Liku Laluan Kejayaan

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Lama sudah saya menyepi, tidak sebegitu aktif lagi menulis kerana ada hal yang lebih penting yang perlu saya uruskan. Sedar tidak sedar sudah setahun setengah saya tidak mengaktifkan diri dalam dunia penulisan, bukan saja tidak aktif menulis malah tidak lagi aktif membaca blog, lama sudah tidak melompat dari blog ke blog dan tinggal tapak berjejak.

Liku laluan kejayaan
Liku laluan kejayaan

Selama tempoh saya berdiam diri juga, saya lihat sudah ramai sahabat saya dalam dunia blog dan juga dunia nyata mencapai kejayaan demi kejayaan. Tahniah buat semua sahabat. Saya bangga dengan kalian semua, saya doakan kalian semua akan terus berjaya dan berjaya.

Kejayaan itu memang indah, teramat indah yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Tapi disebalik kejayaan itu hanya orang yang melaluinya saja mengetahui, dalam mengejar kejayaan pasti ada onak durinya. Ada pengorbanan yang diperlukan. Setiap insan yang ingin berjaya mereka perlu berhadapan dengan liku laluan kejayaan.

Untuk berjaya bukan suatu yang mudah, kekadang kita perlu menjadi unik, menjadi tidak seperti yang insan lain terfikirkan. Kita perlu mereka laluan yang berbeza, kebezaan itu akan memberi kata dua kejayaan atau kegagalan. Tapi jika kita benar berusaha dan berjuang dengan matlamat yang jelas dan nyata serta ikhlas, Insyallah kejayaan itu pasti milik kita.

Apa¬† yang penting, jangan kita patah hati dan putus ada untuk berhadapan dengan liku laluan kejayaan. Hadapilah semua dengan tenang, tiada masalah yang tiada penyelesaian. Jika kita buntu, kembalilah kepada Allah swt. Insyallah….Kejayaan adalah milik kita.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Melihat dari sudut pandang yang berbeza adalah amat
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah

Usaha Sendiri Lebih Baik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Selama tiga tahun dalam bidang senggaraan dan secara tidak langsung membantu membangunkan usahawan, pelbagai ragam usahawan yang telah saya temui ada yang saya boleh tabik spring ada yang saya hanya mampu senyum sumbing. Pelbagai ragam yang memeningkan kepala dan majoriti satu bangsa dengan saya satu agama dengan saya.

Usaha Sendiri untuk meniti kejayaan dalam perniagaan
Usaha Sendiri untuk meniti kejayaan dalam perniagaan

Saya masih ingat lagi saya pernah bertanyakan kepada salah satu usahawan, “Kenapa tidak laporkan kepada pihak kami?” lalu usahawan itu menjawab “Usaha sendiri lebih baik, jika sudah tersepit dan perlukan pertolongan sangat saya akan mohon bantuan”. Itu adalah usahawan yang mempunyai sifat dan semngat yang tegus yang mahu usaha sendiri terlebih dahulu.

Lain pula cerita dengan salah satu pihak lagi usahawan yang mempunyai pemikiran yang jauh berbeza, antara perkataan biasa mereka adalah “Kamu kata mahu bantu kami?”, “Kami perlukan pinjaman yang lebih besar untuk membesarkan perniagaan?”, “Kat sini tiada pelanggan?”, “Tiada pelanggan yang sudi?”, “Tolong lah buat promosi besar-besaran” dan lain-lain.

Pelbagai usaha yang dilakukan tapi mereka tetap sama, promosi dan program dijalankan tapi mereka sendiri tidak melakukan promosi. Mereka yang tiada usaha untuk melakukan promosi secara yang lebih aggresif. Promosi promosi promosi adalah salah satu kejayaan sesuatu perniagaan.

Selain dari promosi, mutu sesuatu produk juga memainkan peranan dalam perniagaan. Pelanggan sekarang ini semakin pandai menilai sesuatu produk, mereka menilai harga seiring dengan kualiti. Sebagai contoh kedai makan yang menyediakan makanan yang lazat dan suasana yang selesa, pelanggan akan sanggup membayar lebih untuk makanan dan suasana. Ini adalah realiti hari ini.

Satu lagi cuba cari kelaianan, kenapa orang mesti membeli produk daripada kita? Apakah kelebihan kita? Kelainan itulah yang akan menjadi kekuatan dalam perniagaan kita. Eksperimen demi eksperimen akan memberikan kita jawapan terbaik untuk kita.

Apappun usaha sendiri lebih baik, memberikan kita kelebihan kita dan mematangkan pemikiran kita.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Pengalaman pertama menjadi peniaga jalanan yang bakal aku
Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Semua Saudaraku.... Hari ini genap seminggu kita semua mengerjakan
Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian... denaihati.com Denahati.com satu

Tiada Alasan Untuk Berjaya

Assalamuakum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

Kita suka menciptakan alasan, alasan itu dan alasan ini. Segala buah fikiran kita perahkan untuk menciptakan alasan. Perbagai alasan kita ciptakan agar kita kelihat hebat dan bergaya. Kita sememangnya suka ciptakan alasan. Alasan yang menjadikan alasan untuk kita tidak berjaya.

Tiada alasan
Tiada alasan

Apabila melakukan kesalahan kita akan ciptakan alasan untuk melihatkan kita betul, agar kita tidak kelihatan seperti LOSER. Agar kelihatan cantik segalanya. Tapi dalam kita tidak sedar apabila kita ciptakan alasan untuk membetulkan hal yang salah kita sebenarnya adalah LOSER. Lebih LOSER apabila seseorang yang suka menjadikan orang lain sebagai kambing hitam untuk kesalahan mereka.

Tiada alasan untuk berjaya dalma dunia ini. Hentikan ciptakan alasan fantasi yang tidak releven, buang masa semua itu. Dari fikir untuk ciptakan alasan sebaiknya fikirkan jalan terbaik untuk keluar dari satu masalah kerana semua masalah ada solusi nya. Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya kecuali maut.

Kita sering cakapkan ‘Aku tak tahu’. Dan bila di tanya lagi sama jawapan nya ‘Aku tak tahu’. Setahun kemudian ditanya lagi ‘Aku tak tahu’.

Tak tahu tanya, Tak tahu belajar, Tak tahu ambil tahu….. Insyallah kita akan berjaya. Jangan lagi memberikan alasan, menciptakan alasan. Tiada alasan lagi untuk kita tidak berjaya jika kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam apa jua bidang yang kita sertai.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Melihat dari sudut pandang yang berbeza adalah amat
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah

Contest SEO Eridy

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku….

Contest SEO kembali lagi kali ini adalah Contest SEO Eridy yang dianjurkan oleh Eridy.com. Lama juga saya sudah tidak menceburkan diri dalam Contest apatah lagi Contest SEO.

Saya sebenarnya masih lagi newbie dalam SEO ni, bak kata orang tua-tua masih lagi budak ingusan dalam SEO ini. Banyak lagi yang perlu saya terokai dalam dunia SEO dan blogging ini. Penyertaan Contest SEO ini adalah percubaan saya bukan nak menang tapi kalau dah menang itu rezeki. Melihat ramai otai-otai SEO telah join Contest SEO Eridy ni rasa geram dan gatal tangan pula saya nak turut sama memeriahkan.

Contest SEO Eridy
Contest SEO Eridy

Contest SEO Eridy: Tips Untuk Menang

Bukan nak berlagak bukan nak sombong. Saya rasa setiap peserta Contest SEO Eridy pasti telah memasang stategi, teknik dan taktikal yang hebat hebat belaka. Itu pasti.

Lihat saja nama peserta setakat ini bukan calang-calang semuanya, ada yang telah menjadi penulis E-Book SEO yang tak perlu saya sebutkan lagi nama gergasi SEO ini. Dan ramai juga peserta contest kali ini adalah alumni kelas WordPress Akedemi Denaihati. Dengarnya dalam seminar WordPress ini banyak juga ilmu SEO terhebat didedahkan, saya pun rugi tidak sempat lagi sertai seminar ini.

Apapun sedikit tips untuk menang yang saya ingin kongsikan untuk contest SEO Eridy adalah:

  • Jangan Putus Asa
  • Jangan Takut Mencuba
  • Jangan Mudah Jemu
  • Berusaha-Berusaha-Berusaha dan Terus Berusaha

Ini adalah tips untuk hidup dalam dunia ini dan dunia blog.

Habuan Contest SEO Eridy

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Untuk maklumat lanjut boleh ke blog Eridy.com

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Syukur Alhamdulillah, kita sudah hampir ke penghujung bulan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sejak awal bulan Julai 2013 saya cuba sebaik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Jangan beli ebuku Teknik SEO Merah Jambu, sejujur

UPSR Dapat Mini

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Telah lama saya impikan kejayaan. Berjaya mendapat semua A dalam UPSR adalah impian saya. Menjadi salah seorang pelajar yang mendapat semua A dalam UPSR di Kelantan. Biar ma abah bangga sikit.

‘Kalau saya dapat semua A, dapat apa abah?’ tanya saya pada abah masa abah tengah minum biskut cicah air teh kegemarannya.

‘Mu nak gapo?’ (Apa kau mahu?) tanya abah saya.

‘Nak kereta mini abah.’ jawab saya dengan muka tersengih cam kerang busuk mengharapkan jawapan dari abah. Abah hanya mengangguk. Gembira hati tak terhingga.

Jujur semasa jawab soalan UPSR saya jawab bersungguh-sungguh dan tawakal. Dalam otak saya hanya fikir berjaya dalam UPSR dapat mini. Wah memang best.

Hari di tunggu sudah tiba, saya kayuh basikal dengan senyum kambing. Dalam kepala hanya ingatkan kereta mini. Indahnya kalau dapat kereta impian.

UPSR dapat Mini
UPSR dapat Mini

‘Wowwww’ jerit saya sebaik saja dapat keputusan UPSR. Gembira sangat hati ini. Hebat.

Sampai saja dirumah saya terus mencari abah sambil terlompat-lompat. Tapi hampa abah tiada di rumah. Mesti abah dah lari dari nak beri hadiah. Abah memang banyak akal. Kecewa.

Baru nak merajuk dengan abah tiba-tiba ada suara dari belakang. ‘Hah….’ suara abah sambil beri satu bungkusan.

‘Dapat 3A abah’ saya sambung lagi. ‘Boleh hadiah juga?’

Bukan A abah ukur tapi usaha yang dah buat. Belajar bersungguh tu dah cukup. Abah tau mu dah buat yang terbaik. Ambillah. Jangan putus asa.’ Jawapan yang lembut tapi amat padu dari seorang abah.

Saya amat gembira sesesangat kerana dengan keputusan UPSR dapat mini 4wd impian saya selama ini. Lepas ini saya boleh lumba dengan kawan kawan. Walaupun hanya sebuah Audley ianya amat bernilai bagi saya.

Terima kasih abah.

Posted from WordPress for Android

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Keputusan UPSR Tahniah pada semua adik-adik yang telah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah
Seorang nelayan di botnya sedang menjala ikan di sungai terlihat seorang lelaki di tepi sungai