Negetif atau Positif

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Melihat dari sudut pandang yang berbeza adalah amat penting. Bagi saya, saya mahu melangkah di tahun 2016 ini dengan lebih positif. Menjadi manusia yang berfikiran positif.

Harapnya pemikiran positif dapat kekal dalam diri saya selamanya.

Negetif atau positif (sumber: wapannuri.com)
Negetif atau positif (sumber: wapannuri.com)

Negetif atau Positif?

Pilihan ada di tangan kita, kita yang menentukan. Mana yang kita mahu pilih menerima secara yang tenang terbuka atau melatah meroyan.

Sedar atau tidak, kita seringkali mengambil banyak perkara dari sudut pandang yang negetif. Betul tak?

Bila kita melihat orang seseorang dengan t-shirt pagoda dan selipar jepun masuk mall mewah, apa kata hati kita masa tu? ‘Duit tak ada masuk mall mewah?’

Jangan jangan orang itu lebih berduit dari kita. Don’t Judge Book By It’s Cover.

Bila kita tengok orang bercerita yang dia berjaya beli rumah berharga RM 4juta. Apa kita cakap?

‘Ala Riak. Allah swt nak uji kau je tu. Tengok bila kau jatuh nanti.’

Kan? Betul tak?

Kenapa kita tak doakan agar kita akan berjaya juga suatu hari nanti? Orang yang di atas hari ini ada kisah duka dan perit semasa di bawah.

Sama seperti kita jua.

Apa beza dia dan kita? X-ray lah diri. Muhasabah lah diri.

Pilihan di tangan kita, mahu negetif atau positif dalam memandang dan menerima sesuatu perkara.

USAHA, DOA dan TAWAKAL.

Semoga 2016 kita jadi insan yang lebih berjaya dan jadi Insan yang lebih maju.

Kisah Budak Kampung Yang Bodoh

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Budak Kampung Yang ‘Bodoh’…

‘Bodo mung’ dah lali aku dengar. Dah jadi makan pakai aku.

Ayat yang biasa sangat aku dengar baik dari kawan sebaya atau yang lebih dewasa. Tapi aku anggap ia sebagai gurauan. Aku sudah masak, sudah lali dengan semua itu.

Aku ingat semua berhenti di situ. Tapi tak…

‘Baso bodo dok reti aku nak ajar doh’ ada juga cikgu aku yang merungut pada aku. Ya, jiwa kecil aku penuh dengan bangkangan. Maafkan aku cikgu cikgu. Dan terima kasih cikgu cikgu sebab ajari aku.

Memang aku agak lembab dalam kelas bahasa, baik bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Dan itu juga salah Satu sebab aku mengelak masuk ke Sekolah Arab seperti mana yang abah mahukan. ‘Maafkan aku, abah’.

Maafkan Aku Kerana Tipu Ma

Ma tahu aku lemah dalam sesetengah mata pelajaran, Ma pernah menyuruh aku ke kelas Tuisyen.

‘Mu gi la ke kelas tuisyen tu. Ma dengar ramai yang gi kelas tuisyen berjaya. Nanti Ma wi duit.’ Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata Ma.

‘Kalau Mu tak se gi Tuisyen Tumpat, Mu gi Tuisyen Kota Bharu deh’ sambung Ma aku lagi.

Aku hanya mengangguk. Ma memberikan duit tambang bas dan duit yuran. Ma nak aku berjaya. Aku tahu dari kata-kata dan mata Ma masa dia bercakap dengan aku. Penuh harapan.

Esok hari aku ke Kota Bharu, menaiki bas bersama seorang kawan. Niat memang nak ke Kelas Tuisyen dengan beg galas dan buku nota.

Dalam bas aku berkira-kira. Yuran tuisyen kalau tak silap aku masa itu lebih kurang RM35 sebulan untuk beberapa mata pelajaran PMR. Aku kira kalau selama 2 tahun Ma perlu biaya Tuisyen aku memang teruk juga.

Akhirnya aku nekad ke kedai buku dan membeli beberapa buku rujukan sahaja. Aku langsung tak pijak ke kelas Tuisyen.

Balik ke rumah aku cakap ‘Ma kelas tuisyen penuh doh. Kalau nak daftar tahun depan’. Aku ciptakan alasan dan menipu ma aku. 

Kerana Cabaran Aku Menapak Maju

‘Long, tak pandai jaga anak. Anak long semua tak gi jauh ngaji. Lawa tapi tak pandai’ Itu kata-kata yang keluar dari mulut saudara aku sendiri. Pedih aku mendengarnya.

