatkan saya cemburu. Itu adalah kejayaan mereka.

Istilah kejayaaan adalah satu istilah yang besar dan terlalu abstrak. Kejayaan bagi setiap individu itu mungkin membawa makna yang berbeza kerana setiap individu mempunyai matlamat yang berbeza.

Usia untuk berjaya
Usia untuk berjaya

Bagi pelajar universiti mungkin menerima anugerah dekan adalah satu kejayaan bagi mereka. Bagi peniaga mungkin mencapai jumlah jualan RM100k adalah satu kejayaan bagi mereka. Bagi seorang jurutera binaan pula mungkin berjaya menyiapkan satu projek dalam jangka masa yang ditetapkan dan mencapai kualiti yang diharapkan satu kejayaan bagi mereka. Apa pula kejayaan anda?

Kejayaan berbeza mengikut matlamat masing masing. Tiada sekatan usia untuk berjaya sebenarnya. Apa yang penting kita mesti sentiasa ubah skala kejayaan kita. Supaya kita tidak berada di zon selesa selamanya. Jangan mudah puas dengan hanya satu kejayaaan. Tapi sentiasa berusaha untuk lebih dan lebih berjaya.

Sekarang ini sudah ramai jutawan muda yang kita boleh jadikan contoh pembakar semangat seperti Mark Zuckerberg dengan Facbook nya, En Titan dengan SEO Merah Jambunya, Gobala Krisnan dengan Jom Niaga nya dan banyak lagi kejayaan-kejayaan yang boleh kita jadikan pembakar semangat. Ingat golongan istimewa pun boleh berjaya apatah lagi kita?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mahu jadi jutawan, ya saya menyimpan cita-cita
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Syukur Alhamdulillah, kita sudah hampir ke penghujung bulan