Siapa Nak Bantu Aku?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Pagi tadi sementara menunggu isteri saya membeli sarapan pagi, saya terlihat satu makcik ini dengan wajah yang sangat sedih. Seperti kecewa. Sedang saya memerhatikan keadaan sekeliling, saya terdengar makcik tu berkata pada kawannya ‘Siapa Nak Bantu Aku Sekarang Ini?’. Kenapa dengan makcik ni ada masalah yang kritikal ke? Saya yang masih belum memahami masalah beliau, fikir sejenak. Dari perbualan mereka baru saya faham, rupanya makcik itu sedih kerana calon wakil rakyat yang beliau sokong telah kalah. Ya, saya tahu calon itu memang calon feveret di kawasan ini, tapi beliau tetap kalah.

Siapa nak bantu aku? hanya diri aku

Siapa nak bantu aku? hanya diri aku

Ok, saya tidak ingin mengupas pasal politik dan berbalik kepada topik asal iaitu ‘Siapa Nak Bantu Aku?’ seperti soalan makcik tadi. Jika soalan itu ditanya pada diri saya jawapan saya adalah ‘diri saya sendiri’. Bagi saya tiada siapa yang dapat membantu kita mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri. Diri kita saja yang mampu mengubahnya.

Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud,“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”.

Seperti yang dinyatakan dalam ayat diatas tiada siapa yang mampu mengubah nasib diri kita kecuali diri kita sendiri. Untuk kita membantu diri kita ke arah yang lebih senang dan selesa, ada beberapa perkara yang kita perlukan iaitu:

  • Ilmu – dengan ilmu yang kita ada kita dapat kongsikan dengan orang lain. Semakin banyak ilmu yang dikongsikan semakin banyak ilmu kita. Dengan ada ilmu mungkin kita boleh menulis e-Book.
  • Kemahiran – tidak semua orang berkemahiran sekarang ini, dengan kemahiran contohnya menjahit baju kita mampu mengambil upah menjahit baju.
  • Keberanian – keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru. Contohnya untuk melabur dalam stock market kita perlu memahami permainan stock market dan mempunyai keberanian.
  • Pengalaman – pengalaman adalah guru yang paling mahal. Dengan pengalaman kita mampu untuk menjadi lebih baik.
  • Persahabatan – persahabatan yang tulus ikhlas akan dapat membantu diri kita.

Bagi saya, ini adalah 5 perkara penting yang perlu ada dalam diri setiap orang yang ingin mengubah diri mereka. Ada lagi ke saudaraku? Silalah tambah.

Bagi saya ILMU adalah elemen paling utama yang kita perlukan untuk mengubah nasib diri kita. Dengan ILMU saja kita mampu untuk pergi lebih jauh. Walaupun pada masa kini ramai yang percaya kita perlukan “WHO YOU KNOW?” saya masih lagi pegang pada falsafah lama iaitu “WHAT YOU KNOW?”. Bagi saya WHO tidak banyak membantu kerana orang yang kita kenal tidak akan selamanya membawa kita keatas tapi dengan WHAT iaitu ilmu yang kita tahu membuatkan kita mampu untuk bertahan terus di atas. Betul tak?

Dan yang paling penting jangan lupa pada Allah swt. Berdoalah pada Allah swt insyallah akan termakbul. Tapi jangan lupa USAHA.

Kisah ini tidak ada kena mengena dengan makcik tadi, ianya hanya perkongsian pendapat saya. Bagi saya untuk mengubah nasib kita perlu berusaha bukan hanya mengeluh dan mengeluh kerana ia tidak akan mengubah apa-apa.

Bagi yang belum mencuba JOB DI RUMAH. Boleh lah mencubanya, mana tahu ia mampu mengubah hidup anda semua nanti.

Perubatan Moden vs Perubatan Tradisional

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera semuanya. Sayang kalian semua.

Doktor adalah merupakan satu cita-cita saya pada zaman kanak-kanak dulu, tapi apakan daya saya agak lemah semangat tengok darah. Darah sembelih ayam boleh la saya tengok, tapi kalau darah orang kena operate memang tak sanggup saya tengok. Saya jarang sangat tengok video pembedahan dan memang tak sanggup nak tengok movie horror cam series SAW tu. Saya akui.

Perubatan Moden

Perubatan Moden

Berbalik kepada perubatan moden vs perubatan tradisional, yang manakah lebih releven bagi anda semua? Adakah perubatan moden atau perubatan tradisional.