Dan kerana kata-kata itu aku berusaha nak buktikan aku boleh dan aku anak Ma yang boleh berjaya seperti orang lain. Alhamdulillah keputusan PMR membuatkan aku boleh masuk ke MRSM.

Syukur alhamdulillah aku telah buat Ma Abah tersenyum walaupun aku pernah menipu mereka.

Ia tak berakhir di situ, semasa aku nak melangkah ke Matrikulasi sekali lagi aku di cabar.

‘Gi ngaji ni belajar jangan mengorat pula, tau anak mak long semua laku-laku’ sekali lagi Ma aku di sindir. Memang berapi telinga dengar.

‘Aku akan buktikan pada semua orang anak Ma Abah aku pun boleh berjaya’

Budak Kampung Yang Bodoh

Aku budak kampung yang ‘bodoh’, yang bertuah lahir dalam keluarga yang sederhana, anak ma abah. Dulu di panggil ‘adik’ sebab kononnya bongsu, tapi bongsu tak jadi. Ada lagi 3 adik aku bawah aku.

Syukur alhamdulillah… aku yang dulu kecil sekarang sudah mula kembang. (Tengok gambar di bawah… hasil sebelum dan selepas)

Step pertama telah lama selesai, step kedua juga telah selesai. Insyallah akan melangkah ke step ketiga.

Kenapa aku nak juga melangkah ke step ketiga?

Untuk kepuasan diri. Itu saja.

Biar ada kawan tanya ‘Untuk apa kau sambung belajar?’. Dan ada saudara bertanya ‘Boleh naik gaji ke?’.

Aku tiada jawapan untuk keduanya. Aku hanya mencapai kepuasan diri dan membuat ma abah tersenyum. Itu sudah cukup buat aku.

Sudah dua kali aku buat mereka tersenyum. Insyallah akan aku buat mereka terseyum buat kali ke-3.

Budak Kampung Yang Bodoh Pun Boleh Berjaya
Budak Kampung Yang Bodoh Pun Boleh Berjaya

Hidup ini tidak mudah segalanya perlukan usaha.

Biar apa orang nak kata tapi jadi apa yang kita nak jadi.

Terima kasih buat Ma Abah, Isteri, Anak-anak serta keluarga kerana sentiasa menyokong aku selama ini. Terima kasih.

Kenapa Perlu Tukar Kerja

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Apakah matlamat tukar kerja?
Apakah matlamat tukar kerja? (ihsan: google)

Kali ini saya ingin berkongsi pandangan dan pengalaman saya sendiri sepanjang menempuh dunia pekerjaan ini, tukar kerja pasti bukan suatu benda yang asing lagi dalam hidup saya sebenarnya. Tambahan jika di awal-awal sayan berada di dalam dunia pekerjaan dulu tapi sekarang pemikiran saya sudah berubah, mungkin juga pengalaman mematangkan diri saya.

Jujur saya katakan saya adalah manusia yang panas baran, sesiapa yang mengenali saya secara peribadi mungkin tahu hal ini. Dulu, saya cukup pantang di cabar atau berasa kurang selesa dengan keadaan atau suasana pasti saya akan memilih untuk tukar kerja, sanggup naik turun pejabat untuk temuduga demi satu kepuasan iaitu ‘WANG’. Wang adalah faktor utama beralih arah dalam kerjaya.

Kunci kejayaan terletak pada diri kita. (Sumber: Google)
Kunci kejayaan terletak pada diri kita. (Sumber: Google)

Ok, tutup cerita saya, apa yang saya ingin kongsikan disini adalah beberapa persoalan yang perlu ditanyakan pada diri saudara sekalian sebelum tukar kerja:

  • Apakah matlamat kita dalam kerjaya ini? – Bagi saya matlamat adalah persoalan utama dalam kerja, pastikan kita mempunyai matlamat kita sendiri bukan sekadar pergi kerja balik kerja dapat gaji sahaja. Ini juga mengelakan kita dari duduk diam di zon selesa.
  • Apakah syarikat akan dapat membantu kita mencapai matlamat kita? – Setiap syarikat mempunyai visi, misi dan polisi mereka yang tersendiri, jadi pastikan ia adalah selari dengan matlamat kita.
  • Berapa lama jangka untuk mencapai matlamat? – Tetapkan tempoh masa yang akan kita perlukan untuk mencapai matlamat.
  • Adakah khidmat dan kemahiran kita benar-benar diperlukan? – Biasanya pada awalnya kita akan bersemangat untuk berkhidmat dan menyumbang segala jasa dalam membangunkan syarikat, tapi adakah kita benar diperlukan?
  • Adakah pendapatan yang diberikan adalah bebraloi? – Pendapatan jangan dilihat dari segi duit semata lihat juga dari segi pengalaman, ilmu dan peluang yang disediakan oleh syarikat.

