12 Kebaikan Ginseng Untuk Lelaki

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Ginseng Untuk Lelaki
Ginseng Untuk Lelaki

Sebut saja supplement untuk lelaki dewasa pasti kita akan temui Ginseng antara bahan asas dalam produk tersebut – antara kegemaran saya adalah produk PowerRoot (Gantikan Red Bull terutama semasa memandu). Dan boleh tengok banyak lagi produk lain seperti Nu-Prep, Proviton dan lain-lain.

Ginseng adalah antara herba yang amat kuat pengaruh dalam masyarakat Cina. Kalau tengok filem pahlawan Cina lama siap boleh gaduh lagi sebab Ginseng. Kenapa?

Kandungan Ginseng Untuk Lelaki

  • Saponin
  • Minyak vaporising
  • Asam organik
  • Ester
  • Sterols
  • Asam folat
  • Ginsenosides
  • Glikosida
  • Phytosterol
  • Resin
  • Fenolase
  • Neoclaven
  • Minyak atsiri
  • Vitamin B1
  • Vitamin B2
  • Vitamin B12
  • Vitamin C
  • Zat besi
  • Mineral
  • Enzim
  • Kamfer
  • Pansenoside
  • Geomisin N
  • Geomisin A
  • Gula

12 Kebaikan Ginseng Untuk Lelaki

  1. Memulihkan dan Meningkatkan Stamina
  2. Menghilangkan stress
  3. Melancarkan aliran darah dan mengubat prostat
  4. Mencegah sakit jantung
  5. Mengubat susah tidur
  6. Meningkatkan memori otak
  7. Meningkatkan hemoglobin
  8. Meningkatkan sistem Imun
  9. Mengelakkan gangguan sistem pencernaan
  10. Mengelakkan ejaksi pramatang
  11. Tahan lama atas ranjang
  12. Membantu membesarkan dan memanjangkan penis

Hal ini juga diakui oleh Ahli Farmasi, En. Mohd Farik

“Selain tongkat ali, ginseng adalah alternatif terbaik kerana sejak dulu lagi ujian klinikal membuktikan kemampuannya memulihkan tenaga dan menjadi amalan kebanyakan ahli sukan di negara kita sendiri,” (Sumber: Harian Kosmo)

Sememangnya, stamina adalah amat penting bagi seorang lelaki. Kelesuan memang meanggangu aktiviti seharian – bukan aktiviti di bilik tidur saja, nak bersuka ria dengan anak pun terganggu kalau badan dah penat dah letih. Bersukan memang tak lah bila badan dah letih.

Pengambilan supplement yang bersesuaian mungkin dapat membantu dengan amalakan kehidupan yang sihat.

Bukan Herdik Bukan Pukul Tapi Didik Anak Sebaiknya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Capatnya masa berlalu, dua permata saya sudah makin membesar – Abang Haiqal sudah 3 tahun 6 bulan dan Adik Afina sudah 8 bulan lebih. Masih teringat masa Abang Haiqal masih kecil, apa yang di buat abangnya dulu itu juga yang adiknya lakukan. Licah dan lasak tapi menghiburkan hati kami sekeluarga.

Anak permata yang amat istimewa. Anak anugerah dan amanah Allah swt kepada kita sebagai ibu bapa – amanah yang bukan untuk diherdik dan dipukul tapi untuk dididik.

Terbaca kisah-kisah anak kecil di dera dengan kejam tanpa belas kasihan, saya tertanya kemana perginya nilai kemanusiaan dalam diri mereka? Apa tiada langsung rasa kasih?

Anak kecil dilahirkan umpama kain putih bersih ke dunia ini, tugas kita ibu bapa untuk bentuk mereka. Tugas ibu bapa untuk didik anak sebaiknya.

Adik dan Abang - Didik anak sebaiknya
Adik dan Abang – Didik anak sebaiknya

Dulu saya juga cemburu pada adik saya yang lebih diberi perhatian oleh mak ayah saya. Saya rasa terpinggir. Tapi bila sudah jadi ibu bapa, saya mula faham – tiada istilah pilih kasih. Semua anak saya sayangi – baik abang Haiqal yang becok mulutnya atau adik Afina yang lincah. Dua-dua permata hati papa yang tiada gantinya.

Tidak dapat lagi saksikan gelagat abang yang suka mengusik adiknya, dan muka adik yang pasrah setiap kali di usik abang nya. Kadang kala saya tersenyum sendiri bila mengingatkan semua ini.

Sejak menjadi weekend husband, tiada tergambar perasaan rindu di hati terhadap anak-anak dan isteri. Hidup kosong. Setiap kali pulang ke rumah dari tempat kerja tiada mulut becok abang Haiqal terngiang di telinga, tiada aksi lincah adik Afina. Masa bersama anak anak yang telah di rampas – kurangnya masa untuk saya luangkan bersama anak saya ke taman. Untuk jalinan kasih antara kami.

Hidup jadi sunyi tiba-tiba. Kadang kala merasakan diri tidak mampu lalui semua ini. Tidak mampu untuk tidak tatapi mata anak saya untuk sehari – apatah lagi seminggu. Rindu tidak tergambar.

Hargai Anak, Didik Anak Sebaiknya

Walaupun berjauhan, tugas tetap perlu laksanakan. Tugas seorang ayah dan suami perlu di laksana. Bimbing keluarga di jalan yang diredhai. Didik anak ke arah jalan yang diredhai.

Saya bukan sempurna dan bukan insan yang baik. Tapi saya tetap cuba menjadi ayah yang baik buat anak-anak saya. Saya cuba ajari mereka didik mereka dan terpaling penting adalah belai mereka kasih mereka.

Hati lelaki mana mampu menahan apabila setiap kali pulang ke rumah, anak kecil yang lena tidur boleh terjaga setiap kali saya sampai di rumah, bangun mencari saya. Bagaikan dia tahu yang papanya pulang, tidak mampu berkata lagi kerana masih kecil tapi renahnya membuat hati saya sayu. Maafkan papa kerana terpaksa menjauh demi tugas dan kerja.

Seandainya saya ada pilihan sememang saya tidak mahu jauh dari mereka semua biar semua membesar di depan mata saya. Biar mulut becok abang jadi irama merdu di telinga saya, biar lincah adik menjadi drama hidup di mata saya. 

Insyallah pasti ada hikmah semua ini dan ada jalan. Bersabarlah isteri dan anak anak ku. Papa akan pulang.

Budak Maut Jatuh Tingkat Sembilan: Awasi Anak-Anak

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Sayu hati saya apabila melihat antara tajuk akhbar hari ini, Budak Maut Jatuh Tingkat Sembilan. Walaupun saya tidak mengenali arwah adik Aiman ini tapi apabila mendengar cerita dari keluarga arwah semalam memang saya sayu sangat.

Terutama apabila mendengar arwah sempat memanggil ‘Nenek’ dan ‘Ibu’ selepas dari terjatuh, sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah, semoga arwah tenang di sana.

Sedih hati saya sebagai seorang bapa.

Anak-anak mungkin belum mengerti istilah bahaya, jadi kitalah yang dewasa perlu memerhatikannya. Perlu menjaganya. Kitalah yang perlu awasi anak-anak kita, kena pastikan ianya bebas dari bahaya.

Saya sendiri pernah hampir mati lemas ketika usia 5 tahun. Kenapa? Kerana saya yakin saya boleh ke tempat yang lebih dalam. Saya tidak tahu bahaya yang menanti. Saya sangkakan ianya cetek tapi walhal ianya amat dalam.

Kasih sayang seorang ibu dan abang-abang menyelamatkan saya. Walaupun bahaya dan mereka sendiri hampir lemas, mereka tetap cuba menyelamatkan saya. Tika itu saya hanya nampak biasan cahaya matahari dan air sungai berwarna coklat, sesekali terselang wajah ma abah dan adik beradik.

Alhamdulillah, pengorbanan mereka ketika itu untuk menyelamatkan saya membuatkan saya masih di sini hari ini. Terima kasih ma dan abang abang ku.

Bukan ma tidak awasi anak-anak nya. Tapi saya yang degil. Saya yang ingin tahu dan mencuba tapi gagal menilai bahaya yang menanti.

Saudaraku, awasi anak-anak tika mereka bermain. Berpesanlah pada anak-anak selalu. Agak mereka tidak lupa. Anak tiada galang gantinya.

Suami Jadi Isteri

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku….

Suami jadi isteri, itu yang saya terbaca dalam akhbar Jumaat lalu. Dilema seorang isteri apabila suaminya tidak bekerja, hanya berharap kepada pendapatan dari Isteri sahaja. Makan pakai dan kelengkapan lain semua isteri yang tanggung. Suami jadi isteri, duduk di rumah menjaga anak.

Mengapa Suami Jadi Isteri?

Di sekeliling saya ada juga yang begini. Entah mengapa, adakah lelaki kini makin suka memilih jalan mudah?

Saya ada juga terdengar cerita dari sahabat saya, lelaki yang memilih perempuan untuk dijadikan  isteri bukan melihat attitudnya tapi melihat kewangan nya. Memilih perempuan yang berkerjaya bagus tetapi diri sendiri tidak pula berusaha memperbaiki diri. Tujuan mereka adalah supaya mereka hidup senang.

Bagi saya memilih isteri berkerjaya memang bagus juga tapi bukan untuk bergantung harap pada isteri. Isteri saya juga wanita berkerjaya.