Perubatan moden adalah perubatan yang biasa di praktikkan di klinik dan hospital sekarang ini dengan menggunakan segala kemajuan teknologi dan sains. Manakala, perubatan tradional atau alternatif yang saya maksudkan adalah perubatan secara Islam yang menggunakan ayat suci al-Quran, bukannya perubatan cara Melayu lama menggunakan kemenyan, bomoh, puja, seru, ‘tok’ dan sebagainya.

Saya pernah menggunakan kedua-dua perkhidmatan tabib moden dan ustaz ini. Alhamdulillah. Pada pandangan saya, perubatan moden dan perubatan tradisional tidak dapat dipisahkan. Bagi saya ada penyakit yang boleh dirawat menggunakan kaedah moden tapi ada kalanya perubatan tradisional (Islam) adalah lebih baik. Terpulang pada keadaan dan penyakitnya. Contohnya, penyakit yang melibatkan gangguan Jin kita memerlukan ustaz untuk mengubatinya. Bukan begitu?

Saya mempercayai kewujudan jin walaupun saya tidak pernah melihatnya secara terus ini kerana saya mempunyai beberapa pengalaman dan juga dalil yang sahih yang terang dan nyata dalam al-Quran:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” Surah al-Dhariyat :56)

“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya Dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana Dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.”( Surah al-Jinn :6)

Pada saya, tidak salah kita mencuba kedua-dua kaedah bagi merawat penyakit yang kita hadapi. Jika gagal cara moden mungkin kita boleh cuba cara tradisional, rawatan Islam. Jika gagal cara perubatan tradisional kita cuba pula perubatan moden. Tidak salah kita mencuba. Kita berikhtiar dan berubat. Ingat Rasulullah saw ada berpesan:

“Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya”

(Riwayat Bukhari dan Muslim )

Tiada sakit yang tiada penawarnya kecuali tua dan mati.

Cuba berusaha dengan kedua kaedah perubatan moden mahupun perubatan tradisional pasti akan membuahkan hasil jika tepat. Yang penting kita berusaha dan mencuba. Jangan putus asa.

Ini adalah sekadar pandangan peribadi saya sahaja. Pandangan saudara mungkin berbeza. Jadi apa fikir saudara?

Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Tulisan Badan Merana Hentikan Tomahan Dan Fitnah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Vote for Malaysia

Vote for Malaysia

Apa khabar semua saudaraku? Sihat sejahtera bahagia aman sentosa senantiasa hendaknya.

Lagi 3 hari, untuk tiba 5 Mei 2013, satu tarikh yang amat ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, untuk memilih siapakah bakal menjadi peneraju negara yang baru. Siapakah yang akan mengemudi negara kearah negara maju dan Islam. Siapakah dia? Kita tentukan, inilah masanya.

Sana sini semakin rancak ceramah perdana sana sini. Semua wakil rakyat dan bakal wakil rakyat yang dulu batang hidung pun yang tidak kelihatan, kini turun bersama rakyat, setiap saat mereka habiskan untuk bersama rakyat. Pelbagai taktik mereka gunakan untuk memancing undi dari rakyat. Janji? Ya, sana sini bertaburan janji ditabur. Tunai belum tentu tertunai.

Perihal YB-YB saya tak mahu cerita, tapi mahu cerita tentang kita rakyat biasa. Saya lihat sana sini dalam laman sosial dan blog tersebar pelbagai tomahan dan fitnah. Kenapa saya katakan semuanya fitnah? Kerana semuanya tiada bukti yang kukuh, tiada usul yang kuat. Kalau dulu cikgu sekolah selalu berpesan kepada murid-muridnya ‘Jangan kerana mulut badan binasa’ sekarang ini saya tukarkan sedikit ‘Jangan kerana tulisan badan merana’. Hentikan tomahan dan fitnah melulu ini, jangan terlalu taksub.

Semoga kita dilindungi dari fitnah

Semoga kita dilindungi dari fitnah

Apa guna kita melakukan tomahan dan fitnah pada orang lain? Untungkah kita berbuat begitu? Berapa Juta Ringgit Malaysia kita dibayar untuk berbuat begitu? Bagi saya langsung tidak menguntungkan, bayangkan satu fitnah kita sebarkan satu dosa tercatit untuk kita, dan satu pahala tercatit untuk orang yang difitnah. Belum lagi orang lain pula menyebarkan lagi apa yang kita fitnahkan. Ingat laman sosial dan blog adalah satu viral, dalam satu saat tulisan itu boleh tersebar ke seluruh dunia. Bayangkan kalau sejuta mempercayai fitnah kita dan apa kita dapat? Tak lain dan tak bukan dosa sahaja. Ingat ‘Jangan kerana tulisan badan merana’, laratkah kita pikul tambahan dosa baru.