Saya sendiri jarang bertanyakan soalan soalan ini pada diri saya sebelum saya tukar kerja, kebanyakan sebab saya tukar kerja adalah kerana tidak tahan dengan kerenah seseorang dalam organisasi itu, tidak kiralah orang itu bos kita atau rakan sejawat. Dan adakah dengan menukar kerja masalah saya akan selesai? Jawapanya adalah TIDAK. Kerja saya tidak boleh mengharapkan orang lain menyukai diri saya dan dapat menerima saya tapi saya yang mesti menerima diri saya dan cuba ubah diri agar diterima oleh orang lain. Saya tidak dapat mengubah orang lain tapi dapat mengubah diri sendiri. Sekian.

Malaysia – Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah dalan tak sedar sudah 57 tahun negara kita merdeka dari sebarang penjajahan, berapa untungnya kita anak Malaysia yang lahir selepas merdeka, tidak merasa perih getir yang dihadapi oleh nenek moyang kita dulu.

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta – sejujurnya bunyi nya agak pelik tapi saya percaya ada ianya membawa maksud yang baik. Mungkin tujuan utama motto ini dipilih adalah agar rasa sayang dan cintakan negara dikalangan muda mudi lebih mendalam selepas ini. Lebih menghargai keamanan dan kemerdekaan yang kita kecapi. Rasa cinta pada perpaduan tanpa mengira bangsa agama dan politik mungkin itu yang mahu diterapkan.

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta – wahai muda mudi dan belia, bermula sebuah cinta adalah cinta kepada negara, bukan cinta tanpa ikatan perkahwinan. Seperti yang diketahui umum, malam ambang kemerdekaan dan ambang tahun baru adalah malam yang akan memperlihatkan meningkatnya kes khalwat pada malam tersebut. Dan lebih menyedihkan kes buang bayi juga meningkat. Ayuh anak muda kebanggaan Malaysia, kita sudah merdeka jangan pula kita membiarkan minda kita terus dijajah. Ayuh merdekakan diri merdekakan minda bangkit menjadi anak muda yang berjaya.

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta – jadikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-57 untuk kita melakukan transformasi diri menjadi manusia yang lebih berguna kepada agama bangsa dan negara. Menjadi seorang rakyat yang benar cintakan negara dan perpaduan. Ayuh bangkit, bangkit kita menjadi sebuah negara yang berjaya di mata dunia.

Contest Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta anjuran Denaihati.com

Liku Laluan Kejayaan

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Lama sudah saya menyepi, tidak sebegitu aktif lagi menulis kerana ada hal yang lebih penting yang perlu saya uruskan. Sedar tidak sedar sudah setahun setengah saya tidak mengaktifkan diri dalam dunia penulisan, bukan saja tidak aktif menulis malah tidak lagi aktif membaca blog, lama sudah tidak melompat dari blog ke blog dan tinggal tapak berjejak.

Liku laluan kejayaan
Liku laluan kejayaan

Selama tempoh saya berdiam diri juga, saya lihat sudah ramai sahabat saya dalam dunia blog dan juga dunia nyata mencapai kejayaan demi kejayaan. Tahniah buat semua sahabat. Saya bangga dengan kalian semua, saya doakan kalian semua akan terus berjaya dan berjaya.

Kejayaan itu memang indah, teramat indah yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Tapi disebalik kejayaan itu hanya orang yang melaluinya saja mengetahui, dalam mengejar kejayaan pasti ada onak durinya. Ada pengorbanan yang diperlukan. Setiap insan yang ingin berjaya mereka perlu berhadapan dengan liku laluan kejayaan.

Untuk berjaya bukan suatu yang mudah, kekadang kita perlu menjadi unik, menjadi tidak seperti yang insan lain terfikirkan. Kita perlu mereka laluan yang berbeza, kebezaan itu akan memberi kata dua kejayaan atau kegagalan. Tapi jika kita benar berusaha dan berjuang dengan matlamat yang jelas dan nyata serta ikhlas, Insyallah kejayaan itu pasti milik kita.

Apa  yang penting, jangan kita patah hati dan putus ada untuk berhadapan dengan liku laluan kejayaan. Hadapilah semua dengan tenang, tiada masalah yang tiada penyelesaian. Jika kita buntu, kembalilah kepada Allah swt. Insyallah….Kejayaan adalah milik kita.