ATM Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

ATM Juara
ATM Juara

ATM telah muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 2013 setelah mengalahkan Kelantan (The Red Warriors) dengan penentuan sepakan penalti 4-3 selepas seri 1-1 selepas tamat 90 minit masa permainan.

Kelantan yang telah mendahului pasukan ATM pada minit ke 55 melalui jaringan oleh Indera Putra Mahayuddin. Dan ATM telah menyamakan kedudukan pada minit ke 85 melalui jaringan oleh Irwan Fadzly Idrus.

Tahniah buat ATM yang telah menjadi Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Buat semua pemain Kelantan, tahniah juga buat kalian semua kerana telah bermain sehabis baik. Sokongan kami penyokong Kelantan tetap satu tetap padu, Gomo Kelate Gomo.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Malam ini akan ada penentuan Juara Piala Malaysia,
Assalammualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Baru saja selesai menonton perlawanan dua gergasi iaitu

Ucapan Tahniah

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola sepak Kelantan yang telah menjuarai Piala Malaysia 2012 dengan mengalahkan pasukan ATM, 3-2.

Ucapan tahniah buat pasukan Harimau Muda yang berjaya memenangi Piala Newspaper 2012 dengan mengalahkan Vietnam.

Ucapan tahniah juga pada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya memenangi Badminton Terbuka Denmark 2012 dengan mengalahkan Du Pengyu dari China.

Tak lupa ucapan tahniah buat Zulfahmi yang melakar sejarah tersendiri apabila menang ditempat kedua dalam Moto3 di Sepang International Circuit.

Mungkin minggu ini banyak kemenangan yang dilakar oleh atlet negara. Pencapaian atlet negara yang semakin membanggakan. Saya rasa masih ramai atlet yang berbakat dan berpotensi di luar sana yang bakal menggegarkan dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang mampu melahirkan ramai bakat besar dalam sukan. Semua itu tidak mustahil. Insyallah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat PDRM kerana berjaya memberkas antara penjenayah
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... ATM Juara ATM telah muncul

Final Piala Malaysia: Kelate vs ATM

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Malam ini akan ada penentuan Juara Piala Malaysia, penentuan siapa yang terhebat antara yang terhebat. Perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam ini adalah antara ATM dengan Kelantan.

Kalau dari segi kekuatan boleh dikatakan kedua pasukan hampir seimbang antara Kelantan atau ATM. Kelebihan tampak menyebelahi pada ATM apabila dua tonggak utama serangan Kelantan digantung iaitu NorFarhan dan M.Ghaddar.

Walau bagaimanapun, saya tetap sokong Kelantan. Sebagai anak jati Kelantan, kawe sokong Kelate sokmo. Gomo Kelate Gomo.

Insyallah, Red Warriors boleh menang malam ini.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... ATM Juara ATM telah muncul
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Sekalung ucapan tahniah saya ucapkan pada pasukan bola
Assalammualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Baru saja selesai menonton perlawanan dua gergasi iaitu