Kalau apa yang kita tulis itu bukan fitnah, tapi kebenaran ianya amat bagus dan amat berguna jika ianya bermanafaat. Tapi kalau ianya mengaibkan seseorang sama saja seperti fitnah. Ingat bahaya fitnah itu sama seperti membunuh. Tidak gitu ke saudaraku?

Saya ada terbaca ada seorang insan ini menyatakan ‘seorang pemimpin ini tidak menghafal 30 juzuk al-Quran’. Langsung saya tertanya-tanya siapakah insan yang menulis ini untuk menilai seorang pemimpin itu? Sejauh manakah insan itu mengenal pemimpin tersebut? Adakah insan itu menghafal 30 juzuk al-Quran? wallahualam.

Saya sendiri tidak menghafal 30 juzuk al-Quran. Saya hanya sekadar tahu membaca al-Quran. Dan banyak lagi ilmu mengenai al-Quran dan Islam belum saya pelajari, ilmu saya terlalu cetek. Sebab itu saya tidak ingin menilai sesiapa pun. Diri saya sendiri tidak betul siapalah saya untuk menilai orang lain. Lebih baik saya cerminkan diri, menilai diri sendiri mencari kekurangan diri. Itu yang terbaik bagi saya.

Hentikan tomahan dan fitnah, usah kerana tulisan badan merana. Ayuh kita bersatu dan fokus, usah menyebarkan api perpecahan yang merosakkan bangsa. Walau apapun, fahaman politik kita ayuh kita bersatu. Blogger we’re one.

Ayuh laksanakan tugas kita Ahad ini.

Hidup Perlukan Mentor

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Hidup perlukan mentor? Untuk apa mentor sebenarnya? Penting ke mentor? Hebat sangat ke mentor? Buat apa mentor, dia pun manusia juga? Itu soalan yang selalu bermain difikiran saya dulu. Program mentor mentee dalam sekolah mahupun universiti saya buat tak layan je. Saya buat hal saya saja.

Mengapa kita perlukan mentor dalam hidup?

Mengapa kita perlukan mentor dalam hidup?

Hidup perlukan mentor? Saya dulu malas yang amat untuk mengikuti program mentor saya. Kalau sepatutnya sebulan sekali saya jumpa mentor, pasti 3-4bulan sekali baru saya jenguk mentor saya. Mengapa? Saya sangka saya buat begitu kerana saya malas tetapi bukan nya saya malas. Tapi kerana saya sombong dan ego sebenarnya, sekarang baru saya menyedarinya.

Hidup perlukan mentor, bukan untuk membetulkan diri kita tapi sekadar untuk memperingati diri kita arah mana yang patut kita ambil. Kalau tanpa mentor pun hidup kita tetap akan capai matlamat, mungkin. Cuma ianya tanpa bimbingan yang jelas.

Hidup perlukan mentor? Mentor saya bukan hebat mana pun? Sebenarnya kalau kita berfikirkan begini sebenarnya kita adalah manusia bodoh. Tidak semestinya orang yang hebat layak menjadi mentor. Mentor adalah sebagai garis panduan semata. Mungkin hanya 95% yang dapat kita ceduk dari mereka. Mungkin juga hanya 1% yang dapat kita ceduk. Tapi ia tetap satu panduan ilmu yang amat berguna.

mentor jutawan

Buku Mentor Jutawan bagi panduan hidup kita

Kita mungkin tidak akan jadi sama dengan mentor kita. Mana mungkin. Apa yang jelas adalah sama ada lebih hebat atau kurang dari mentor kita. Tiada pendua.

Carilah mentor hidup anda untuk menjadikan hidup ini lebih bersemangat dan berinspirasi. Oklah, cukup dulu sampai sini, kalau berminat boleh dapatkan e-book mentor jutawan yang amat berguna. Saya ingin menembak sekitar Ipoh dulu. Choww.

Mengapa Saya Tolak Menjadi Guru Tuisyen

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sekadar berkongsi pengalaman saya suatu ketika dulu yang ingin menjadi guru tuiyen tapi saya terpaksa tolak pada peringkat akhir.

Saya pernah dapat offer untuk menjadi guru tuisyen part time dulu, tapi saya menolaknya di saat akhir. Masa itu saya baru berpindah dari tapak projek di Kuala Terengganu ke pejabat baru di Kuala Lumpur, perpindahan yang paling nekad pernah saya buat dengan menerima tawaran dengan potongan gaji hampir 15%. Bukan tambahan gaji tapi potongan gaji. Saya tetap terima kerana saya nak ubah laluan kerjaya saya.

Guru Tuisyen

Guru Tuisyen – Ajar yang terbaik

Tapi kehilangan 15% dari jumlah gaji lama, dengan perpindahan dari kota ke kota metropolitan yang kos sara hidup berlipat kali ganda. Maka saya nekad untuk mencari kerja part time, masa itu masih bujang jadi komitmen masa lebih banyak lapang. Saya memilih untuk menjadi guru tuisyen part time.

Saya memohon kerja tersebut dan berjaya. Tawaran telah saya terima tapi keputusan belum saya buat. Saya tenung dalam diri saya, saya ni tak lah pandai sangat. Bengong, gila, bengis dan sombong memang sudah sinonim dnegan saya. Mampukah saya mendidik mereka.

Sedangkan saya cuba adik saya dan anak buah saya, saya lihat seorang saja yang berjaya faham apa yang saya sampaikan dari 5 orang. Maknanya peratusan kejayaan saya adalah 20% sahaja. Ini kerana, pendekatan saya adalah dengan mengajak mereka berfikir dengan saya bukan menyuap mereka.

Matlamat asal saya hanya wang, tapi matlamat ibu bapa dan pelajar sudah pastinya A dan ilmu. Setelah saya fikirkan, saya rasa keikhlasan saya untuk mengajar pada masa itu adalah kurang kerana matlamat saya adalah wang. Ilmu memang elok dikongsi tapi kalau tidak ikhlas bagaimana?

Guru Tuisyen

Guru Tuisyen

Tenung punya tenung akhirnya saya menolak untuk jawatan guru tuisyen itu. Bukan kerana saya tidak mampu mengajar, bagi saya baik Math, Add Math, Sejarah atau Fizik bukan masalah bagi saya. Tapi kesediaan dan keikhlasan saya untuk mengajar itu yang tiada. Matlamat wang saya mungkin akan tercapai tapi bagaimana dengan matlamat ibu bapa dan pelajar?

Bagi saya dalam mengajar tidak kita umur audien kita sama ada kanak-kanak, remaja atau adult, keikhlasan dalam mengajar itu perlu ada. Keikhlasan dalam mengajar pasti akan membuatkan suasana pembelajaran itu lebih menyeronokkan dan capai matlamat bersama.

Belajar untuk A

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sihat belaka serta berbahgia disisi yang tersayang. Belajar untuk A atau untuk ilmu? Mana satu pilihan kita?

Belajar untuk A

Belajar untuk A

Saya pasti ramai yang akan memilih belajar untuk A . Belajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang, dapat menjejakkan kaki ke universiti yang terbaik dan bekerja makan gaji besar. Ini yang banyak diterapkan kepada anak-anak dalam masyarakat kita.

Ramai ibu bapa juga sanggup berhabisan ratusan malah ribuan ringgit untuk menghantar anak ke kelas tuisyen terbaik bagi memastikan anak mereka belajar untuk A, berjaya mendapat A. Kekadang jadual anak menjadi begitu padat sekali, pagi sekolah disambung dengan kelas agama sebelah petang dan tuisyen sebelah malam. Sampaikan masa untuk riadah langsung tiada. Aktiviti kokurikulum juga kosong.

Soalan pertama yang akan ditanya oleh kenalan, saudara atau jiran setiap kali keputusan peperiksaan baik UPSR, PMR atau SPM adalah ‘Dapat berapa A?’ Bukannya ‘Bagaimana keputuasan peperiksaan?’. Betul kan? Ramai yang bertanyakan sebegitu. Dab lagi teruk jika diperbanding-bandingkan dengan orang lain. Membuat perbandingan dengan orang lain bukan satu langkah bijak sebenarnya. Tindakan ini hanya lebih kepada menjatuhkan moral.

Yang lepas biarkan berlalu, tiada yang dapat diubah. Lebih baik kita memberikan semangat baru untuk mereka lebih fokus untuk membina masa depan bukannya mengenang kegagalan kecil. Ramai orang yang berjaya sebenarnya bermula dengan kegagalan. Ingat ‘Berapa kali kita terjatuh tidak penting tapi yang penting adalah bagaimana kita bangun semula setiap kali terjatuh’.

Bukan ingin mengata sesiapa tapi sekadar berkongsi rasa, saya rasa ada baiknya kita ubah sikit matlamat menghantar anak ke sekolah dari belajar untuk A kepada belajar untuk berjaya dalam hidup.

Belajar untuk berjaya itu skopnya lebih luas kerana tidak mendapat A bukan bermakna tidak berjaya. A bukan simbol kejayaan. Kejayaan adalah bagaimana kita untuk survival dalam arus dunia kemodenan yang serba mencabar ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...