Minggu Yang Kelam Kabut : Gangguan Emosi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Minggu ini adalah minggu yang agak kelam kabut bagi saya, banyak perkara yang bermain di fikiran yang menyebabkan gangguan emosi. Saya tidak suka gangguan emosi yang akan mengganggu fokus saya dalam melakukan sesuatu kerja.

Gangguan Emosi - Tangani ia
Gangguan Emosi – Tangani ia

Gangguan emosi yang melanda dalam jiwa ini telah menjunamkan prestasi kerja saya, kerja offline mahupun online. Berani saya katakan saya hanya memberikan 60% saja komitment saya pada minggu ini. Memang mengecewakan. Kalau pembaca sekalian perasan blog daddydee.net agak terbiar minggu ini dan aktiviti blogwalking juga berkurangan.

Sekarang ini cuba menyusun kembali strategi, menyusun mengikut kepentingan mana kerja yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu. Alhamdulillah checklist telah saya siapkan, jawabnya 4 hari cuti akan menjadi 4 hari bekerja bagi saya.

Minggu depan mungkin banyak lagi berita akan saya terima tidak tahu baik atau burukm harapnya ianya tidak akan menyebabkan gangguan emosi lagi. Saya tidak mahu fokus saya hilang. Terlalu banyak yang perlu saya selesaikan minggu depan. Insyallah sekiranya tiada aral bebanan saya akan bertambah kerana saya akan kembali bergelar pelajar.

Sedikit tips yang boleh saya kongsikan bagi menangani gangguan emosi adalah:

  • Dekatkan diri kepada Allah swt – Ini adalah jalan yang terbaik. Sentiasakan diri dalam keadaan berwudhuk serta banyakan amalan sunat seperti solat sunat, zikir dan membaca al-Quran. Yang wajib jangan tinggalkan ya.
  • Pekakkan telinga – Elakkan mendengar sesuatu berita atau khabar yang akan menambahkan keparahan gangguan emosi sedia ada. Bukan bermakna kita menyendiri, sosial tetap bersosial tapi elakkan bertemu dengan orang yang salah.
  • Susun Strategi – Susun kembali setiap permasalahan yang dihadapi dan cuba selesaikan mengikut kepentingan. Selesaikan yang patut diselesaikan dahulu. Jika perlu, bertanyalah pendapat pada orang yang tepat. Pastikan orang yang tepat yang dapat membantu.
  • Bersukan – Lakukan aktiviti riadah yang mampu menenangkan jiwa. Sesekali dapat menendang bola mampu meringankan bebanan di kepala.
  • Rehatkan minda – Pergi memerhatikan alam yang hijau terbentang pastinya dapat memberikan ketenangan. Jika berduit, pergilah bercuti.

Itu serba sedikit yang saya lakukan bagi meringankan bebanan gangguan emosi apabila ianya melanda. Apa ingat orang perempuan sahaja ke terganggu emosi? Orang lelaki pun adalah.

Tangani gangguan emosi sebaiknya, jangan biarkan ianya jadi parah.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku... Identity Entri ini juga

Bila Dah Kelam Kabut

Satu hari daddydee ke Pejabat POS PJ SS14, untuk urusan ASB anak. Saja tambah sikit tabungan untuk si kecik kat rumah tu. Semasa di kaunter tunggu urusan ASB tu selesai, masuk sorang lagi pelanggan lelaki.

Terus menuju ke kaunter. Agak kelam kabut gayanya. Pengjaga kaunter tu seorang perempuan (akak) yang agak berisi sikit.

“Ya, encik. Boleh saya bantu?” tanya akak comel dengan senyuman manis.

“Wang hantaran berapa?” tanya abang tu pada akak tu.

“Apa encik? Wang hantaran?” tanya akak tu mahukan kepastian.

Saya di sebelah dah perasan muka akak tu dah lain bila di tanya wang hantaran. Tak tahulah mukanya merah kerana malu atau merah kerana tahan nak gelak. Saya kat sebelah pun rasa nak tergelak tapi tak berani nak tegur takut karang makan penumbuk. Jadi senyum sinis je la. Hehehehehe

“Aah…. Wang Hantaran.”

“Ehh….. Silap wang pos. Wang hantaran pula”.

Cepat abang tu betulkan kesilapan dia bila sedar dia dah tersalah cakap. Tersenyum simpul agak kaunter tu. Abang tu buat muka steady je. Kontrol macho.

Saya rasa mungkinlah abang tu tengah berkira-kira untuk wang hantaran, tu yang tersasul nak wang pos tersebut wang hantaran tu.

 

 

 

Saya pun selalu macam tu. Bila fikiran kelain dan mulut kelain. Mula la tersasul benda yang bebukan. Tapi tak pernah lagi tersasul nama perempuan lain depan isteri, karang makan parang daddydee. Heheheh

Kalian penah jadi macam ni tak?

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Euro 2012 semakin rancak, banyak kejutan pada Euro 2012 kali ini,
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... [caption id="" align="aligncenter" width="180"] Bila isteri membebel Hari ini,