Kisah Teladan : Antara Harta atau Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Terlebih dahulu saya ingin nyatakan di sini, kisah yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah kisah tentang harta atau keluarga, cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia, nama watak hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan satu kejadian sebenar yang diceritakan oleh seorang kawan (ralat). Kisah antara harta atau keluarga saya kongsikan hanyalah sebagai pengajaran buat semua. Semoga kita besama memperoleh manafaat dari kisah antara harta atau keluarga ini.

Antara Harta atau Keluarga : mana lebih bermakna?

Antara Harta atau Keluarga : mana lebih bermakna?

Antara Harta atau Keluarga

Aziz dan Fizah adalah satu pasangan suami isteri yang bersemangat tinggi. Mereka menyewa di sebuah apartment di tengah ibu kota. Kedua-duanya merupakan lulusan universiti luar negara. Mereka berdua sentiasa mendapat pujian dan anugerah pekerja cemerlang kerana berdua amat komited dalam kerja yang dilakukan.

Walaupun telah pelbagai kejayaan yang dikecapi mereka masih lagi tidak puas. Mereka berusaha dan terus berusaha. Ternyata mereka mencapai apa yang mereka inginkan selama ini, hasil usaha mereka memegang jawatan pengurus di syarikat tempat mereka bekerja dan menerima gaji lima angka.

Di kemuncak kejayaan juga, sinar kebahgiaan hadir dalam hidup mereka. Fizah disahkan mengandung. Aziz dan Fizah amat gembira dengan berita yang mereka terima, rumah yang sunyi selama ini akan mula di serikan lagi dengan kehadiran cahaya mata. Selepas 15 tahun berkahwin inilah cahaya mata pertama mereka.

Setelah genap 9 bulan, Fizah telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang amat comel. Kegembiraan Fizah dan Aziz memang tidak tergambar ketika itu. Putera ini telah dinamakan Adam. Putera ini amat lincah dan pintar. Putera ini telah ditinggalkan di rumah pengasuh kerana Fizah dan Aziz terlalu sibuk dengan kerja mereka.

Rezeki anak, mereka di naikkan pangkat dan gaji lagi. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Usaha mereka membuahkan hasil lagi.

Mereka telah membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa demi masa depan anak mereka. Mereka telah memilih untuk membeli sebuah rumah di puncak bukit. Mereka fikirkan suasana yang tenang dan sunyi mampu mengubat kepenatan mereka bekerja seharian. Pengasuh Adam kini tidak lagi mengasuh Adam. Mereka menghantar Adam ke Taska.

Hari-hari Fizah dan Aziz semakin sibuk. Mesyuarat sana sini tidak kira hujung minggu atau hari cuti. Kejayaan demi kejayaan mereka kecapi.

Hari-hari Adam pula makin kesepian dan kesunyian. Kesibukan Fizah dan Aziz menyebabkan mereka dahagakan belaian kasih sayang ibu dan bapa. Kekadang seharian Adam tidak akan bertemu dengan ibu bapa mereka, mereka pergi bekerja saat Adam masih lena dan pulang saat Adam telah dibuai mimpi nan indah. Begitulah seharian Adam, itu belum lagi ketika Aziz dan Fizah di tugaskan di luar kawasan.

Ternyata kejayaan itu juga satu dugaan buat mereka. Adam yang dahulunya lincah dan aktif kini telah menjadi pendiam. Fizikal mereka kelihatan baik saja. Tapi mungkin emosi dan batin mereka telah tercalar.

Fizah dan Aziz telah membawa Adam berjumpa Doktor Pakar Kanak-Kanak bagi mendapat jawapan bagi perubahan yang telah berlaku pada Adam.

‘Maaf puan, anak puan kami syaki mengidap Autism’

Meraung Fizah tatakala mendengar jawapan dari Doktor Pakar Kanak-Kanak itu. Bagaikan jantungnya direntap, kesedihanya tidak tergambar lagi. Wang ringgit yang mereka kumpulkan selama ini untuk masa depan Adam tiada bermakna lagi. Wang ringgit tidak dapat mengembalikan Adam yang dulu lagi.

Tuan Kecik - anugerah yang paling berharga dalam hidup saya.

Tuan Kecik – anugerah yang paling berharga dalam hidup saya.

Pengajaran : Antara harta atau keluarga kedua-duanya adalah penting. Tapi bagi saya keluarga lebih utama. Sesibuk manapun kita, cubalah luangkan masa untuk bersama keluarga. Anak adalah anugerah terindah dari Allah swt, hargai mereka.

Cinta : Hargailah Sebelum Ianya Pergi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

cinta

cinta

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam. Hawa diciptakan untuk mendampingi dan melengkapkan hidup Adam. Sebab itulah, pasangan suami isteri akan melengkapkan kekurangan masing-masing.

Dalam kehidupan ini, kita sering melihat akan kecacatan atau kekurangan pasangan kita / orang lain. Jarang sekali kita nampak kekurangan diri sendiri. Kita sering mengharapkan kesempurnaan dari pasangan sedangkan kita sendiri tidak sempurna. Sebenarnya tiada manusia yang sempurna Kerana yang sempurna hanya Allah swt.