Suami Jadi Isteri sebab malas
Suami Jadi Isteri sebab malas

Dalam Islam sendiri ada menggariskan adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan makan, minum, pakai, dan keperluan lain untuk keluarga. Tugas suami untuk menyediakan nafkah zahir dan batin. Diulangi nafkah zahir dan batin, bukan zahir sahaja dan bukan batin sahaja. Tapi kombinasi keduanya.

Isteri bekerja adalah satu bonus. Duit gajinya adalah duit mereka sendiri, milik mereka sepenuhnya. Jika isteri membantu keluarga itu satu belas ihsan dari isteri.

Lelaki adalah untuk jadi suami yang memikul tanggungjawab menanggung keluarga. Mencari dan memberi nafkah untuk keluarga adalah beban yang perlu lelaki pikul sebaik sahnya akad nikah. Ada juga mendegar keluhan sebegini ‘Apa aku boleh buat dengan hanya SPM?’. SPM ke SRP ke tak sekolah ke tiada kena mengena dengan kerja, walaupun kerja sebagai seorang tukang cuci pejabat ianya tetap kerja. Bagi saya isunya disini adalah MALAS. Malas untuk berusaha.

Ayuh para lelaki, buangkan sifat MALAS dalam diri. Bangkitlah lelaki jadilah lelaki sejati, suami yang bertanggungjawab. Jangan ada suami jadi isteri lagi.

Jangan malas-malas lagi, jom mulakan jana wang secara pasif atas talian menggunakan teknik SEO Merah Jambu.

Semangat Kekitaan Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…….

Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan yang hilang dari diri kita kini? Tenung dalam jiwa sendiri melihat mencari semangat yang hilang.

Apakah itu semangat kekitaaan? Saya tidak tahu maksudnya dari segi bahasa atau kamus dewan. Tapi dari segi pemahaman saya ianya adalah perpaduan, kesatuan. Utuhkah perpaduan kita kini?

Semangat Kekitaan yang Hilang - Kembalikan perpaduan antara kita
Semangat Kekitaan yang Hilang – Kembalikan perpaduan antara kita

Saya tidak ingin melihat jauh. Cukup kita melihat dalam keluarga kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramai yang akan membantu adik beradik mereka yang susah? Berapa ramai yang turun merewang setiap kali kenduri? Berapa generasi keluarga yang kita kenal?

Apakah jawapan jujur saudara semua untuk soalan di atas?

Kalau orang tua dahulu bukan setakat kenal sepupu sepapat, dua pupu atau tiga pupu, bau bau bacang pun mereka masih kenal dan akrab. Amat akrab persaudaraan mereka. Tapi kita sekarang sepupu sepapat pun kita sudah tidak rapat. Tidak bersatu hati. Kau kau aku aku, semangat kekitaan yang hilang. Saudara sendiri boleh bertumbuk sebab tidak mengenali.

Kalau ada pun yang kenal saudara atau ramai kawan pasti kawan itu hanya dalam laman sosial, laman Facebook. Malah mungkin ada juga yang tak pernah kenal saudara sendiri di alam nyata tapi hanya kenal dalam laman sosial. Mengapa? Kerana tiada lagi semangat kekitaan dalam hubungan, tiada lagi amalan kujung mengungjung. Hujung minggu kita mengungjung juga tapi ke MegaMall MidValley, KLCC, One Utama, Tebrau City dan banyak lagi, bukan lagi ke rumah saudara dan sahabat.

Kalau dahulu untuk kerja rewang atau kenduri pasti segerombol turun pakat sama untuk gotong royong. Sambil potong daging sambil gulung rokok daun. Sambil kacau gulai di dapur sambil sedut rokok Malboro. Tapi kini, berapa kerat yang akan turun rewang? Buat kerja sikit sudah mengeluh itu ini. Tolong seminit hilang berjam jam, atau lesap terus.

Tak kurang juga yang beri alasan sibuk dengan cari wang ringgit. Komitmen kerja yang tinggi katanya. Berapa ratus ribu duit dalam bank? Berapa duit dalam ASB? Berapa simpanan unit amanah? Berapa ekar tanah? Berapa buah unit rumah?  Itu semua alasan. Orang dulu tanah berelung-relung, ladang berekar-ekar, binatang ternakan yang tidak terkira sempat saja datang membantu setiap kali diperlukan. Ini kerana sifat kekitaan mereka yang tinggi.

Itu baru situasi dalam keluarga belum lagi situasi dalam pejabat, organisasi atau masyarakat setempat. Semua pun lebih kurang sama saja. Setiap kerja diharapkan dengan habuan. Tiada kudrat tiada habuan.

Fikir fikirlah, dimanakah hilang semangat kekitaan kita? Kembalikan semangat kekitaan yang hilang. Jangan biarkan ia terus lupus. Hapuskan semangat kekakuan dari jiwa.

We are unite…. Hidupkan semangat kekitaan.