Paul George adalah pemain Basket Ball Professional untuk pasukan Oklahoma Thunder City. Peminat NBA pasti mengenali beliau yang pernah dianugerahkan 4 kali NBA All Star, 3 kali All-NBA Third Team dan NBA All-Defensive Team.

Paul yang merupakan seorang gamers tegar Playstation 4. Semuanya bermula apabila ayahnya menghadiahkan Playstation 2 semasa krismas. Perkenalan itu membuatkan Paul menjadi seorang gamers tegar.
Untuk kolabrasi kasut keluaran Nike ini, Paul bekerjasama dengan designer dari Nike dan Playstation untuk menghasilkan PG-2 Playstation Colourway. Mengambil inspirasi dari controller DualShock 4 PlayStation, kalau dilihat pada kasut ini ada simbol X, O, Button power dan lain-lain.