Tag Archives: kecantikan

Bulan Ramadhan Bulan Sihat : Sasaran Six Pack

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Alhamdulillah sudah sampai kita ke separuh Ramadhan kita lalui, tak lama lagi Syawal akan menjelma. Sekejap sungguh rasanya masa berlalu. Sungguh pantas masa mencemburui kita.

Bulan Ramadhan adalah bulan sihat, bulan dimana seluruh umat Islam berpuasa pada siang hari nya. Pada masa ini, organ dalaman iaitu organ percernaan makanan perut dan usus boleh berehat seketika. Rehat selama hampir 12 jam sehari selama sebulan.

Bulan Sihat : Nak six pack macam brock lesnar

Bulan Sihat : Nak six pack macam brock lesnar

Saya pun mempunyai impian sebelum Syawal ini yang saya harap akan tercapai iaitu Six Pack. Hahahaha… Bukan Six Pack sebenarnya, tapi cukup sekadar saya mencapai berat badan yang ideal dan menjadikan saya lebih selesa dengan badan saya.

Sekarang ini saya berat badan saya kalau masuk sukan tinju adalah dalam katagori Cruiserweight, hanya sedikit saja lagi untuk mencapai katagori Heavy Weight untuk lawan dengan Mike Tyson. Sasaran saya adalah untuk turun ke katagori Light Heavy Weight barulah saya mencapai berat badan ideal.

Untuk mencapai berat badan ideal, mulai bulan Ramadhan bulan sihat ini saya cuba untuk kawal pemakanan saya. Hanya mengambil makanan yang perlu sahaja semasa berbuka puasa dan bersahur, tidak berlebihan. Terutama nasi memang saya cuba kurangkan. Kalau ikut nafsu memang bulan Ramadhan ini semua mahu kita sebat.

Harapnya selepas berakhir Ramadhan ini saya dapat mencapai berat badan ideal. Dan mulai Syawal boleh saya mulakan kembali senaman rutin untuk capai kembali stamina yang hilang dan sasaran tertinggi adalah six pack.

Jom kita dapatkan berat badan ideal sempena bulan Ramadhan yang sihat ini dengan menggunakan panduan dari pakar bakar lemak dan pakar kecergasan.

Usah Diubah Ciptaan Yang Sempurna

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua…

Sebentar tadi ada terbaca satu petikan dari laman facebook seorang kawan tentang ‘seorang suami telah menyaman isterinya kerana hodoh dan menang’. Petikannya adalah berbunyi seperti berikut:

Ciptaan yang sempurna - tidak perlu pembedahan plastik

Ciptaan yang sempurna – tidak perlu pembedahan plastik

CHINESE MAN SUES WIFE FOR BEING UGLY, AND WINS

This is not new news….Northern Chinese resident Jian Feng divorced and sued his wife for $120,000 and won! The story goes that Mr. Feng was deeply in love with his beautiful wife until they had a baby girl.

Feng was horrified at how ugly the baby was and demanded to know who his wife had cheated on him with because the baby resembled neither of the parents.

It was only then that his wife confessed that she had received intense plastic surgery to look radically different. Feng divorced and sued his wife under the terms that she had gotten him to marry her under false pretenses!

Not only did the woman pay $100,000 for the surgery to make her pretty, she had to pay $120,000 to a guy who apparently only loved her for the looks she paid for.

Manusia adalah ciptaan yang sempurna. Tidak perlu ditambah atau diubah. Tapi sekarang ini banyak kejadian seperti di atas berlaku, sudah ramai manusia yang berani mengubah ciptaan yang sempurna untuk kelihatan lebih cantik. Berbelanja ratusan ribu ringgit bukan satu halangan bagi mereka, semata-mata untuk kelihatan cantik di dunia yang sementara ini.

Dalam Islam, tindakan mengubah ciptaan Allah swt adalah haram seperti mana firman Allah swt dalam Surah At-Tin ayat 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”

Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah swt. Manusia dijadikan khalifah di dunia ini dikurniakan akal dan pancaindera tidak seperti makhluk lain di muka bumi ini. Oleh itu, bersyukurlah atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah swt kepada kita. Hargailah setiap nikmat yang dikurniakan.

Ciptaan yang sempurna -sempurnakan lagi dengan akhidah dan akhlak yang mulia

Ciptaan yang sempurna -sempurnakan lagi dengan akhidah dan akhlak yang mulia

Ciptaan yang sempurna ini tidak perlu diubah, jangan terikut dengan dakyah barat yang sanggup berhabisan ribuan ringgit semata untuk kelihatan cantik. Kecantikan kita adalah pinjaman sahaja, hanya untuk sementara. Seiring dengan umur kecantikan luaran itu akan tetap dimamah usai kita, kecantikan yang abadi adalah kecantikan dalaman.

Sempurnakan ciptaan yang sempurna dari Allah swt ini dengan menambahkan kecantikan akhlak dan akidah kita. Insyallah hidup kita lebih bahagia.

Cantik : Wanita, Siapa Yang Cantik??

Tuan Puan rasa blog daddydee.net cantik tak?? Opss… Lupakan soalan ini.

Cantik menurut kamus dewan adalah bermaksud menarik dipandang; sangat elok;………

Saya sebagai seorang lelaki. Pasti ingin menceritakan perihal perempuan yang cantik. Bagaimanakah perihal cantik di mata anda semua??

Siapakah yang cantik?? Karena Kapoor? Helle Berry? Megan Fox? Fasha Sanda? Nora Danish? JLO? Shakira? Tata Young? Luna Maya??

Adakah ini cantik di mata anda??

Atau ini cantik di mata anda….

Atau adakah ini….

Adakah ini tidak cantik…..

Cantik adalah sesuatu yang abstrak. Cantik di mata anda, mungkin tidak cantik di mata dia dan saya. Citarasa dan definasi cantik adalah berbeza bagi setiap insan.

Yang membezakan cantik atau tidak sebenarnya terletak pada mata dan hati kita. Mata yang melihat dan menilai kecantikan seseorang itu dari segi luaran nya atau dari fizikalnya. Manakala hati akan menaksirkan kecantikan dalaman seseorang itu. Menilai peribadi dan sifat sebenar seseorang itu.

Bagi aku yang terbaik untuk menilai kecantikan adalah menggunakan kedua-duanya iaitu mengunakan mata dan hati. Penilai menggunakan mata dan hati insyallah akan menzahirkan satu keputusan yang lebih telus dan berkualiti. Terutama dalam mencari pasangan hidup.

Kalau kita scan orang gemuk dan juga orang kurus hasilnya lebih kurang begini seperti gambar di bawah……

Kurus atau gemuk kalau di x-ray nampak sama saja. Tulang-tulang yang sama akan kelihatan.

Sepertimana yang kita tahu : Allah itu cantik dan Allah suka akan kecantikan.

Itu adalah kenyataan. Tapi kecantikan yang dimaksudkan adalah kecantikan luar dalam yang semula jadi. Maksud kecantikan itu terlalu mendalam untuk dikupas.

Walaupun begitu, Jangan lah dek kerana nak terlalu cantik sampaikan kita mengubah ciptaan Allah swt. Sepertimana yang berlaku sekarang ramai orang perempuan terutamanya sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk mendapatkan kecantikan yang diinginkan sehinggakan ada yang mengetepikan hukum halal dan haram.

Ada yang sanggup memakai susuk, botox, pembedahan plastik dan memacam lagi. Jangan kita jadi begini. Cukup lah apa yang ada, dan terimalah seadanya.

Kecantikan luaran tiada kekal abadi. Tetapi kecantikan dalaman (akhlak) akan kekal sehingga akhir nyawa dan akan dikenang oleh masyarakat. Ingat Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Biarlah kita mati dengan nama yang harum.

Duhai wanita-wanita seluruh dunia, kalian semua cantik. Usahlah mengubah ciptaan agung Allah swt.

Hargai diri kalian wahai wanita. Dan para lelaki (suami terutamanya) hargailah pasangan anda dan terimalah seadanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...