Kenapa mesti kita mencari kecacatan? Kenapa kita tidak mencari kelebihan dan kekuatan pasangan kita?

Support Blue Support Volkswagen

 Brainstrom dan Menang

Terimalah seadanya, itu adalah sebaiknya. Bersama, Insyallah kita lebih kuat dan teguh. Hidup rumah tangga pasti ada pasang surut nya. Bertoleransi, bertolak ansur pasti cinta dan kasih sayang akan kekal selamanya.

Selamat Hari Lahir Tuan Kecik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

4 October 2012 telah genap setahun umur Tuan Kecik kami iaitu Muhammad Afif Haiqal. Genap setahun jugalah pelengkap cinta kami suami isteri menghiburkan, menceriakan, melengkapkan dan memeriahkan lagi hidup kami sekeluarga. Terima Kasih dan Syukur Alhamdulillah ku titipkan ke hadrat ilahi kerna menghadiahkan kami permata hati yang sangat bernilai ini.

Selamat Hari Lahir buat Anaku, Muhammad Afif Haiqal. Papa doakan Haiqal membesar menjadi anak yang soleh yang taat pada agama serta berguna kepada masyarakat. Amin…

Posted with WordPress for BlackBerry.

Rumah Tangga : Tips Bila Keluar Dengan Kawan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Saudaraku Sekalian.

Alhamdulillah. Badan makin sihat. Walaupun kepala masih stim je. Macam baru lepas telan ubat batuk. Selsema memang suatu yang menyiksakan.

Dek kerana selsema Kursus Jom Kurus tak dapat saya join. Maaf PuanBee. Nak update blog untuk kontest SEO Eyriqazz vs Denaihati pun tak diupdate.

 

 Ayuh bersama kita selamatkan penyu.

 

Bila search keyword Eyriqazz vs Denaihati tiada pun blog daddydee.net yang naik. Dan blog no 1 untuk keyword Eyriqazz vs Denaihati silih berganti. Makin rancak nampaknya kontest Eyriqazz vs Denaihati ni serancak mood nak sambut bulan Ramadhan. Bagi yang belum habis ganti puasa, cepatlah ganti.

Broadband terlaju di Malaysia.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini iaitu Tips Bila Keluar Denagan Kawan. Saya walaupun dah kahwin selalu juga keluar minum dengan kawan-kawan (lelaki saja), lepak sampai awal malam, sampai pukul 11 hingga 12 malam. Kalau zaman bujang biasalah sampai 3 pagi. Semenjak dah berkahwin ni, control lah sikit ya tingkah laku.

Biasanya lepak dengan kawan-kawan lama ini buatkan kita tak sedar masa berlalu, dan kekadang boleh terlajak masa dek kerana rancak bersembang. Terlupa sekejap isteri di rumah.

Sesetengah Isteri akan selalu call. Bukan sebab jealous. Tapi sebab sayangkan suami. Takut apa-apa jadi pada suami. Ya lah, malam hari, macam-macam boleh terjadi.

Jadi dalam situasi begini ada tips nya, supaya kita ingat dan supaya tak bergaduh dengan bini. Merana kalau gaduh dengan bini ni. Hehehe

Tipsnya adalah :

  1. Letakkan handphone kita ditempat yang mudah di lihat dan kita sedar. Seperti atas meja. Walaupun pakai 3310 mahupun Samsung Galaxy S3, letak je atas meja, bukan mahu menunjuk tapi senang, dan mudahkan kita terperasan apabila ada call atau SMS dari bini masuk.
  2. Kuatkan volume bunyi handphone. Kuatkan bunyi handphone supaya kita boleh sedar akan bunyi handphone kita apabila call atau SMS dari bini masuk.
  3. Tukar bunyi ringtone. Tukar bunyi ringtone kepada bunyi yang unik, seperti suara kerbau ke, bunyi belalang mengawan ke, bunyi bas brek emergency ke atau mana-mana bunyi yang unik. Janji bila ringtone itu berbunyi kita boleh sedar.
  4. Kuncikan jam. Kuncikan jam bukan untuk kita nak bangun tidur saja. Tapi nak bangunkan kita supaya sedar kita dah janji dengan isteri untuk balik pada sekian waktu. Bersembang dengan kawan ni memang syok. Ralik bak kata orang Kelate.

Itu antara tips bila keluar dengan kawan yang boleh diguna pakai ketika kita keluar bersama kawan tanpa membawa bini. Bila bawa bini lain pula tipsnya, nanti saya kongsikan.

Tips ini bukan tunjukkan kita takut bini. Tapi sayangkan bini. Bukan senang nak pujuk bini / isteri merajuk ni. Dan susah orang lelaki kalau isteri merajuk.

Bukan cam lirik lagu ‘Madu Tiga’:

Isteri tua merajuk
Balik kerumah isteri muda
Kalau dua-dua merajuk
Ana kahwin tiga

Bukan semua orang mampu nak kahwin tiga. Kalau mampu dan berani, apa salahnya. Baik halal dari yang haram.

Sekian, terima kasih.

Rumah Tangga : Tinggal Bersama Mertua

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua.

Tinggal bersama mertua selepas berkahwin?? Pasti ramai akan berkata ‘Apa barang tinggal dengan mertua?’,  ’Tak berdikarilah tinggal dengan mertua’, ‘Tak bebas apabila tinggal dengan mertua’ dan banyak lagilah.

Semua kata-kata diatas adalah tidak salah, dan adalah benar. Tak percaya tanyalah semua pasangan yang tinggal dengan mertua, jangan ditanya pada anak, tanya pada menantunya. Hehehe….

Jujur, daddydee katakan, daddydee tinggal bersama mertua di rumah mertua. Dari mula berkahwin sampailah sekarang ini, dari berdua hingga bertiga, Daddydee tinggal bersama mak mertua. Bapa mertua daddydee telah kembali ke rahmatullah.

Hari ini, daddydee nak kongsikan sedikit kelebihan dan kekurangan tinggal bersama mertua.

Kekurangan Tinggal bersama mertua

  1. Tidak bebas untuk bergerak kemana-mana.
  2. Banyak pantang larang. Terpaksa ikut kadangkala merasakan segalanya terbatas.
  3. Tak boleh nak buat suka hati kita.
  4. Kena membebel…. Pekara biasa. Memang panas telinga.
  5. Tak boleh keluar sampai lewat malam dan tak boleh nak lepak sesuka hati dengan kawan.

 

Kebaikan Tinggal bersama mertua

  1. Berbakti pada orang tua. Mertua sama je dengan mak ayah kita.
  2. Sewa rumah tak perlu nak bayar. Tapi bil utiliti dan belanja dapur keluarkan lah duit poket kita walaupun tidak diminta. Jangan jadi tangkai jering sangat.
  3. Kena membebel…. Anggap saja satu nasihat. Fikir positif je. Nanti kita pun tua juga nanti.
  4. Perabut rumah dan kelengkapan rumah tak perlu lah nak fikir. Kalau menyewa rumah baru, pasti kena beli perabut dan kelengkapan. Duit juga tu.
  5. Sesekali dapat hadiah. Best dapat barang free….
  6. Berpeluang jadi menantu kesayangan. Best, kekadang dilayan bagai anak raja. Hehehe…
  7. Boleh belajar macam-macam pekara. Orang tua yang makan garam dulu dari kita, pasti banyak ilmu yang akan di kongsikan.
  8. Kekadang tak payah susah nak masak. Sebab biasanya orang tua suka masak dan tak suka sangat nak makan kedai.

Itu sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan.

Tak teringin ke nak hidup berdikari?? Pasti teringin. Dan memang saya teringin nak berdikari. Suatu hari nanti sememangnya pasti.

Sebenarnya bukan tak ingin berdikari, dan bukan tak ingin duduk rumah sendiri (walaupun sewa), teringin sebenarnya. Tapi mengenangkan mertua sudah berumur, dan wife saya bongsu, tak sampai hati untuk meninggalkan mertua bersendirian. Bila kami tinggal bersama, senang juga, sakit demam makan minum dia ada orang tengokkan. Dan kalau saya nak outstation pun tidak lah risau sangat.

Memang pernah beberapa kali saya hilang sabar, dan nekad nak pindah. Tapi bila difikir balik, tertalu kejam untuk tinggalkan mertua bersendirian.

Teringat, ada ustaz pernah cakap ‘Apa yang kita lakukan kita akan dapat. Kalau kita baik pada orang tua, insyallah anak kita akan baik pada kita apabila tua nanti’. 

PS: Bila selsema menyerang nak update blog pun tak selesa.

Perkahwinan Itu Indah

Perkahwinan – Semua tahu perkahwinan adalah penyatuan antara lelaki dan perempuan mengikut hukum, cara, adat dan agama yang dipercayai dan dianuti.

Perkahwinan di Barat yang Abnormal seperti lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, manusia dengan barang dan lain-lain lagi. Bagi saya, semua itu bukan perkahwinan tapi lebih kepada kerja gila. Pendapat tuan-tuan dan cik puan-cik puan bagaimana?

Menurut Hamka
Perkahwinan adalah penyatuan 1001 perbezaan.

Pandangan benar kata-kata Hamka kerana memang banyak perbezaan antara suami dan isteri. Perbezaan itu akan mewujudkan kebahgiaan, keseronokan dan keserasian sebenarnya.

Gaduh-gaduh manja, tengkar-tengkar rindu dan cubit-cubit sayang sememangnya adalah satu seni dan pelengkap yang menguatkan CINTA antara suami dan isteri.

Apapun perbezaan yang wujud, tangani sebaiknya. Bertolak ansur lah. Pasti bahagia.

Apabila berlaku ketegangan dalam rumahtangga cubalah mengurut ego pasangan anda.

Ini pandangan saya, pandangan tuan-tuan dan cik puan-cik puan??

Senyum-senyum lah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...