Aku Budak Kampung

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sudah melupakan asal usul? Sudah menjadi orang Kuala Lumpur? Tak mahu lagi pulang ke kampung? Tidak lagi mahu pulang ke baruh? Tak reti lagi makan budu? Itu antara soalan yang pernah dituju pada saya, jawapannya ‘TIDAK’, ‘Tidak sekali aku melupakan tempat asal aku’.

Aku Budak Kampung - Pantai Sri Tujuh
Aku Budak Kampung – Pantai Sri Tujuh

Aku budak kampung, dari Kampung Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan. Pernah menetap di Kampung Telaga Bata dan bersekolah setahun di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat. Aku budak kampung, yang selamanya tetap budak kampung. Anak Kelate yang mencari ilmu dan rezeki di ibu kota, Kuala Lumpur.

Tuah kita adalah berbeza bagi setiap insan, sebab berbeza tuahlah mewujudkan warna dalam kehidupan dunia ini. Tuah saya adalah membesar dalam keluarga yang amat bahagia di sebuah kampung yang penuh dengan onak dan duri. Yang hari-hari penuh dengan fantasi semata-mata.

Aku budak kampung yang suka akan baruh dan tali air. Baruh adalah tempat permainan, selain dari mandi, misi tangkap ikan ‘spilla/karin’ (ikan laga) adalah hobi. Kejar dengan lintah dan pacat sudah jadi sebahagian dari permianan ini. Selamat lintah tak pernah lagi masuk dalam bontot kami. Ikan laga yang ditangkap akan diletakkan dalam botol kicap berwarna hijau kehitaman. Berpuluh botol ikan karin bergantungan di alang kayu bawah rumah nenek.

Aku budak kampung - Anak kesayanganku
Aku budak kampung – Anak kesayanganku

Bila petang menjelma ‘Satria Perkasa Hitam’ (Kamen Rider), Gavan dan beberapa siri kartun lain akan jadi peneman jiwa di TV1, TV2 dan TV3 – zaman yang masih belum kenal astro. Watak-watak adiwira yang menjadikan aspirasi diri untuk menyelamatkan dunia, membuatkan aku selalu berangan untuk mendapat kuasa untuk melindungi orang tersayang dan dunia.

Bila tahu semua watak adi wira, itu hanya fantasi semata, aku beralih pula kepada movie Rambo, Comando, Combat dan lain-lain filem ketenteraan. Filem yang amat memberi kesan kepada diri ini sehingga habis zaman persekolahan. Sampai setiap kali cikgu bertanya akan cita-cita jawapan hanya satu – Askar. Tak dapat jadi adi wira, jadi askar pun dapat selamatkan nyawa.

Main-main juga, tapi setiap kali ada rewang atau kenduri, tidak pernah sekali lupa menolong. Itu didikan ma abah, jangan malas nak menolong kalau ada kenduri. Jangan tengok saja. Kalau tak tahu nak buat apa pun, ma abah akan tetap suruh duduk dekat ngan kawah kuali, tengok dan belajar.

Zaman kanak-kanak aku, memang penuh dengan fantasi dan bermain semata. Polis sentri, selipar kaki tiga, galah panjang, bola tin, mancing ikan dan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. Semua kenangan yang akan aku simpul rapi dalam ingatan yang menjadi sebahagian pembelajaran dalam hidup ini. Pelajaran yang menjadikan aku seorang manusia pada hari ini.

Terima kasih buat ma abah yang membesarkan aku selama ini. Jasa ma abah tidak mampu anak mu ini balas. Aku sayangkan kalian berdua selamanya. Ma abah dan adik beradik serta keluarga lain dengan bau tanah lumpur kampung selamanya segar di hati ini. Selamanya aku anak kampung.

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah

Belangkas Dua Sejoli

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku? Sudah tibakah semua ke destinasi yang hendak dituju. Esok 5 Mei 2013, semua warganegara Malaysia akan memelih untuk menentukan bakal pemimpin negara. Selamat mengundi semua.

Hari ini tidak banyak aktiviti saya, sekadar duduk di rumah sahaja. Melayan sepoi angin pantai yang menenangkan jiwa. Sepoi angin pantai menyapa muka dan membawa saya melupakan beban kerja seketika. Memang syahdu sesekali pulang ke desa. Tapi keseronokan agak kurang kerana terpaksa berjauh dengan anak isteri tersayang seketika.

image

Tadi sambil melayan perasaan. Sempat menangkap belangkas dua sejoli. Kalau dulu pakai merpati dua sejoli kali ni saya mahu tukar jadi belangkas dua sejoli, sebab tak jumpa merpati.

Belangkas sering dikaitkan dengan pasangan bercinta. Ayat yang biasa kita dengar iaitu mereka berdua itu bagaikan belangkas ke mana saja pasti bersama. Ini adalah kerana sifat semulajadi belangkas yang akan ke mana saja berpasangan.

Bagi yang tidak mengenali belangkas. Silalah search gunakan dato’ google. Insyallah akan membantu. Darah belangkas dikatakan ada potensi untuk digunakan untuk merawat penyakit dalam kajian sebuah universiti tempatan. Saya tidak pasti penyakit apa, insyallah akan saya updatekan kemudian.

image

Kalau tuan sangat bijaksana belangkas manakah yang jantan yang mana yang betina nya?

Selamat berkenalan dengan belangkas dua sejoli.

Assaalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya sudah menjadi pelanggan YES internet hampir setahun
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Hari Jumaat menjelma lagi, hari yang sememangnya ditunggu
Assalamualaikum and best wishes to all My Pals. I'm addicted. Yes, I'm already addicted. Don't