Tips Lembutkan Suami Baran

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Suami Baran? Saya juga suami yang baran di awal perkahwinan. Tapi syukur alhamdulillah, berkat kesabaran nasihat serta doa tanpa jemu isteri danĀ  keluarga baran saya dapat dikawal.

Alhamdulillah. Baran tidak membantu dalam rumah tangga, ya bantu merobohkan rumah tangga. Tidak mambantu untuk meneguhkan rumah tangga.

Tips Lembutkan Suami Baran
Tips Lembutkan Suami Baran

Sedikit tips lembutkan suami baran adalah:

    • Jangan melawan – saat suami tengah marah isteri janganlah melawan semula. Baik diam saja. Diam selagi tidak memudaratkan. Biarkan dia tengah panas dan luar kawalan. Dan dia akan fikir semula bila dia dah tenang.
    • Bincang – pilih masa yang sesuai untuk berbincang tentang sikap baran suami. Nasihatkan suami. Buatlah manja manja dan senyum manis pasti buat suami cair. Zaman bercinta boleh gedik mengapa tidak bila dah halal.
    • Jadi contoh – biar isteri jadi contoh buat suami. Gunakan kaedah psikologi. Kalau isteri saya dia akan diam tak mahu bercakap sampai saya yang memujuk. Suami mana tak sayang isteri.
    • Jangan naikkan kemarahankenali suami luar dan dalam. Jangan sesekali naikkan kemarahan suami.
    • Doa – isteri mesti bersabar banyakkan berdoa agar suami tenang dan berubah. Dan isteri banyakkan baca al Quran agar tenang.

Buat suami yang baran, sedarlah baran tidak akan teguhkan rumah tangga. Dan berterima kasih lah pada isteri yang sangat memahami dan bersabar.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Bila isteri membebel Hari ini,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami