Pengemis

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Jumaat lalu, selesai saja solat Jumaat, saya seperti biasa bersama teman sepejabat singgah sebentar di kedai mamak berdekatan ofis untuk mengisi perut yang kosong.

Sedekah

Sementara, menunggu makanan sampai kami di datangi oleh seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an. Wanita ini kelihatan masih sihat tubuh badannya, pakaian memang agak kurang senang bagai sudah lama tidak berbasuh, datang mendekati kami dengan menjinjing satu plastik berisi rambutan. ‘Bang minta seringgit nak buat makan’. Kami tidak melayannya, dan membiarkan dia berlalu, bukan kedekut tapi sebab terlalu ramai yang berbuat demikian.

‘Bang, minta seringgit nak buat makan’ kata pengemis wanita itu pada satu keluarga di meja yang lain. Kelihatan kakak di meja itu menghulurkan not seringgit kepada pengemis itu.

Lalu dia beralih ke meja yang lain pula. ‘Dik, minta seringgit nak buat makan’ ayat yang sama diulangnya.

‘Badan sihat pergi lah cari rezeki halal, tak malu ke jadi pengemis’ kata salah seorang lelaki yang duduk di meja tersebut. Agak lancang kedengaran tapi ada kebenarannya.

‘Aku minta seringgit je. Aku minta sebab nak rezeki yang halal.’ Pengemis wanita tadi mula naik angin. Panjang dia membebel. Satu kedai pandang ke arahnya. Dengan rasa tidak bersalah dia terus beredar dari kedai tersebut.

——Tamat—–

Tutup cerita pengemis wanita itu. Semakin hari saya lihat semakin ramai pengemis di sekeliling. Terlalu ramai ada yang warga tempatan dan ada juga warga asing. Pelbagai modus operandi yang mereka gunakan bagi menagih simpati dari orang ramai. Kalau dulu hanya di kedai-kedai makan, tepi jalan, masjid dan stesen bas saja kelihatan wujudnya pengemis tapi di pusat membeli belah yang besar juga ada pengemis.

Kenapa saya tidak memberi kepada pengemis? Bukan saya kedekut. Tapi kalau sejam duduk di situ boleh lihat 4-5 orang pengemis yang berlainan akan bersilih ganti. Kekadang tidak mampu lagi untuk membezakan mana yang betul-betul susah dan yang mana pula dari sendiket yang mengambil kesempatan. Mungkin kerana orang kita kaya dengan simpati yang telah dipergunakan oleh mereka yang tidka bertanggung jawab.

Sekarang ini, pilihan saya untuk menderma saya lebih memilih untuk terus menderma di masjid (atau insan yang benar-benar memerlukan). Biarkan pihak masjid yang mengagihkan nya seadil-adilnya. Dari saya memberi tapi mulut dan hati terus berkata-kata, lebih baik saya menderma di masjid tanpa syak wasangka. Menderma biar ikhlas bukan untuk menunjuk.

“Tangan yang berada di atas lebih baik dari tangan yang di bawah”

Entri ini hanyalah pendapat peribadi saya, bukan berniat ingin menghasut.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pada zaman saya sekolah dahulu, di kawasan luar
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi.... Senarai peserta bagi Giveaways Pertama Daddydee.net adalah : keretahitam jebengotai budakfelda
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan