Elemen Kejutan Untuk Eratkan Cinta Kekasih Halal

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Cinta itu memang indah dan membahgiakan terutama mencintai kekasih halal. Kekasih yang halal dicintai, ditatap dan halal segalanya selepas sahnya akad. Memang indah. Tak percaya tanyalah yang dah ada kekasih halal.

Elemen Kejutan - Semua sukakan kejutan
Elemen Kejutan – Semua sukakan kejutan

Pokok yang tumbuh perlu juga dibajai sesekali perlu juga gemburkan tanahnya, siram jangan sesekali dilupa dan pancaran matahari juga. Kesemua elemen perlu dalam memastikan pokok yang ditanam itu subur segar dan mengeluarkan bunga yang cantik dan berseri.

Begitu juga dengan pokok cinta, benih cinta yang telah tersemai perlu dibajai dan disiram dengan kepercayaan, kasih sayang dan rasa hormat barulah ia bertambah mekar harum. Sesekali elemen kejutan juga diperlukan dalam menyemai benih cinta.

Dalam musim perang gadjet yang tengah menggila sekarang ini, mungkin boleh dijadikan gadjet sebagai hadiah. Pembelian gadjet dalam talian seperti dari laman Lazada mungkin boleh dipilih untuk tambahkan elemen kejutan.

Kenapa beli dalam talian? Kenapa tak beli dari kedai dan bungkus serta berikan saja?

Bagi saya, pembelian secara dalam talian menambahkan lagi rasa suspen dan terharu terhadap penerimannya. Sebagai contoh, orang perempuan biasanya pentingkan tarikh, setiap tarikh satu-satu detik indah mereka akan ingat. Cuba bila sampai tarikh itu jangan ucapkan apa-apa dan hadiahkan apa-apa, tetapi menggunakan perkhimatan belian dalam talian seperti Lazada untuk menghantarkan hadiah gadjet yang dibeli ke pejabat pasangan kita. Pasti pasangan kita akan lebih terharu.

Lagi pula, dari apa yang saya perhatikan sesetengah gadjet yang dijual di laman Lazada adalah lebih murah dari harga di kedai. Jadi kenapa nak habiskan minyak kereta di saat harga minyak petrol tengah mahal dan terperangkap dalam kesesakan, kan mudah kalau beli dari dalam talian saja? Bukan gitu?

elemen kejutan - ada ke yang nak hadiahkan saya iPhone5s
elemen kejutan – ada ke yang nak hadiahkan saya iPhone5s

Bayangkan tengah sibuk dengan tugasan di pejabat, tetiba terima bungkusan hadiah gadjet impian yang dikirimkan oleh kekasih halal anda. Pasti akan tersenyum lebar seharian. Kerana terima gadjet impian tidak terduga dengan cara tak terduga.

Harapnya adalah yang sudi untuk hadiahkan iPhone5s untuk saya. Ada tak?

Bagi pasangan suami isteri bersama adalah sebahagian dari aktiviti mereka, tapi sedarkah kita walaupun sering
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di

Mudahnya Mencari Kekasih Halal

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Cinta adalah salah satu persoalan dalam hidup kita. Semua orang mahu dicintai dan mencintai. Mencari kekasih halal juga bukan suatu yang mudah dan bukan suatu yang susah.

Orang dulu mungkin tidak fikir sangat soal mencari kekasih halal kerana banyak yang orang tua buat pilihan. Bagi orang dulu pilihan mak ayah lebih tepat. Tapi ramai lagi kah orang zaman sekarang yang serahkan soal jodoh pada mak ayah? Rasanya lebih ramai yang suka memilih sendiri pasangan mereka.

Jika dulu, surat menjadi penghubung. Jika jauh mereka akan pos dan setem, jima dekat mungkin hanya serahan tangan. Tak kurang juga yang bubuh bedak dalam surat, ada buat ke?

Mudahnya mencari kekasih halal
Mudahnya mencari kekasih halal –Makcik yang cantik dan menawan (sumber)

Zaman ini juga ada dijual kertas berbunga dan sampul berbunga. Ada sesetengah itu siap ada bau wangi dah tak perlu tuang bedak. Buka saja surat boleh terbahak-bahak batuk sebab bedak terlebih sudah.

Peralihan zaman dan teknologi semakin pintar dari surat beralih pula telefon rumah dan telefon awam. Sanggup tak makan nak kumpul syiling untuk dengar suara kekasih hati. Sampai ada yang beratur panjang di pondok telefon awam untuk tunggu giliran. Ada yang sampai berjam-jam tapi ada juga yang hanya beberapa saat kerana takut, sekali bapa nya yang angkat la.

Zaman beralih lagi, dari telefon rumah ke telefon bimbit, dari surat kepada e-mel dan sms, dari zaman friendster kepada facebook. Sekarang ini ada pula whatapps, wechat dan sebagainya. Zaman semakin maju dan canggih semakin mudah untuk kita berhubung. Semakin senang kita mencari kekasih halal.

Semakin canggih zaman, semakin bijak manusia, sepatutnya semakin tinggilah harga maruah kita sebagai manusia. Jangan rendahkan harga diri kita. Jangan sesekali.

Tak perlulah nak buat ‘cheap sale’ sangat di facebook, blog dan lain-lain medium. Tapi tunjukkan kita mempunyai nilai yang sangat tinggi yang perlu dihargai bukan yang boleh main diskaun sesuka hati saja. Biar kita di label ‘jual mahal’ dari di label sebagai ‘murahan’. Fikir-fikirkan lah.

Cinta pun memerlukan ilmu juga. Tak percaya tanyalah para bapa dan suami diluar sana, apalah ilmu yang mereka gunakan untuk kekalkan momentum percintaan mereka. Tambahkan ilmu cinta dari doa pengasih, terokai hati pasangan dengan rahsia hati dan rahsia keluarga bahagia.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Hesselblad Lunar Hasselblad telah mengumukan
Assalamualaikum dan Salam Inpirasi buat semua saudaraku... Perang gadget dua gergasi gadget mobil terbesar dunia
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Isteri atau ibu atau wanita memang tinggi martabatnya
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,

Pelengkap Diri

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Setiap hidupan ini ada pasangannya, begitulah hebatnya kejadian di dunia ini.

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.”[Adz-Zaariyat : 049]

Begitu juga manusia yang dilahirkan berpasangan. Setiap manusia sudah ditentukan jodohnya sejak dari luth mahfuz lagi. Begitu juga dengan ajal dan maut.

Sungguh indah hidup berkeluarga ini hanya mereka yang sudah berkeluarga sahaja yang tahu akan keindahanya yang ada didalamnya. Kehebatan cinta kekasih halal ini amat berbeza sekali dari cinta sebelum kahwin. Mencintai isteri yang menjadi pelengkap diri dalam hidup ini memang suatu nikmat yang tidak terkata indahnya. Mencintai isteri yang menjadi tulang belakang kita tidak kira jatuh atau bangunnya kita yang akan tetap bersama.

Terima kasih saya ucapkan pada isteri saya yang tercinta yang menjadi pelengkap diri dalam hidup ini. Dengan kehadiran seorang putera comel, Muhammad Afif Haiqal sememangnya melengkapkan lagi keindahan cinta kami.

Insan Kesayangan Hamba
Insan Kesayangan Hamba

Bagi yang belum kahwin, boleh lah kahwin kalau tak percaya? hehehe…

Bagi pasangan suami isteri bersama adalah sebahagian dari aktiviti mereka, tapi sedarkah kita walaupun sering
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Hari terbaca satu post di laman sosial yang
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ginseng Untuk Lelaki Sebut
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Benar kata orang tua, Untuk Memikat Hati Suami
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di